Raya Preparation

Ukhrawi preparation untuk Ramadhan haruslah disimpan di hati, antara diri sendiri dan Allah SWT sahaja. Duniawi Preparation, bolehlah sikit-sikit reveal to the world. Miahahahaa.

Saya berazam kali ni cuba buat kuih raya sendiri. Jimat? Tidak lah pun. Cuma untuk kepuasan sendiri, dan melatih kegigihan diri untuk cuba membuat biskut-biskut raya dengan hati, dan bukannya dengan duit. Bagi saya, untuk keluarga tercinta, saya cuba untuk beri makanan cinta (meskipun diragui kesedapannya). Ahahahaa. Mungkin bagi setengah orang, biskut buatan kilang ke, buatan orang lain ke, apalah kisah sangat dengan biskut raya. Alih-alih semua masuk dalam mulut. Entahlah. Ia cuma pendapat peribadi. Setiap biji biskut yang kita buat, bila dimakan oleh orang yang kita sayang, tentu ada terdetik dalam hati mahu bertanya, “Sedap tak?” (sambil hati berbunga-bunga menunggu jawapan). Hahah. Manakan sama dengan makanan yang diproses oleh tangan lain (yang business oriented), apatah lagi biskut yang dibuat dengan mesin. Berbezaannya? Tiada apa yang dinamakan “Hati” dan “Perasaan” di dalam biskut itu. Alah, sebelum saya tinggal sendiri di rumah sendiri pun, biskut saya adalah cop tangan kilang atau cop tangan orang lain. (Nada exaggerate dan sedikit menunjuk sebab 1st time raya semua biskut buat sendiri). Harap dimaafkan. Hihi.

Membuat biskut ni banyak mengajar erti kesabaran dan kegigihan. Kalau setakat mahu melepas batuk di tangga, tengok sahajalah rupa kejadian biskut itu nanti. Hihi. Memang akan kuranglah rupanya, dan kuranglah juga rasanya.

>>

>

Kejadian Biskut Chocolate Chip

Ini boleh dikatakan biskut paling senang yang wajib dibuat setiap tahun (jadi atau tak jadi biskutnya, itu lain cerita) Hahha. Yang penting kene buat. Barulah rasa macam raya, ye tak. Untuk resepinya, kali ni saya gunakan resepi dari yang pakar. Ada saya sertakan dalam entry sebelum  ni di sini.

>

>

.


Jadi, dan memang sedap rasanya.

.

.

Kejadian Biskut Almond London

Tak sangka agak mencabar juga membuatnya utk 1st timer macam saya ni. Tawakkal jek la buat biskut ni. Memang  bidan terjun tukang buat biskut ni. Hihi. Tapi, memang rasa terharu bila buat-buat, menjadi pula. Tak sia-sia beli oven, thermometer (tak boleh harap sangat built in thermometer yang ada), timer, digital penimbang bagai (banyaknya kene beli). Huaaa =D.

>

Best bila biskut nampak cantik (pada pandangan sayalah). Hihi.

>

Mula-mula, bakar dulu kacang badam sehingga masak. Nak tau masak ke tak, kulit2 kacang badam tu akan tanggal2, bila kita gaul2 diorang. Hehe.

>

Uli-uli adunan dan bentukkan bujur2. Euuu….kenapa saya rasa macam jari-jari orang yang dipotong ni. Uhuh! Macam mana buat? Lihat bawah.

>

Mula-mula bentukkan dalam sudu penyukat.Kemudian, sumbatkan kacang badam, dan salut kembali dengan adunan doh. Bolehlah korek keluar.

>

Biskut yang siap dimasak.

>

Tuangkan coklat masakan yang dicairkan.

>

Campak sesuka hati hiasan yang digemari. Pastikan kacang badam kasar ni pun di goreng kering tanpa minyak ya.

>

Keringkan untuk biarkan coklat terus mengeras sebelum masukkan dalam bekas kedap udara. Kalau kacang tidak garing, nanti biskutnya akan menjadi lemau ya.

>

Masa kejadian – semalaman tidak tidur. Alkisah membuat biskut tatkala anak masih bayi dan menyusu badan, memang amat mencabar. Cik Iman tu, tengah-tengah malam akan berjaga dan bercakap menjerit “Susu!“. Ah sudah. Biskut sedang dibakar. Coklat sedang mencair. Macam mana kalau saya tertidur sekali masa menyusukan Iman. Haru birulah dapur dan adunan biskut tu semua. End up saya capai ring sling dan susukan Iman dalam ring sling, sambil meneruskan kerja-kerja buat biskut!! Hahaha. Gambar tiada. Tapi kalau melihatnya, tentu kalian mahu ketawa. Dengan maknya yang syomot-syomot buat biskut, anak digendong. Memang kelam kabut. Haaa..inilah kenangan.

>

>>

Kejadian Biskut Snow Almond

Biskut yang adunan serbuk almond, disaluti dengan coklat dan kemudian ditaburkan snow iaitu serbuk kelapa kering. Dalam resepi asal sebenarnya ditabur breadcrumb  berwarna putih. Tetapi tiba-tiba saya teringat dulu kala semasa kecil saya selalu suruh memaksa mama beli sebalang setiap kali raya. Satu balang berisi 50 biji biskut ini, dengan harga asal ialah RM28. Entah kenapa setiap tahun harganya naik menjadi RM30, kemudian RM33, dan paling mahal saya ingat ialah RM38. Sungguh demn sekali. Menci. Menjejaki tangga harga RM33, saya dan keluarga berhenti membelinya, saya memandang sayu sahaja kedai yang menjual itu.  Kerana aksi mengguling-guling di lantai kompleks PKNS untuk memaksa membelinya tidak mendapat perhatian Puan Mama. Hahaha. Alhamdulillah saya cuba menguatkan hati untuk membuatnya sendiri.

>

Hatiku dicetak.

>

Hatiku disusun-susun.

>

Hatiku disaluti Cinta. Bwahahah!!

>

Hatiku dilukai….eh…tidak-tidak. Hihi.Bersalji di hatiku.

>

Begitulah alkisah kejadian biskut Snow Almond ni. Masa kejadian, semalaman tak tidur. Huhuhu.

>

4 hari 4 malam, saya tidak berupaya tidur di katil sendiri. Dek kerana tak tidur menyiapkan biskut yang tak seberapa ni. Di opis pula, saya dah jadi zombi dah. Nasib baik mood raya dah sampai, so kerja macam tak kerja jugalah gamaknya =p. Opss.

>

>

Mama, Ibu, Atok, Mak Dek, inilah biskut raya yang tak seberapa dari “Hati” dan “Perasaan” wawa. Ada cinta di dalamnya buat kalian.

>

>

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Dari IbuCergas.com

>

>