Piu..piu…piu..bunyi mercun.
Tahniah Iman. Selamat hari lahir sayang. Sudah setahun kamu rupanya. Setahun yang lalu, kamu masih lagi dalam perut mama. Pukul 11 malam baru kamu keluar. Setahun yang lalu, mama masih lagi terbayang-bayang macam mana rupa anak mama. Setahun lalu, mama masih tak terbayang yang mama akan susukan Iman sehingga hari ini. Setahun lalu, mama tergamak beri Iman susu tepung bila Iman dimasukkan ke ICU. Setahun lalu, mama sangka mama akan kehilangan kamu sebab kompilasi tidak pandai melahirkan kamu. Setahun lalu, kamu tumbuh nanah di seluruh tubuh badan kamu sehingga dimasukkan ICU sekali lagi di Hospital Sg Buloh. Kali itu, mama tinggal bersama kamu di hospital kerana tak mahu lagu kamu diberi susu formula.
Setelah setahun berlalu, sekarang kamu sudah pandai macam-macam benda.
- Kamu pantang nampak orang lain makan. Kamu akan merengek-rengek minta disuap. Asalkan suap, tak kire saiz kecil mana pun, kamu dah cukup berpuas hati dan sambung bermain. Macam macam dah kamu makan. Roti, nasi, ikan, ayam. Semua kamu mahu. Ramai dah kata kamu cukup bulat, dan perut cukup buncit. Tatkala ibu-ibu lain risau bayi mereka tidak selera makan, mama risau pula kalau kamu terover selera makan. Jangan risau, mama akan pantau pemakanan kamu. Dan yang pasti, kamu dah genap setahun menyusu dengan Mama. Alhamdulillah dengan rezeki susu yang Kau beri buat anakku ya Allah. Syukur sangat-sangat.
- Kamu sangat pandai tiru. Kamu boleh pula pura-pura buat bunyi batuk kalau ada orang batuk. Kalau orang joget, kamu tiru joget. Kalau orang hentak kaki, kamu pun tiru hentak kaki. So, Mama, Ayah, semua kene hati-hati dalam buat semua perkara, Tak mahu kamu ikut perkara yang tak baik, ikut yang baik-baik je tau. Yang paling best bila lepas solat, kami ajar kamu baca doa, kamu ikut jek sampai abis. Tentulah Ayah yang tadahkan tangan. Hihi.
- Kamu sudah pandai terima arahan. Kamu sudah pandai salam tangan dan cium tangan bila orang hulur. (sila cepat2 pandai kaut duit sekali ye tangan tu..banyakkan praktis sebelum raya akan datang ni..ngaaaaaaa 😆 ). “Champion!” (kamu akan angkat tangan ke langit); “Pok Amai-amai” (kamu akan tepok tangan dengan girangnya!); “Taknak” (kamu akan geleng kepala kamu sesuka hati kamu); “Tata” (Kamu akan lambai-lambai tangan kamu). “T-rex, the di-na-sour” (Kamu hentak-hentak kaki untuk setiap suku kata itu, kamu seolah-olah kamu lah dinasour???) Ni Pak Cu Hazeeq la ajar ni. “Twinkle-twinkle little Star” (kamu goyang-goyang tangan dan badan kamu). Oh, life is so much wonderful with you around.
>
>
Susu Mama hasilkan pagi ini tatkala setahun umurmu sayang. Alhamdulillah, syukur. Almost 12 oz per session. Susu ini masih pekat lemak berkrim, thanks to vitamin yang Mama makan.
>
Sesi Iman explore buah mangga feveret mama (feveret Mama Iman, bukan feveret Iman). Haha! Saja letak Iman atas meja, biar kalau jatuhpun, still makanan tu atas meja, dan bukannya atas lantai. Hihi.
>
Mama sedang berusaha untuk meng’ayu’kan kamu. Reben di kepala itu wajib. Kalau tak semua kate kamu boy.Lihat perutmu itu. Buncit kan? Sendat baju di perut. Haha.
>
Secara rasminya Cik Iman sudah mempunyai adik susuan. Kenalkan, Adam Asyraff. Geram nak geget si Adam ni. Kecil comei sangat.Beza umur muda 7 hari je dr Iman.
Mama dan Iman. Punya susah nak ambil gambar bersama sebab selalunya mamalah jurukamera. Kali ni paksa Ayah ambil gambar Mama dengan Iman bersama. Jarang dapat tau.
>
Video fresh tangkap pagi ni. Tatkala Mama dan Ayah bersiap nak pergi kerja, Iman memang melayan ini setiap hari. Alhamdulillah.
>
>
Mama Iman : Mode gembira bila mana ada progress production susu oleh rakan lama, Yaya. Alhamdulillah, berkat tak putus asa, usaha dan kekentalan hati menghadapi kata-kata orang sekeliling, membuatkan ibu muda ini berjaya membuat stok yang dahulunya seperti kais pagi makan pagi stoknya. Alhamdulillah. Semoga Yaya terus kuat berusaha, Tiada yang mustahil.
>
>