27 dan 28hb November, Auntie Jita kepada Cik Iman datang melawat. Happy sangat. Lama tak jumpa. Jita adalah kawan Mama Iman ketika di USM. Berkenalan sebelum masuk ke USM lagi. Masa tu hanya mengenali Jita melalui seseorang yang jatuh hati pada Jita ni. (bukan Ayah Iman tau) Oh, betapa lama memori itu. Cerita dan cinta yang amat komplikated. Haha. Masuk-masuk USM je, terus sapa Jita. Tercengang-cengang Jita dibuatnya sebab memang Jita belum kenal lagi Mama Iman. Berkebetulan pula, Jita adalah praktikummate ex-boyfriend Mama Iman (Ayah Iman la tu). Kecil betul dunia kan? Mama Iman belum mengenali Jita semasa berpacaran dengan Ayah Iman. Hehe.. Jita selalu menemai Mama Iman bila Ayah Iman (mase tu pakwe lagi =p) datang melawat ke USM. Huhuhuu…
Jita datang ke KL sebab ada kursus di UIA. Jadi, mengambil kesempatan untuk menginap sehari di rumah Nenek Iman di Meru. Jita kini tunangan orang, dan bakal menjadi isteri InsyaAllah tahun depan bulan 2. InsyaAllah, kami anak beranak akan ke Perak~!!!
Thanks utk baju yang Auntie Jita belikan untuk Iman. Semua kate baju Iman cantik!