Bahagian atas penuh dengan EBM bulan 7 sahaja tau. Entah boleh habiskan atau tak. Dalam plastik merah tu semua adalah EBM (kes tak mampu beli botol banyak2..ngeee). Oh, kelihatan juga stok solid food Iman. Mango and papaya puree… solid food kita story-mory dalam entry lain ok.
Kena susun baring2 botol2 EBM tu sbb botol mmg makan space. Yang kuning tu mango puree. Yang merah tu papaya puree.
Close-up: Sebahagian EBM bulan 7 yang perlu dihabiskan..
Kesemua EBM bulan 8 ke atas ada di sini. Kuantiti? tak sempat nak kira. Huhuhuh. I wish I have proper EBM management. Wooo…
Ini dialog saya dengan ayah Iman. Beliau agak merasakan leceh menyusun EBM saya yang banyak ni.
Ayah Iman : Sampai bila ya mama Iman nak wat susu-susu macam ni? Sampai bila kena wat macam ni?
Mama Iman: (sebab malas nak jawab, mama Iman try main psychology)Ayah rasa ayah nak ade anak lagi tak selepas Iman?
Ayah Iman: (sambil terdiam seketika memikir kononnya) Oh…maknanya sampai bila-bila la ye?
Mama Iman : (sengih, beranak banyak ke ye aku nanti =p) Tau takpe.
Ayah Iman pon diam-diam teruskan mengemas EBM tu..sebenarnya dia memang tak suka kerja2 tedious macam ni…sigh..I really appreciate your help Abang. TQ so much. Heheh..tulah..mama suh belikan deep freezer, ayah tak mo..umah sempit. Nak tak nak, kene lah tolong susun tiap-tiap bulan. Hohohoh…
Tak sempat sangat nak snap pictures mase proses perpindahan. Takut EBM cair. Bahaya tu. Jadi, cepat2 kami keluarkan semua EBM bulan Julai ke freezer dapur dari freezer stor. Dan EBM bulan Ogos dan September dari freezer dapur ke freezer stor. Lepas ni, kene marathon EBM bulan Julai. Sebelum mereka expired akhir bulan October nih. Kene increase daily frozen EBM for Iman, reduce fresh EBM for her. Nak buat macam mana. Tak apalah. Since malam2 pon Iman direct feeding. So, she can get enough fresh milk, with high antibody. Huhuhuhuh….