Pukul 1 Pagi

Malam tadi Ayah Iman ada tugasan di luar. Maka, kami berdua menghabiskan waktu bersama di rumah. Melantak Sup Daging Tulang, tak sangka Iman suka. Kemudian melantak kek Rainbow yang saya buat kelmarin. Iman pun suka. Kemudian, melantak yogurt yang ditapau (haha) dari Hotel bila kami menginap di sana kelmarin. Iman kekenyangan. Makan tak beringat. Selera Iman sangat tinggi sekarang ni. Jadi, saya sebagai mak kene kontrol pemakanannya (iye ke):lol:. Sedang cuba sedaya upaya. Hehe.

Pukul 10 malam tadi kami dah masuk tidur. Iman kekenyangan. Bila Ayah Iman balik, saya malas dah nak bangun. Huahauahau. Sambung terus tidur. Pukul 1 pagi, saya terjaga, dan merasakan yang katil teramat lah luas! Saya blur sekejap. Kenapa katil ni luas. Oh, mungkin Ayah Iman tengah buat kerja di ruang tamu. Tapi rasa ada yang tak kene. Lepas beberapa saat, baru teringat anak!!! Kelam kabut cari Iman. Tengok-tengok rupanya dia di bawah……………

>

>

Huh…nasib baik tak jatuh ke atas penimbang tu. Tajam juga bucu tu walaupun plastic. Tapi, kan ke kalau jatuh akan terhentak badan, sekurang-kurangnya akan buat Iman terjaga. Hurm..mungkin benar orang kata, bila bayi terjatuh, ada malaikat yang sambut. Wallahua’lam.

Iman…iman…kekenyangan sangat ke sampai tidur lena sangat?

>

>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge