Tips Roti Gebu dan Lembut – Kelas Roti Shah Alam

Kelas Roti Gegebus Shah Alam! Buat pertama kalinya si IbuCergas ni belajar ke kelas roti dengan rasminya! Bukan saya tak pernah meroti, ade dah letak resepi kat Dapur.IbuCergas.com pon. Banyak dah resepi try (read as banyak gak yang tak jadi :lol:). Yang keras gedegang boleh buat baling kat penyamun pon pernah jek jadi. :mrgreen: Setelah pelbagai percubaan dibuat sendiri, rasa masih tak puas hati dengan hasil meroti. Setakat buat roti sendiri tu, hanya mampu rounding dan buat bun jek. Masuk corak-corak roti lain, failed dengan jayanya. Haahahahhaaha. :lol:

Akhirnya ke kelas la kite ye. Memang la kita boleh belajar dari Internet dengan free. Tapi masih ada juga ilmu dan tips penting pengendalian roti yang perlu berguru secara berdepan.

InsyaAllah tak rugi berguru. Banyak manfaatnya. Dalam kelas ni akan diajar 6 jenis cara roti melalui 1 resepi yang sama;

  • Pizza Bun
  • Sosej Roll
  • Sosej Mayo
  • Chicken Floss
  • Pepperoni Cheese
  • Redbean Bun
  • Roti Sarang Lebah (yang ni resepi BONUS)

Selain dari tu, cikgu pon ade terangkan sebijik-sebijik dengan details kat mana nak beli semua bahan-bahannya sambil-sambil nak kurangkan kos bahan mentah. Maklumlah, kos bahan mentah bukan murah. Untuk jual roti terlalu mahal juga adalah sangat ridiculous. So penjual laa kene bijak carik merata bahan-bahan. Contoh, sosej beli kat kedai A, cheese beli kat kedai C, tepung high gred beli kat kedai E, packaging murah lagi cantik beli kat kedai Z. Fuh, merata habis nak carik semua bahan. Ini kalau nak bisnes la kan. Takat ni idak ler saya nak bisnes roti. Saya nak buat untuk makan sendiri jek. Tapi ilmu untuk carik bahan mentah pon sangat-sangat bernilai.

Cikgu jugak ajar cara buat roti guna bread maker, dan juga cara buat roti guna mixer. Untuk sesiapa yang tak de bread maker atau heavy duty mixer, uli pakai tangan pon boleh, tapi larat ke nak uli 2 jam weii. Tips gunakan oven pon ada. Tips untuk rounding pon ada. Ingat senang ke nak rounding untuk first timer? Tergeliat jemari haaaa :mrgreen:. Sebab tu la kena jugak datang berguru.

Lagi cikgu ajar, tempoh jangka hayat roti, dan cara untuk jadikan roti kekal gebu walaupon dah 2 hari. Oh ya, tanpa pengawet ya. Langsung tak de pengawet tau. Roti-roti kat kedai tu macam mana boleh tahan sampai 7 hari? Erkk….sila jawab sendiri. Huh.

13920845_10207044548173921_8799862054950770135_n

Mana saya? Saya la mak yong yang kat depan sekali ni. Bwahahahahahah.

13900070_1364718210223470_1177146033383419410_n

Gigih merounding memasing :lol:

13901592_10207044546733885_1214070270695384803_n

Bukti kehadiran. Setiap orang bawak balik roti memasing. 6 jenis semuanya setiap satu. Selebihnya kami melantak kat sana.

Cikgu juga ajar segala mak nenek pantang larang dalam meroti. Haaa, kome ingat boleh ke google pantang larang buat roti tu? Tak de weii tak de :lol:. Saya sendiri pernah beli DVD buat roti bernilai RM60. Huh, memang membantu, tapi bukan 100% membantu. Semua ni kalau belajar sendiri, alamatlah berjanggut nak study satu persatu. So why not kita jimatkan kos belajar sendiri tu, dengan ke kelas rasmi. Sebenarnya banyak dah survey kelas, tapi mahal-mahal belaka. Kelas Cikgu Nurul Jahirah ni murah!! Terus la grab!

Satu lagi kenapa kene berguru adalah, kebanyakan resepi roti gebu banyak gunakan shortening atau bread improver, dan bread softener yang sumbernya dari lemak haiwan. Entah halal tah tidak. Ngerii wooo 8-O

Kenapa kelas Cikgu ni saya pilih? Sebab roti beliau terlajak gebu!!! Tengok lah gambar-gambar ni. Serupa bantal dah ku tengok :mrgreen:

Roti Bun
Roti Bun
Rounding Roti
Rounding Roti
Bun Pepperoni Cheese
Bun Pepperoni Cheese
Sosej Roll
Sosej Roll
Redbean Bun
Redbean Bun
Sosej Mayo
Sosej Mayo
Roti Sarang Lebah
Roti Sarang Lebah

Macam mana? Macam bantal kan kegebuannya? Nak ikut kelas ni? Nak try kelas ni? Bawah ni link ke personal FB cikgu. Muda amat cikgu nya tau. Ai terasa nenek sudah. Hahah.

Nurul Jahirah

Untuk kelas terdekat ni adalah, Kelas Asa Roti pada 27hb August, dan Kelas Asas DOnut pada 20hb August. Boleh la kol Sifu Nurul Jahirah sendiri kat 013-2408891. Kalau tarikh terdekat ni tak available, boleh jek nak kelas personal dengan cikgu.

HARI : SABTU
MASA : 9pg – 12 tgh hari
TEMPAT : Sek 23 Shah alam

Selamat Meroti!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge