Saya Mahu Belajar Buat Bento Comel dari Mothering Corner.com

Seorang Ibu yang Cergas haruslah rajin memasak, dah sendiri nak masak, janganlah pulak rajin merungut. Hehehe. Dulu, sebelum saya berkahwin, saya membawa bekal setiap hari (adalah jugak sesekali terkantoi bangun lambat tak sempat masak…huhu). Mengandung? Awal-awal mengandung masih lagi memasak setiap hari. Cume bila dah sarat sangat tu, takdelah masak berat-berat. Setakat sediakan Roti John, atau Roti Bakar (pun kira masak la kan? :lol:). Tetapi sepanjang mengandung, tiap-tiap pagi buah mesti saya potong untuk bersarapan. Paling suka,buah mangga!

Kini, memegang status ibu kepada seorang anak, masih juga memasak. Anak tak bangun ke cari nen? Soalan bagus. Saya setkan jam loceng pukul 5 pagi dan 530 pagi, siap-siap susukan Cik Iman (sambil tertidur lagi sekali), dan jam 530 pagi, ready untuk memasak. So, dek kekenyangan, Cik Iman takkan bangun mengacau. Kene bijak mengatur masa ye ibu-ibu. Beri saya 1 jam, saya akan lengkapkan semua sajian sarapan, buah dan bento! Tidak lupa juga bubur Cik Iman ya!

Cakap pasal bento, nilah tiba-tiba teringin nak buat bento yang comel-comel macam dalam website Mothering Corner ni.  Comel betul bento dia. Tapi, tak tahulah kalau ada masa nak hias sampai macam tu sekali. Hebat tu.

>

>

Comel dan cute kan Bento yang dibuat beliau. Klik di sini for more pictures and tips.

Lagipun, makanan saya selalu buat, ala-ala Malaysian Food la kan. Tak pulak melambangkan ciri-ciri kecomelan seperti itu. Tujuan saya nak belajar buat bento comel-comel macam ni sebab nak tarik perhatian anak supaya bawa bekalan ke sekolah. Saya mahukan anak saya makan homemade food. Sarat dengan khasiat beserta air tangan saya, dan sarat dengan doa dan keikhlasan saya menyediakannya. Tonnes of love. Teringat dulu-dulu Mama pun buatkan bento untuk saya. Dulu nak senang, mama masak, kemudian beli kertas pembungkus yang warna coklat tu. So, tak payah nak basuh-basuh. Erm… pernah dengar “Breastfed Child will Breastfeed”? Yang ni versi “Anak yang Bawak Bekal, akan Menyediakan Bekal untuk dibawak Anaknya Pula” (Panjang lah pulak). Kekeke:mrgreen:.

Ini kerana, misi untuk Ayah Iman membawa bekalan ke tempat kerja sudah pun berjaya! Tahniah Mama Iman! Hehe. Cuba kira berapa ramai lelaki @ suami-suami yang sanggup bawa bekalan sang @ si isteri ke tempat kerja? Dulu, jangan harap dia nak bawak. Memang tak nak langsung. Ego kot? Ke malu? Hehe. Saya ambil pedekatan lemah lembut, dan tanya setiap hari. “Abang nak bawak bekal?” Ye, saya tanya setiap hari (haruslah tabah bertanya okeh). Sekurang-kurangnya mula-mula ada hidangan yang dia berminat nak bawak, itu je yang dia akan bawak. Kini, semua dia bawak. Haha. Saya harap, bila saja Ayah Iman buka bekalan tengah hari, sekurang-kurangnya dia akan teringat juga pada bini dia ni. Tak lama pon tak pe, sekejap pon tak pe.

“Oh, bini aku arini bekalkan sayur aku tak suka…hish”:roll:.

Haha. Ye, Ayah Iman banyak tinggalkan sayur dalam bekas tapau tu. Ishk. Takpe, next mission – paksa Ayah Iman telan semua sayur!

Mari tengok apa yang saya sediakan awal-awal pagi buta untuk santapan keluarga untuk minggu ini.

Ayam Goreng, Tempe goreng (boleh belajar buat tempe goreng di sini, sayur campur (yang ni Ayah Iman tak suka, ishk)
>

Sebelum sempat saya snap, Ayah Iman dah melantak dulu. Huhu. Buah Mangga tidak ketinggalan. Yummy. Pagi-pagi dah makan buah ye.

>

Ini bukan iklan Tupperware. Hihi. Tapi iklan makanan dalam Tupperware. Gunakan Tipuware pon orait kan. Yang bekas oren tu Bento Ayah Iman. Mama Iman makan lebih banyak. Siap dengan Epal lagi bawak ke opis.

>

Ini sarapan pagi tadi. Buah dah habis. Huhu. Tapi ada jompot pisang lagi. Tak tahu kenapa, minggu ni dengan minggu lepas memang addicted dengan jompot pisang. Ayah Iman punya Bento cumalah jompot pisang dalam plastik tu. Sebab arini Jumaat, so, beliau mahu makan luar katanya.

>

Ini Bento Mama Iman. Hohoh. Iye, saya makan nasi lemak, pagi dan tengah hari. Gila banyak kalori. Uhuk!

SeSe>

>Se

Semoga Mama Iman semakin rajin memasak untuk keluarga selepas ini. Ganbatte!:D

>

>

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

>

>

8 thoughts on “Saya Mahu Belajar Buat Bento Comel dari Mothering Corner.com”

  1. Pingback: [iPad MySuperKids] 101 Artikel Sudah Cukup?

  2. Pingback: [iPad MySuperKids] Cabaran Bermula – Semak Nama Anda!

Leave a Reply to Mama Iman Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.