Voucher Cash AEON Big Bernilai RM1,785

 

 

Tada!!!

Hasil tangkapan masa Maybank Treatspoint aritu. Buat via online jek la jawabnya sebab memang tak sempat langsung nak ke Maybank Treats Fair. Masa tu point ade lebih kurang 420,000 (aje.. sbb kami shopping tak banyak). Semua point ni pon dapat sebab bayar bill komitment bulanan, dan cuma beli Shaklee jek untuk pelanggan-pelanggan. Ops, kami bukan lah suka-suka belanja kad kredit. Kad pon limit sikit jek, macam budak lepas SPM punya. Ngahahaha  (-  ____  – )

 

20140717-164318-60198498.jpg

RM 105.00 untuk 1 kad. Ada 17 keping kesemuanya. Makcik kaya!!

>

Mulanya memang buntu tak tau nak redemn ape. Nak beli barang keperluan rumah, vacuum, kipas, TV, blender, oven semua serba serbi ada dah. Tak nak lah menyemakkan rumah pulak tambah benda yang tak patut. Siap gado woo dengan ayahnya budak-budak ni (read as gado manje:mrgreen:), nak beli TV pastu jual balik. Takpon beli Tablet pastu jual balik. So dapat cash boleh lah simpan kan (kengkonon laa).

>

Pastu tiba-tiba little Hannan kena warded la pulak. Hah no choice, memang tak dapek lah nak pergi ke fair tersebut. Maka redeem online sahajalah. Tempoh masa sampai, katanya 4-6 minggu. Mula-mula terfikir haih cash voucher ni mesti kertas kan. Pastu kalau beli nanti kkene terus habiskan la in 1 shot. Haiya, pandai la AEON ni nak suruh kita belanja habiskan.

Suami cakap, takpe sekeping harganya RM 105, kita jual lah RM100 kat orang. Sure ada orang beli punya. Haha. Jimat cermat itu amalan mulia. Ngahahahhaha(- .. -)

Sekali tengok rupanya macam kad!! Malah swipe jek pulak tu, kalau ade balance, simpan la untuk next purchasing. Wow, kenapa otakku tak terfikir bahawasanya sekarang ini sudah moden, mana pakai voucher berbentuk kertas lagi:lol: Dengan itu, kami ada “cash” dalam bentuk kad ini untuk ke AEON big!! Yeay tak payah bawak cash dan tak payah la simpan. Buat beli barang dapur bulan-bulan. Mahu bertahan sampai 5,6 bulan insyaAllah (I really hope it does :mrgreen:).

Lagipon AEON big ni sejengkal dari rumah. Jalan kaki pon boleh, 5 minit jek. Setakat nak beli daun sup bila-tengah-masak-ops-tak-cukup-bahan, haaa boleh la pecut lari sekejap ke sana.

Swipe jek kad Cash Voucher ni. Seronot makcik.

P/S: Perlu berhati-hati shopping di AEON BIG. Kerana kelihatan mereka sangatlah tak konsisten meletakkan harga sampai kadang-kala ada yang sangat ridiculous. Dan ada yang pamer product lain, tapi letak harga lain. Berlaku banyak kali pada kami. Jadi kami dah lali dan memang perlu teliti bila ambil barang. Jangan buat cara orang kaya (meskipon memang kaya) dengan ambil semua masuk troli dan terus bayar. Kerana AEON BIG akan jadi sangat “sayang” anda.:mrgreen:

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge