Update secara Pukal

>

>

Tajuk entry ikut kawan. Miahahah.

Mana taknya, genap sebulan nih tak update blog. Penat manjang. Antara alasannya adalah:

  1. Penat pergi open house dan buat open house. Maka sampai rumah je terus flat.
  2. Banyak pulak order raya-raya ni untuk kek segala.
  3. Rumah pulak bocor paip, jadi mood semua hilang.
  4. Encik suami pula kengkadang keje malam, so seorang2 la melayan cik Iman.

Maka, saya tiada masa update blog selama sebulan. Aci tak alasan tu. Hahaha. Tak aci langsung. Pemalas betul. Saya tengah mencari mana mood saya menghilang. Mana semangat saya bersembunyi. Hehe.

>

Medela Freestyle

Business ni masih berjalan lancar, Alhamdulillah. So, jangan segan silu kalau mahukan gadjet ini untuk sesi pengepaman anda. InsyaAllah minggu ni akan sampai stok agak banyak, maka anda tak perlu tunggu lama untuk mendapatkannya =) Cuma kebelakangan ni ada beberapa stok yang customer complain corong pump sumbing dan retak. Saya juga tak tahu mana masalah ni timbul. Tapi jangan risau, kami akan menggantikannya dengan yang baru.

>

Vitamin

Saya pernah mengambil Shaklee sebagai supplement sejak Cik Iman lahir. Alhamdulillah masa tu badan terasa sangat segar dan bertenaga. Bila difikirkan kembali saya mampu pula ye pump sampai 7-8 kali sehari dengan hasil tuaian mencecah 30 oz sehari. Bila saya fikir, MasyaAllah, sayakah itu? Kemudian, saya berhenti seketika kerana malas. Pergh, akibatnya, saya asyik penat sahaja. Kini, saya ambil kembali Shaklee untuk kecergasan saya. Malah, mula pula untuk bergiat dalam aktiviti menyebarkan Shaklee ni di kalangan ahli keluarga dan rakan taulan terdekat. Biar masing2 terkena jangkitan Shaklee ni. Hihi. Benda baik harus disebarkan. Mula2 dulu saya kenalkan pada mak. Ostematrix sebagai supplement kalsium pada mak. Bila mak mula tak sakit kaki lagi, mak kenalkan pada kawan2 pulak. Sekarang kalau habis, mereka siap order sampai 2,3 botol seorang. Hurm… barang baik tak perlu sangat advertisement kaw2. It speaks for itself. Hehe.

>

Penyusuan Iman

Iman setahun 6 bulan. Masih direct feeding. Ada orang tanya kenapa tak stoppkan masa genap umurnya 2 tahun? Erk.. soalan tu saya terkejut juga. Sebab rasaya dah ramai yang tahu, 2 tahun adalah umur optimum untuk berhenti menyusu, tapi bukanlah wajib. Saya taknak lah pula mencederakan emosi anak saya dengan memaksanya berhenti menyusu secara mendadak. Biarlah ianya berlaku secara harmoni dengan persetujuan kedua2 pihak ibu dan anak. Iman, kadang kala sendiri meminta Ayahnya membuat susunya. “Ayah, nak susu botol”, kata Iman. Tapi terkadang kala pula, Iman berkata, “Mama, nak susu mama. Tak nak susu botol”. So, saya pon berhentilah buat ape2 kerja, lalu melayan si budak kecik ni. Hurm…badan dah besar panjang, maka tak muatlah pula pangkuan maknya ni kalo dia nak menyusu. Maka kenalah baring. Bila baring, mula la terlelap. Sebab tu tak dapat update blog! (hahahaha…alasan lagi) =D

>

Allergy Iman

Alhamdulillah, kulit Iman semakin cantik. Adalah bekas2 kudis eczema yang dia garu di kaki tangan tu. Tapi taklah sejelas dan sebanyak dulu. Alah, masalah kecil kan Iman kan. Sebab Iman positive orangnya, Iman tak kisah. Malah, bila ada makanan yang Iman tak boleh makan, terutamannya bila pergi rumah orang, cuma perlu katakan saja pada Iman, “Iman tak boleh makan ni ye, nanti gatal”. Iman faham dan angguk, “Ok mama”. Haha, comel jek. Tapi banyak makanan dah Iman boleh makan. Sekiranya makanan tu main ingredient nya bukan gandum atau telur, Iman dah boleh makan. Contoh, coklat, sosej, fries. Biskut tanpa telur juga sudah boleh sikit2. More menu for Iman after this. Alhamdulillah.

>

Kerjaya

Masih bekerja mengikut rutin. Alhamdulillah. Walaupun banyak badai melanda di opis, saya buat2 tenang sahaja. Ngehehe. Tapi mula juga rasa hati kecil ini untuk sambung belajar. Selagi anak masih sikit ni. Tapi berbelah bagi juga. Kalau belajar tinggi2 pun, impian saya kemudian hari nanti nak jadi WAHM juga. Maka berbaloikah? Atau belajar ni sekadar untuk memuaskan hati sendiri. For self satisfaction. Sebagai dorongan untuk anak-anak nanti. Boleh lah kot cakap kat anak, “Mak dulu belajar kat sini-sini, kat tempat ini-ini, begitu begini”. Verangan. Hihi.

Mode update blog pon masih melilau2 ni. =D Lebih banyak merepek dari memberi info yang bagus. Haha.