Unread Message in FB

Saya ni buta IT kot. Er…lebih tepat kata buta FB. Mueheheheehe. Rupanya ada banyak message dalam FB yang saya terima, tapi tak baca. Malah, ada yang dari bulan November 2011!!! Baru saya perasan ada message2 tu. Hilang beberapa customer Medela Freestyle Termurah di pasaran (ada motif tulis gini – hihihi).

Korang ada macam saya juga kah? Ke saya sahaja yang ketinggalan? Hahahaa. (malu….)

Dengan ini, maaf kan saya ya jika ada yang memberi saya message di FB tapi saya tak reply. Bukan tak nak reply, tapi tak nampak message tu. Huhuhuhu. InsyaAllah sesiapa yang message saya atau emel saya, memang saya akan reply. Kalau susah sangat nak reach tak reply2, message terus direct kat 013-3355598 ya. Tak pun ibucergas[@]gmail.com.

Bercakap pasal buta IT ni, surprisingly Iman tak pandai main smartphones pon. Kami tak ada pun Ipad, Iphone, tapi adalah jugak smart phone jenama lain. Angry bird punya game pon ada. Tapi Iman memang tak minat. Tak minat main. Walaupun tak mengikut peredaran zaman, terkilas rasa syukur saya sebab Iman lebih obses pada bola, seesaw, slide dan aktiviti fizikal di taman permainan. Siapa tak bangga kalau anak umur setahun setengah pandai main angry bird kat phone @ tablet. Tapi Iman dah 2 tahun setengah pon, touch screen pun dia tak pandai. Hahaha. Meskipun begitu, Iman tahu kewujudan Angry Bird. Malah, kasutnya, begnya, jam tangannya juga Angry Bird. Cuma tak pandai main je. Hahahaa.

Barang Iman yang tak tahu pun main game Angry Bird. Hehehe.

>

Memang sebab kami tak ajar pun. Hihi. Sebab tu bila di kedai makan ke, Iman memang suka lari2. Iman tak diumpan dengan Angry Bird atau You Tube. Sesekali adalah. So, Iman tak obses padanya. Memang penat laa nak kejar. Bukan apa, nak ajar, di kedai makan ialah untk makan. Bukan untuk main phone. Takpelah ye Iman tak advance macam budak lain bab2 main game ni. Ok kan? Hehe.

P/S: Kat kedai makan, 2 je jenis makanan yang Iman boleh makan – Nasi Ayam @ Nasi Lemak. Nasik lain @ makanan lain semua letak perencah segera yang mengandungi gandum. Sebab tu kami jarang makan luar. =) Ada hikmahnya. Suruh maknye ni rajin sikit buat homemade food =D

>

>

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge