Sabah Part 1 : Rindu Untuk Berehat

Bulan lepas, ke Langkawi, dan tak sampai sebulan, ke Sabah pula. Penat. Cukup penat. Cukuplah buat tahun ni. Tak nak dah travel. Sakit badan, sakit kepala, sakit poket. Kalau bukan sebab kerja, memang saya tak mahu pergi. Saya rindu untuk menghabiskan masa guling-guling atas katil di hari minggu. Tak boleh ke ye kalo hujung minggu hanya di rumah sendiri sahaja ya? Saya penat dah bekerja Isnin hingga Jumaat. Jadi, weekend lah hari untuk berehat fizikal dan mental. Tapi, banyak betul komitmen :(

Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah kembali. Banyak nak cerita. Kalaulah ada alat yang boleh terus tukarkan suara kepada text (dalam drama Korea ada, Malaysia tak wujud lagi ke? ).

Di Sabah, mujur saya present hari pertama. Kualitinya? Jangan tanya! Saya baca sahaja! Langsung tak ada confident. Huahauahua. Takpelah, pelan-pelan. Saya budak baru belajar.

Cerita Pasal Makanan

Setiap malam di Sabah, makan seafood je (Aje?? Orang lain makan maggi kot). Tapi menyesal sebab tak pandai cari gerai. Well, jangan sebut la restaurant. Mestilah bapak mahal. Paling2 murah 1 orang RM150. Makanya, kami mencari gerai sahaja. Alhamdulillahlah, puas makan udang besar, ketam segar, ikan besar, sotong besar. Cuma RM90 je untuk 2 orang. Jangan ke gerai-gerai yang dah siap bakar ye. Tak sedap, tah-tah dah lama punya. Meskipun begitu, 2 malam juga kami melantak yang dah siap bakar tu (menyesal pun tak guna), barulah jumpa gerai yang boleh pilih lauk yang segar2.

Ok, mula-mula cerita dulu pasal gerai-gerai makan di Pasar Filipino. Pasar Filipino ni betul-betul depan hotel Le Meridien. So, takkan sesat punya. Hurm, saya tak rekommen yang ini. Diorang bakar siap-siap banyak-banyak di hadapan gerai. Bila customer datang, baru mereka bakar kembali lauk pauk ni. Tak fresh.

 Rumpai laut. Rasanya macam tiada rasa. Cuma masin2 gitu.

>

 

Cik Iman, makan nasi dengan jambu batu. Haha. Budak yang susah dipujuk makan.

>

 Inilah gerai ikan bakar yang siap dibakar.Lepas pilih ikan, baru mereka panaskan kembali. Hurm..tak sedap sangat pun. Harga pun boleh tahan mahal juga (ke saya kene tipu? :lol:)

>

Udang, RM15 seekor. Mahal2. Tak sedap jugak, sebab saya rasa mcm bau hanyir. Hihih. Sotong juga begitu. Tak berapa menepati citarasa saya.

>

>

Ok, jika terus berjalan dari pasar Filipino terus ke Pasar yang jual cenderahati, kemudian melalui pasar sayur2an (bangunan 2 tingkat), kita akan jumpa tempat parking berkhemah. Siang-siang memang tempat parking, tapi rupanya malam, happening dengan gerai makan yang jual ikan segar2. Haaa…ini baru pilihan saya.

>

>

Di sinilah kami melantak. Gerai Sinar Delima. Memang sedap.

>

 Ikan ni cuma RM20 siap masak. Kalau kat KL, mahunya RM40??!!

>

 Udang besar yang murah. Total harga untuk semua ni RM15 siap masak. Kami amik 1 yang begitu besar, 3 kecil2, dan kami minta masak Butter. Pergh……sedapnya!!!!

>

Lihat, besar betul udang ni. Sedap betul!

>

Ketam RM10 seekor besar ni siap masak? Yummy…ambil seketul je. Iman bukan tau makan ketam :D

>

Ayah Iman pandai keluarkan isi kaki ketam dengan cantiknya tanpa menggunakan tukul. Hihihihh. Saya? Pandai makan sahaja :lol:

 Sotong, RM10 siap masak. Yang ni saya rasa biasa-biasa aje. Tapi CIk Iman kata “Dapnye!!”

>

Juadah makanan kami. Hehe. 2 orang sahaja ya. Licin semuanya.

>

Bercerita Tentang Mutiara

Cantik tak? Cantik tak? Malangnya bukan saya punya. Saya pun bukan lah kemaruk sangat dengan bahan kemas. Yang ada atas tubuh ni pun sebab cincin dan gelang kahwin. Cukuplah. Tak reti saya nak jadi Mami Jarum. Hehe.

Rantai ni milik kawan saya. Kalau di Pasar Filipino, harganya mencecah RM700 ke ribuan ringgit tau. Saya beli di gerai-gerai tepi Hotel Le Meridien je. Sama besar, sama kualiti dan kuntiti mutiaranya, cuma RM150 je. Hahhaa. Murah2. Memang puas hati.

>

Oklah, tak kemaruk barang kemas sekalipun, haruslah ada brroch untuk dibawa pulang untuk keluarga. Harga? RM15 untuk 2 set. Miahahaha.

>

 Cantiknya mutiara hidup.

>

>

Tak puas di Sabah.

Mahu ke sana lagi.

Tapi kepenatan sudah tahun ni.

>

>