Terlalu banyaknya kisah penderaan kanak-kanak di Taska menghiasi muka-muka depan akhbar dan juga timeline-timeline Facebook. Sedih dan sadis. Saya seriously tak sanggup untuk melihat video-video itu. Sangat menyayat hati. Apalah dosa si anak kecil diperlalukan segebitu rupa. Dipukul tanpa kasihan. Bukan mereka dapat belajar pon dari pukulan dan tengkingan itu. Mereka cuma akan rasa sakit, dan TRAUMA! Astargfirullah, semoga anak-anakku dijauhi dari insiden yang sedemikian rupa.
Setakat harini ini Iman berumur 3 tahun setengah dan sudah petah bercakap, saya seringkali dengarkan tutur katanya sekiranya pulang dari taska. Kanak-kanak sangat jujur. Jika ada sesuatu yang mengganggu mereka, mereka akan jujur sekali cakap.
Bila saya tanyakan Iman, “School best tak? ”
Iman menjawab, “Terbaik!”
(sambil tangan tunjuk tanda bagus. Haha
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih taska Little Munchkin Child Care Centre. Taska di Cyberberjaya & Putra Perdana. So sesiapa yang mencari-cari taska yang boleh dipercayai, saya memamg recommend taska ini. Promote Free ni. Haha. Lagipon memang anak-anak saya ada di sana sehingga kini. Selagi saya belum bergelas WAHM, saya mmg masih setia dengan taska ni. Oh, mungkin tahun depan Iman akan ke tadika lain la kot. Cuma Hannan masih akan di sana. So far adiknya Hannan Soufiya pon rasanya elok bebenor la di sana. Boleh rujuk link ini utk review pasal taska ini.
>
Little Munchkin Child Care Centre
>
Terpanggil untuk meluah perasaan seketika. Bila mana ada berita-berita sedih tentang penderaan kanak-kanak, maka ramailah warga-warga Malaysia yang “prihatin” memberi pelbagai komen dan pendapat sendiri. Semudah tutur kata tanpa memikirkan kata-kata itu bakal menyakitkan hati orang dan pembacanya.
Wahai warga ibu-bapa yang “prihatin”, bersyukurlah jika anda dapat menjaga anak-anak anda sendiri di rumah. Harus diingat, insiden boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira siapa penjaga kepada anak-anak kita. Bersyukurlah jika anak-anak di bawah jagaan yang sempurna. Bukan semua ibu mampu untuk menjaga anak-anak di rumah masing-masing. Bukan semua keluarga diberikan nasib yang baik. Bukan semua suami juga baik, boleh biarkan isteri di rumah jaga anak-anak, dan hanya suami membanting tulang mencari rezeki. Bukan semua suami juga mampu memberikan nafkah yang cukup dan sempurna untuk anak isteri di rumah. malah, bukan semua isteri atau ibu tu mempunyai suami!!!
Maka, tolong lah ada sedikit empati bila mahu berkomen.
Maka, tolonglah bersyukur, dan usah kufur dengan nikmat rezeki-jaga-anak-sendiri itu.
Maka, tolonglah instead of beri komen yang tidak membina dan mengguris hati, berdiam itu lebih baik.
Siapa kita nak jugde ibu itu bukan ibu yang baik untuk tidak menjaga mereka di rumah?
Siapa kita untuk komen itu dan ini tanpa tahu kesusahan ibu itu?
So tolong jangan angkuh berkata,
“Nasib baik saya jaga anak-anak sendiri”
“Ibu kalau tak tahu jaga anak, jangan beranak!”
“Ibu, berhentilah bekerja. Jagalah lah anak-anak di rumah. Biarlah suami bekerja carik nafkah”.
Sayang, sayang, sayang.. ingat ya. Rezeki setiap orang berbeza. Ingat itu.
Syukurlah, dan usah menjadi kufur.
Salam sayang
IbuCergas – yang masih belum mampu untuk menjadi WAHM. InsyaAllah will be.