Sannah Helwa Husnul Iman

(menjeling Ayah Iman di SOHO kami)

Haih, sibuk menyibuk dan beramah mesra bagai di dalam blog saya ini. Jangan tertipu ya. Dia tak seramah itu. Hehehee.

Tanggal 31/3/2012
Selamat ulang tahun yang kedua Husnul Iman. Indahnya Iman, itulah maksud nama kamu. 2 tahun lepas, mama berazam dan berniat untuk menyusukan kamu selama 2 tahun. Tahun pertama kelahiran Iman, kami tak buat apa2 majlis pun. Namun tahun ini, Mama buat juga sikit2, memandangkan ia juga menjadi lambang kesyukuran Mama yang tak terhingga kerana berjaya menyusukan Iman selama 2 tahun, penuh.

Ya Allah, betapa ku bersyukur.

Kecilnya kamu ketika ini. Hanya 2.9 kilo. Lahir tanpa tangisan, dan ditahan wad 6 hari, tanpa susu ibu, dengan jangkitan dalam paru2. Kemudian disambung ke Hospital Sg Buluh seminggu lagi kerana kuman dah pun menjangkit darah. Sepsis kata doktor. Badan Iman penuh dengan ruam bernanah. Saya tak sanggup ambil gambar Iman ketika ia penuh dengan nanah. Tak sempat pun sebab melayan emosi bagai. Hehee.

Iman mula sihat ketika sebulan.

Iman 3 bulan. Mulai ceria dan semakin bulat.

 Iman 4 bulan, semakin montel.

Iman 5 bulan, Seringkali di salah anggap sebagai anak lelaki =D

Iman 6 bulan. Baru belajar merangkak. Sesekali memakai skirt pun mengancam kan? =p

Iman 7 bulan. Muka penuh dengan gigitan nyamuk.

Iman 8 bulan. Masih montel.

Iman 8 bulan setengah.

Iman berjalan officially 8 bulan 23 hari. Ni gambar tika Iman 9 bulan. Terlalu kecil saiznya. Terhuyung hayang berjalan.

 Iman sepuluh bulan. Melangkah semakin berani.

Iman 11 bulan.

Iman 12 bulan.

Iman setahun sebulan. Semakin pelbagai rakam dan ada sahaja ideanya untuk aktif.

Iman… setahun 3 bulan. Bermula siri sakitnya. Antibodi badannya agak lemah sebab sebelum2 ni belum pernah masuk taska. Bila berpindah ke rumah sendiri dan dihantar ke taska, Iman mudah terjangkit. Tika ini, ada lebih 10 ulser dalam mulutnya. Tak mahu makan. Mujur masih mahu menyusu. Semenjak ini, kamu kelihatan sangat kurus. Berat kamu 9 kilo cuma. Semenjak ini juga, tiada lagi banyak gambar kamu. Sebab mama sibuk menjaga kamu sehingga kadang kala terlupa pasal gambar. Kulit kamu tidak licin, selsema kamu tidak pernah baik. Kamu sentiasa menggaru. Mama langsung tak tahu yang kamu tika ni menderita allergi pada sesuatu.

Iman kini. 2 tahun genap. Semakin pulih, semakin membulat kembali. Masih berpantang makanan. Alah pada gandum dan telur.  Walaupun berbagai siri demam, selsema yang Iman lalu meskipun Iman penuh susu ibu, mama percaya jika bukan sekarang keberkesanan susu ibu itu, mungkin esok lusa mama akan lihat. Mama tetap percaya usaha mama pump susu untuk kamu buat 2 tahun ni akan berbaloi kelak.

Klik lagu di bawah dulu untuk coretan seterusnya. Hehe. Husnul Iman binti Mohd Hafeez Muttaqiin, lagu ini mama simpan dah lama untuk tujukan pada kamu. Ia akan valid sehingga akhir hayat mama. Harap ia valid sepanjang hayat kamu juga.

Husnul Iman, tahniah sebab dah berjaya menyusu selama 2 tahun. Mama berasa sangat lega sebab dah jalankan tanggungjawab mama sebagai ibu kamu. Mama halalkan susu mama buat kamu. Semoga kamu menjadi anak yang solehah, mendengar kata, bijak, pandai jaga maruah diri dan keluarga, menjadi insan yang berguna dan menjadi hamba yang menurut perintah Allah hendaknya. Amin.

Husnul Iman, kelak kalau kamu dewasa, meningkat remaja, punya sebarang masalah, jangan lupa mama dan ayah sentiasa ada di sisi kamu. Mungkin kami akan jadi oldschool kelak. Mungkin kami akan punya taste yang berlainan dengan kamu kelak. Tapi ingatlah ya, hati kami sentiasa ada ruang buat kamu. Jadi, Jangan pernah merasakan kami jauh ya? Kerana kamulah permata ayah dan mama.

Permata Ayah Bonda
Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda….

 

 

[Mode Nangis : Officially stop pumping. Only direct feeding at home. Will miss all the moment] =(

>

>

5 comments

  1. anak sy girl tp ramai kata muka mcm boy. sbb seiras sgt mcm ayahnye. tahniah berjaya bf iman smpi 2 yr. harap sy pun akan bf my imaan until 2 yr gak.

  2. happy belated bday to iman…smoga sht, ceria n mnjadi ank yg solehah… 🙂 nak taula, mama iman kan dh stop pumping, so iman bawa bekal air ape kt skolah ye? die xmntak nk minum susu ke?

    1. bawak susu beku…hahahahhhaa… byk lagi bulan 11, 12 dan 1 punya… kat rumah minum susu lembu dalam kotak…

      iman bernyanyi…
      mooo..mooo..here…
      mooo..mooo..there…
      here mooo…there mooo…
      everywhere moo moo…

      end up bagi nama pada semua bende yang ade gambar lembu sebagai “mooo there”

      haish..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge