Resepi Roti John Yang Sihat

Resepi sarapan pagi untuk keluarga. Oh, pagi tadi saya bangun pukul 7. Ye, saya subuh gajah. Huhu. Mana taknya, sepatutnya jam loceng saya berbunyi pukul 5. Tapi malam tadi Iman tidur awal sangat. Pukul 11 malam Iman dah tidur (er..selalu tidur pukul 12 @ 1 malam tau). Akibatnya, pukul 4 pagi Iman dah segar bugar mahu bermain-main. Aiyo. Nak main-main pula. Siapa yang kena layan? Tentulah Mama Iman yang mengantuk ini. Alih-alih pukul 5 berjaya pujuk Iman tdur balik, lalu mamanya sekali tertidur sekali (sebabnya nyusukan Iman, mestilah terngantuk sekali – hehe). Kelam kabut subuh, kelam kabut ke dapur buat sarapan.

Tapi……

Syukur malam tadi dah prepare siap2 bahan2nya. Kenapa begitu rajin siapkan di malam hari? Heheh..kerana nak masukkan dalam blog lah! Wahahaha.. gila poyo. Saya mahu kongsikan dengan ibu-ibu lain, no matter what, sarapan tetap harus disediakan bukan? Saya tetap sedaya upaya mahukan anak saya nanti bersarapan pagi yang berkhasiat sebelum ke sekolah. InsyaAllah. Moga Allah mudahkan urusan. Amin. So, praktis dari sekarang. Hehe..

Ok, kita masuk bab resepi. Untuk menjadikan Roti John ini lebih sihat, saya tidak menggunakan mentega @ minyak ye. Juga tidak diletakkan garam. Saya juga makan tanpa meletakkan sos cili dan mayonis. Itu lebih sihat.

Bahan-bahan

Roti John Mini secukupnya. (kalau saya, 10 biji utk 3 org makan :mrgreen:)

Telur secukupnya (sebanyak mana mahu)

Tomato sebiji dipotong dadu

Daun sup dicincang

Lobak dicincang halus

Daging kisar goreng tanpa minyak sehingga garing


Ok, ini bahan-bahannya ye kalian. Berapa banyak? Oh..sesuka hati kalian ler =p

>

Kenapa tomato dan lobak saya potong halus-halus? Hee..sebab Ayah Iman tak suka lobak. Makanya, ini adalah cara menipu untuk memaksa golongan tak suka sayur makan sayur. Huahaaauahu. Tomato juga begitu. Anda boleh potong kecil-kecil, dan campurkan sebegini. Bila goreng telur untuk anak kecil, approach ini amat berkesan. Sekurang2nya mereka akan makan juga. Mula-mula letak sikit. Lama-lama, tambahkan kuantiti sayur tersebut dalam makanan campuran sebegini.

Masukkan telur, juga seberapa banyak yang anda mahukan. Hoho. Tak perlu tambahkan garam untuk lebih sihat.

>

Oleh kerana saya tidak tere, dan saya sengaja tidak mahukan minyak @ mentega, letakkan inti di atas telur sebelum tekap atas kuali (Ini teknik saya). Jika anda mahukan minyak @ mentega, boleh letak inti atas kuali dahulu kemudian tekapkan roti (ini teknik jurujual Roti John di pasar2). Hehe..

>

Ok, tekapkan roti bersama inti laju-laju ke atas kuali. Laju-laju, sebab x nak tumpah.

>

Terbalikkan roti pula.

>

Tada, nampak menyelerakan? Ye, saya sarapan pagi dengan 3 ketul ini. Wahahah.

Selamat mencuba ye ibu-ibu.

>

>

>

.

Abis kat office kepala saya sakit teruk gara-gara melayan Iman pagi buta. Adoh. Walaupun bangun lewat, nasib baik dah siapkan awal-awal. So, ibu-ibu, semoga kita semakin kuat untuk semakin menjadi ibu yang hebat. Amin.

>

>

>

>