Assalam semua.
>
Mula2 haruslah tunjuk watak utamanya. Iman setahun sebulan, 20 hari, berat 10.2 kg. Rambut sudah panjang, boleh ikat 2 toncet macam Sailormoon. Barulah nampak gugurl. Yang paling saya tak tahan, saya pakaikan 2 toncet rambut tu, siap reben pink-pink gitu. Ha…mesti takde siapa kata Iman boy lagi. Tiba di klinik, masa ukur suhu badan boleh pulak medical assistant tu cakap,
>
“Ok, siap dah…Good Boy!”.
Ternganga saya. Saya cakap, “Er…ni reben ni?, tak nampak ke dekk?”.
>
Aiyo.. Bila lah muka Iman nak jadi sweet2 lady nih. Hehe. Bab makan, sudah macam-macam. Jompot-jompot udang, sekodok pisang, amboi suka bebenor. Buah, saya suka berinya epal, pear dan lai. Sebab senang dia pegang dan makan. Saya cuma kupaskan kulitnya dulu. Kalau beri sebijik, harus lah Iman habiskan setengah biji, sebab yang setengah lagi mamanya pow. Ngaa..
>
Ok, masuk tajuk entry. Apakah agaknya khabar stroller Cik Iman nih. Boleh dikira dengan jari berapa kali menggunakannya. Sebelum Iman pandai berjalan, memang sepenuhnya bergantung pada baby carrier dan ring sling. Pergi beli groceries kat Tesco ke Giant ke Carrefour ke, maafler, malas membawa stroller itu. Besar sangat.
>
Apa nak buat kalau tiba-tiba Iman malas nak jalan dek kepenatan @ ngantuk. Hehe…saya Cuma keluarkan Ring Sling dari hand bag. Mudah, kecil dilipat, senang diguna! Memang best. Kalau orang luar tak tahu, mesti ingat makcik bibik mana la yang gendong baby nih. Hei, ni trend tau. Trend ibu-ibu modern. Kalau bibik, diorg pakai kain batik. Hihi. Yang ni dah dimodernkan. Ingat murah? Adoh..mahal (bagi saya seorang la kot). Haha. Menggigil2 tangan saya keluarkan duit membelinya dahulu. Tapi memang berbaloi-baloi.
>
Posisi baring dan sambil menyusu.
>
Boleh berkasih sayang dengan romantiknya. Hehe.
>
Di saat Iman kepenatan tak mahu berjalan lagi.
>
Saat menyusu sambil Iman duduk bergendong dalam ring sling. Boleh pulak dia tertidur terus. Gambar sengaja diblurkan, takut ternampak tang-tang lain. =D
>
Umur dah setahun, masih lagi menggunakannya. Pelbagai posisi boleh digayakan. Dan ianya sangat mesra breastfeeding. Orang pandang-pandang jeling-jeling? Oh, itu biasa. Tapi, ada aku kesah? =D yang penting saya senang. Nak handle anak pun senang. Memang, saya dasar pemalas. Saya malas usung stroller. Belum masanya kot. Tunggu Iman ada adik, dah besar, dah tak BF, mungkin senang guna stroller untuk dia tidur bila kami mahu ke mana-mana. Sebab turn adik Iman pulak masuk ring Sling. Hehehe.
>
>
>
Best ber Baby Wearing ni.
>
Tapi belum pernah berjaya memujuk Ayah Iman ber Baby Wearing. Tak macho katanya. Hehe.
>
Anda bagaimana?
>
>