Review MaidEasy.Com – Domestic Cleaner di Meru

Ahamdulillah dah masuk 2 kali menggunakan khidmat MaidEasy untuk cuci rumah mak. Selama ni punyalah jenuh nak carik domestic cleaner yang boleh singgah sampai ke Meru Klang nuu.. Saya pulak balik rumah tidur di Meru setiap Jumaat malam Sabtu. Nak mengemas rumah mak, errr… rumah sendiri pon tak berkemas. Wakakakaakak:lol:. Oh tidak terdaya kudratku.. (ampun).. mueheheh.

Alternatif, mencari lah domestic cleaner ni konon nak at least 2 minggu sekali bersihkan rumah mak. Kesian mak kalau nak buat sendiri. Yelah, dah berumur, patut rehat jek. Bukan tak banyak domestic cleaner yang ada kat Selangor ni. Banyak sangat-sangat! Dan sangat competitif dari segi harga dan juga perkhidmatan. Masing-masing berlumba-lumba untuk berikan the best service kepada pelanggan.

Tapi bila saya hubungi semua, semua kata tak available di Meru. Jauh sangat katanya. Dan tak berbaloi katanya dari segi penghantaran maid tersebut. Arggh… stress mak. Dalam mencari-cari tu, terlintas iklan kat newsfeed FB (strategi marketing yang bagus kan kan). Hapa lagi, terus lah saya hubungi mereka. Ingat main-main jek nak cuba-cuba nasib sebab terlalu banyak rejection sebelum ni. Tiada siapa sudi dilamar kami. Wahaahaha :mrgreen:.

So, caranya mudah sahaja, cuma pergi ke laman web mereka, http://maideasy.my/, letak nama dan kawasan rumah yang nak dibersihkan dan submit.

>

Daaaann… tiba-tiba je ada orang kol saya dan kata nak confirmkan temujanji untuk cleaning service di Meru. Saya pon waaaahhh… tak sangkanya betul ke nak datang. Sebab selama ni bila bagi alamat, sure orang tak nak datang punya sebab jauh. Saya berkali-kali dok tanya lagi, betul ke boleh. Siap saya suruh wakil MaidEasy tu bukak google map lagi nak tunjuk rumah mak kat mana. Diorang punya ketawa. Waakakakaka :mrgreen:.

So, deal. Pembayaran akan dibuat selepas kerja pembersihan siap. So saya pilih hari Sabtu.

Hari yang ditunggu tiba dan saya sangat terkejut sebab ianya adalah orang Melayu kita, gadis muda umur 23 dan 24 tahun. Wah sekali lagi. Sebab dalam minda ni dah expect sure warganegara asing yang menumpang rezeki di Malaysia bumi bertuah ni. Tapi tak sangka rupanya pekerja mereka adalah warganegara kita sendiri. Uh.. akak terharu dik. Sempat sembang, mereka kata buat part time katanya.

Akak salute sebab tak ramai budak muda kita-kita ni yang sanggup nak jadi cleaner dik. Memilih kerja bukan main lagi.  Lepas ke rumah saya, adik-adik ni ke Denai Alam pulak di Shah Alam, hanya bernaik motor sahaja. Uh.. tahniah atas kesungguhan adik-adik. Semoga adik2 berjaya dunia akhirat, kaya berjaya dunia akhirat.

Ok sambung review, sejam caj mereka adalah RM20 untuk seorang. Jika MaidEasy hantarkan 2 orang, maka 2 jam sahaja. Jika seorang, 4 jam. Selepas sehari, kita akan dihubungi kembali oleh MaidEasy dan akan ditanya sama ada berpuas hati atau tidak dengan servis mereka. Alhamdulillah, saya macam berpuas hati. Bukan  apa, saya 1st time kot upah domestic cleaner. Wahahahaah. Tak pernah pon selama ni upah orang. Semua buat sendiri (sebab tu rumah tak molek sangat- asal kemas orang kata :lol:) Ah malu, malu.

Lagipon saya pon bukan cerewet sangat dan juga bukan OCD sangat pasal bersih-bersih ni. Dan sebab rumah mak boleh tahan luasnya, nak kemas tu memang semput jugaklaaaa. So kena berperingkat-peringkat. Korang yang berada di kawasan Meru, Bukit Kapar, Kapar, Setia Alam, Bukit Raja, boleh lah cuba dan nanti review ya macam mana.

Since memang rare domestic cleaner yang boleh sampai ke Meru, so saya terus buat temujanji lagi untuk 2 minggu seterusnya. Siapa nak cuba, boleh singgah ke laman sesawang berikut.

<

MaidEasy.Com

MAIN OFFICE

Centrio Soho,
No 1, Jalan Pantai Murni,
Pantai Hillpark,
59200 Kuala Lumpur
info@maideasy.my

5 comments

  1. Ya Allah…syukur sangat dapat jumpa blog awak ni…memang tengah cari cleaner area Meru…
    thanks for sharing ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge