Assalam semua..
Konon nak declare busy. Banyak cantik. Lagi ramai lagi orang yang lagi busy dari kamo (diri sendiri ). Sibuk dengan RVC lagi. Hahahaha.. sebab seronok punya pasal, saya habiskan masa dengan bake RVC sahaja. Open house Sabtu lepas (walaupun Syawal dah habis), saya buat untuk kawan-kawan yang datang ke rumah. Memang laku kek ni. Saya pun selaku tuan rumah, tibai sekaki (no wonder berat naik 2 kilo). Hish.
Lepastu, di opis, terus kawan mahu lagi, maka saya bawakan 2 kek, dipotong slices. Setiap kek 12 slices. Alhamdulillah. Terkurang sikit sana sini, maafkan saya ye. Lainkali saya bawa free pulak ye (tunggu ada occasion tertentu ).
Ada juga order kecil-kecilan dari kawan-kawan. Alhamdulillah. Bukanlah nak mass production baking ni,. Sekadar hobi dan boleh pulang modal sudah cukup memuaskan saya. Boleh juga lepas beli barang-barang keperluan dapur. Hihihi.
Terima kasih ya semua.
Lepas ni semua masak memasak akan bertapak di rumah baru.
Singgah la ye.
Selingan:
Iman ajuk saya cakap “Alamak” jadi “Amak“. Haha.
>
>