Preparing Menu For Iman

Salam..

Oh..banyak masa yang saya habiskan untuk menyediakan senarai menu ni… (mengade!). Nak kenalkan makanan pepejal pada Iman, tapi seriously takut kalau-kalau Iman sakit perut bila makan. Jadi, kenalah kaji betul-betul. Jangan main terjah saja. Banyak tips boleh didapati daripada internet.

Oklah, have to admit that orang-orang tua zaman dulu main bagi jek anak baru lahir makan pisang. Tak mati pun. Bila anak asyik menangis walaupon sudah diberi susu berbotol-botol sampai termuntah, mulalah kedengaran kata-kata yang menyuruh anak diberi bubur, atau nasi, atau pisang. Ada juga yang terus menyumbat biskut pada bayi yang baru lahir! Memanglah tak mati..tapi kasihan bayi tersebut.

Ok, I have my own reason why Iman is already 4 months and still I did not introduced solid to her yet. Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan para ibu memberi susu ibu sepenuhnya kepada sehingga bayi berumur 6 bulan (secara ekslusif, tanpa campuran susu formula atau air masak). Kemudian bayi diberi makanan pelengkap dan susu ibu tetap diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Uhu…jika dahulu, saya diberi makan bubur apabila umur saya 4 bulan (atas nasihat doktor). Ya, dahulu 4 bulan sudah boleh diberi solid food. 4 bulan adalah umur paling awal bayi sepatutnya diberi solid food. Tapi mengapa sekarang saranan dari Kementerian Kerajaan Malaysia makanan pepejal diperkenalkan pada usia 6 bulan?

Samalah seperti bidang fizik yang saya kaji, people around the world do research, and they develop new things. Millions of new experiments and journals reported each year. Semakin banyak bidang yang dikaji, dan semakin banyaklah teori diperolehi.

Dan untuk pemkanan bayi, umur yang paling sesuai diperkenalkan makanan pepejal adalah pada umur 6 bulan.

Antara sebab kenapa bayi sesuai diperkenalkan makanan pejal pada selepas bulan keenam:

  1. Mengurangkan risiko mendapat allegi dari pemakanan. Makanan yang berisiko memberi alahan adalah seperti hasil tenusu, kekacang, putih telur, gandum, soya, jagung, buah-buahan citrus seperti oren dan beri.
  2. Penyebab diabetis. Pemberian makanan selain susu ibu/susu yang sesuai untuk bayi sebelum masanya mendedahkan bayi kepada diabetes apabila dewasa nanti.
  3. Bayi akan kurang menyusu bila dah kenyang makan. Jadi, kalau beri bayi makanan pejal terlalu awal, susu ibu akan merudum. Bayi yang kenyang tentulah tidak mahu menyusu, justeru frekuensi kekerapan menyusu pada ibu berkurangan. Bila frekuensi penyusuan berkurangan, tubuh badan ibu akan memberi isyarat pada otak, bahawa hanya sedikit susu diperlukan.
  4. Usus bayi masih belum matang. Oh..kasihan sungguh bayi yang sembelit. Ada juga yang mengeluarkan najis berdarah. Hanya kerana diberi makan terlalu awal dan pemakanan yang tidak sesuai.

Oklah…cukup merepek…boleh baca lebih lanjut kat sini, dan sini ok..
Kat bawah ni lah resepi dan menu untuk Iman (sila klik untuk besarkan ok).. Lama jugak fikir untuk buat table ni..(gila poyo mak budak ni). Harap-harap saya komited untuk follow~! yeay!

p/s: Ada orang try nk suap air sirap pada Iman… apakah?