Minggu lepas, Jumaat, ada alkisah saya yang “bijak” ini mengelak dari kena scam. Huahauahau. Ok, saya nak kongsikan ye. Di pagi hari, saya mendapat panggilan telefon dari seorang wanita tidak dikenali. Berikut adalah lebih kurang macam mana perbualan saya dengan wanita itu. Nombor telefon adalah nombor cell phone Celcom.
Wanita: Assalamulaikum, boleh saya bercakap dengan Puan Mama Iman? (Hik…dia sebut nama penuh saya ler).
Mama Iman: Ye, saya bercakap.
Wanita: Saya Syikin (bukan nama sebenarlah kot) dari Syarikat Takaful Amanah ingin memaklumkan Puan bahawa Puan mendapat insurans percuma dari Takaful Amanah bernilai RM250,000.
Mama Iman: Eh, macam mana? Apa dia ? Macam mana saya boleh dapat, sedangkan saya tak apply langsung?
Wanita : Oh, Puan memang tak apply. Insurans ni adalah untuk semua pengguna Kredit Kad VISA dan MASTER CARD. Antara yang discover dalam insurans ni adalah…..(Bla..bla…blapanjang sangat dia merepek konon pasal benefit tah ape kebendenya tah).
Mama Iman: Oh, ok, teruskan (dah boleh baca fikiran dia once dia sebut pasal Kredit Kad).
Wanita: Puan boleh lawati laman web http://www.takaful.com.my/
Saya pon google-google, memang nampak convincing (pada mereka yang tak tahu), dan banyak juga effort nak buat laman web ni. Hahaha..
Wanita: Insurance ni, Puan perlu membayar RM250 terus dari Kad Kredit Maybank Puan, dan waris Puan boleh menuntut sehingga RM250,000 sekiranya terdapat perkata-perkara yang tidak diingini kepada Puan. Boleh saya confirmkan berikut adalah alamat rumah Puan supaya dapat kami hantarkan dokumen yang berkaitan kepada puan?
[Dia dok sebut satu persatu alamat rumah tempat tinggal, macam betul-betullah meyakinkan kita yang dia memang deal dengan Maybank, ciss…Maybank jual informastion customer pada scam, hantu betul]
Wanita: Boleh berikan saya nama pewaris Puan. Suami, atau anak-anak?
Mama Iman: (memberikan nama palsu dan ID palsu..hueheueheu)
Wanita: Ok Puan, boleh saya dapatkan pengesahan untuk nombor kad kredit Puan? (Sah, dah agak dah)
Mama Iman: Eh, mana saya boleh reveal bende ni kat orang?
Wanita: Tak puan, saya cuma mahu pengesahan sahaja.
Mama Iman: Takpe, takpe. Nanti saya hubungi pihak Maybank sendiri ye pasal insurance ni.
Wanita: Puan, insurance ni tiada kaitan dengan pihak Maybank.
Mama Iman: Oh, ye ke. Nak tanya, kenapa pakai no talian Celcom ye bukan no pejabat.
Wanita: Oh, ni sebab Celcom adalah penaja rasmi kami.
(Bestnya dapat tajaan ye…napa saya yang anak-anak buah Celcom ni tak dapat tajaan ek? =D )
Mama Iman: Oh, ye ke. So tak pelah, saya nak hubungi sendiri Syarikat Takaful.
Wanita: Kalau macam tu, saya akan call Puan lagi lain kali. (Nada kecewa)
Bwahahahaha.
Tak berjaya scam saya.
Berjaya menamatkan perbualan tanpa nada marah. Sebab tak boleh nak marah, nak gelak adalah. Pathetic sungguh mereka ni. Kali ni masuk kali ketiga mereka menelefon saya. Mula-mula saya seriously tak tahu. Tapi saya keep on dragging tanya macam-macam sehinggakan saya sempat untuk google yang ramai sebenarnya dah kena dengan scam macam ni. Syukur alhamdulillah saya tak pernah kena. Pernah sekali mereka dakwa yang mereka adalah dari Service Card ape tah yang menawarkan Celebrity Card, konon boleh dapat diskaun macam-macam. Haha.
Nasihat Mama Iman:
- Sebarang panggilan dari nombor tidak dikenali, harus berwaspada, jangan beri informasi peribadi seperti alamat rumah, nombor IC, no kad kredit, etc2.
- Sebarang panggilan, bila ada sebut kad kredit je, wajiblah tidak dilayan sama sekali, apatah lagi memberi pengesahan nombor kad kredit. Jangan, jangan.
- Mereka yang membuat scam ni, sangatlah mempunya skills customer service yang extremely tinggi, dan sangat meyakinkan. Suara mereka (tak kira lelaki atau perempuan, sangatlah meyakinkan, dan mereka sanggup berjam2 cuba meyakinkan anda). Siapa yang tak tahu, confirm memang percaya. So, kita janganlah terlalu baik sangat ok. (Boleh tak gitu? =p)
- Do expect yang mereka ni tahu alamat tempat tinggal anda, nama suami/isteri anda, no akaun anda, no kad kredit anda dan expired datenya. Serious. Mereka ni memang tahu banyak tentang maklumat peribadi anda. Jadi, berhati-hatilah ya.
>
>
Semoga membantu =)
>
>
>