Dalam taska anak kita, ada ramai kanak-kanak. Kalau seseorang bayi @ toddler tu sakit, parents biasanya akan sediakan ubat untuk diberi kepada anak. Emm.. beri macam mana? Sure ke pengasuh beri? Kalau dapat jenis pengasuh yang malas, mahu ke hendaknya pengasuh tu sukat setiap ubat, beri 2 kali @ 3 kali sehari kepada anak kita? Well, saya kurang percaya. Pengasuh saya rajin belaka. Tapi still kesian kalau dia terpaksa buang masa nak measure2 sampai 3, 4 ubat setiap kali Iman sakit.
Iman pulak masih perlu makan ubat allergy nya selama 2 minggu sebelum follow up dengan Dermatologist minggu depan. Untuk tidak menyusahkan pengasuh, saya beri ubat Iman siap2 dalam syringe, di measure tepat dan labelkan ikut waktu yang bersesuaian. Saya masukkan ke dalam cooler bag yang mengandungi EBM Iman. Dengan ini pengasuh hanya perlu sumbat ubat ke dalam mulut Iman bila sampai waktunya. So, tak perlu susah2 nak measure2 lagi dah. Wei, banyak wei kerje pengasuh anak kita kat taska tu. Sebaiknya, mudahkan lah proses penjagaan mereka. Syringe pakai buang boleh dibeli di farmasi. Menggunakan syringe berulangkali juga sepatutnya tidak digalakkan dikhuatiri ia sudah dimasuki kuman di samping degradation dari segi materialnya sekiranya kita sterilize syringe tersebut.
Berkenaan taska Iman, saya sungguh berterima kasih sebab sudi menjaga anak saya dengan baik. Kredit to Nazreen Taska Seri Kiambang Putra Perdana. Ada suatu hari saya bekalkan Iman dengan spaggeti beras khas untuk orang allergy tepung gandum. Tapi saya lupa nak inform taska pasal spaggetti tu. Taska sedia maklum Iman tak boleh makan gandum. Pagi2 tu saya terima panggilan dari pengasuh minta pengesahan kenapa saya beri Iman spaggetti sedangkan Iman tak boleh makan. Hehehe. Tergelak saya dan dalam masa yang sama syukur punya pengasuh yang prihatin. Saya pula di”marah”nya sebab beri spaggetti. Hehehe. Alhamdulillah. Syukur sangat mendapat pengasuh yang memahami. Sebab tu saya teruskan hantar Iman ke taska meskipun dia allergy dari segi pemakanan. Sebab banyak sangat progress Iman di taska tu.
Mode terkejut : Iman hafal semua nama kawan2nya di taska. Bye2 kepada kawannya dan sebut setiap nama.. Ateh, Takashi, Fahmi, Syikri..saya tanya pengasuh, dia hafal nama ke? Pengasuh cakap, a’ah, semua nama kawannya dia hafal. Saya langsung tak jangka budak umur setahun 11 bulan boleh buat gitu. Hehehe. Err..kejap. Iman, kenapa semua nama lelaki ye?