Semakin menghampiri waktu perpindahan kami ke rumah sendiri, semakin saya menjadi sayu. Keputusan yang berat buat Nenek dan Atok Ibu utk berpisah dengan Iman. Lantas saya coretkan entri ini.
Sememangnya setiap kanak-kanak dan bayi, setiap anak itu unik. Jadi, kita tak perlu dan janganlah bandingkan anak kita dengan orang lain. Beri lebih dan lebih peluang kepada mereka, dan ransang mereka supaya mereka menggunakan motor dan kognitif mereka dengan betul. Bangga anak jalan cepat? Sedikitlah, bukan cenderung kepada bangga, tapi cenderung kepada gembira yang teramat sangat. Namun saya sedar kenapa Allah SWT menjadikan anak saya antara bayi yang cepat jalannya. Dan saya tak expect anak saya yang seterusnya bakal berjalan awal. Tahu kenapa?
>’
>
>
>
Kerana Iman dijaga oleh kedua-duanya Atok Ibu dan Neneknya tatkala Mama Iman ke kantor.
Kerana Iman teramat sayangkan Neneknya di Meru, dan Atok Ibunya di Shah Alam.
Kerana Neneknya di Meru adalah single mother, dan Atok Ibunya di Shah Alam pula adalah single legged mother.
>
Dan saya amat-amat (tersangat) bangga dengan kedua2 insan yang bergelar ibu ini. Bagi saya, mereka lah setabah-tabah wanita buat saya dan suami saya. Naluri anak kecil ini mungkin sangat kuat terhadap Nenek dan Atok Ibunya. Iman merupakan cucu sulung mereka. Jadi, atas kehendak Nenek dan Atok Ibu, Ayah Iman dan Mama Iman mengambil keputusan untuk tinggal seminggu di Meru, seminggu di Shah Alam, berulang alik mengangkut barang-barang Cik Iman setiap minggu. Supaya Nenek dan Atok Ibu dapat bermesra dengan Iman, menceriakan hari-hari mereka yang sunyi.
Tetapi, menyedari hakikat bahawa Nenek di Meru selalu sakit kaki, Cik Iman seolah2 paham, dan cuba bertatih sendiri. Menyedari Atok Ibu di Shah Alam berkaki satu dan perlu bertongkat, sungguh Cik Iman seolah faham apa yang harus dia tak boleh merangkak lama-lama. Menjaga bayi kecil dalam situasi seperti ini, dengan umur yang sudah lanjut, mungkin sememangnya amat sukar untuk kedua-dua Nenek dan Atok Ibu. Lantas Cik Iman sendiri mengambil keputusan untuk berjalan dengan cepat. Syukur, Allah memang sangat Pengasih.
Dengan Iman cepat berjalan, maka Atok Ibu tidak perlu lagi menyorong kerusi roda bila Iman mahu mandi. Lantas, Iman dari umurnya 9 bulan, hanya keluar bilik air berkembankan tuala dan jalan sendiri ke ruang tamu untuk memakai baju.
Dengan Iman cepat berjalan, maka Nenek tidak perlu lagi sakit bahu mendukung Iman yang beratnya 10 kilo bila Iman nak cebok berak. Iman dari umur 9 bulan, keluar berlari2 anak ke ruang lepas untuk ditukarkan diapernya.
Syukur Ya Allah.
Rezekiku memiliki kedua2 Mama dan Ibu yang cukup tabah sekali mengharungi hidup, dan rezekiku mendapat anak seperti Iman yang seolah-olah faham situasi dirinya di mana.
>
>
Buat Kak Shaz, InsyaAllah Lisha tahu keupayaannya sendiri bila masa yang sesuai untuk berjalan. Untuk Awin, InsyaAllah Yusuff hero hebat, da’ie yang mantap, yang bakal menggegarkan pentas Imam Muda suatu hari nanti. Untuk Ain, InsyaAllah Adam anak susuan saya itu, akan menjadi anak yang cukup dibanggakan Ain dan Lokman. Amin.
Perlu diingat, meskipun berjalan awal membolehkan bayi merantau mengexplore lebih jauh, namun, semakin banyak kebahayaan yang mungkin mereka hadapi. Mereka lebih cenderung untuk lebih banyak jatuh, lebih banyak menghampiri tempat-tempat bahaya, dan barang-barang bahaya. Lebih sukar dikejar. Bersyukur untuk itu. Mereka kurang terdedah kepada banyak bahaya.
Okla, ada kebaikan yang tak dapat disangkal. Ibu bayi akan jadi lebih2 kurus sebab asik kejar anak ke sana ke mari. Hehehhee…
Jadi, usah berkecil hati ya dan banyak bersabar ye jika ada yang membanding-bandingkan Lisha, Yusuff dan Adam dengan bayi lain. Mereka semua bayi hebat. Mereka semua unik. Mereka semua adalah Angel kita.
Kiss..kiss muah2 untuk semua baby~! Love you all~!
>
>
Salam Sayang,
Mama Iman.