Perihal Iman

Mula2, terima kasih ya Tanty yang mengorder Red Velvet Cupcake ni. Ade lebihannya, saya letgo jual sebiji-sebiji kat kawan-kawan opis…dan alhamdulillah, laku ler pulak. Cuma preference orang tentang kemanisan tu lain-lain la pulak. Ada yang kata just nice manisnya, ada yang kata cream cheese dia manis, ada yang kata kek yang manis, cream ok je.  So, boleh lah kot nak request yang tak manis kan? Saya tak kisah. Hihi.Yang pasti, memang puji habes kelembutan teksturnya  yang moist dan warnanya yang merah menyala itu.

>

>

red velvet cupcake

25pcs RM45 (Promotion Price) Siapa2 nak beli, leh inform saya ya. Hehe.

>

>

Entry khas ditujukan untuk Cik Iman sebenarnya. Lama benar tak berceloteh tentang dia. Mama Iman bz manjang dengan persiapan puasa, house warming (termasuk open house). Huhu. Anak daraku ini umurnya sudahpun 1 tahun 5 bulan. Sungguh pantas masa berlalu. Iman kini beratnya 9 kilo. Statik semenjak umurnya setahun. Makan? banyak…….. Minum? banyak….sangat suka air kosong. Berak? banyak…….dan warna najisnya sihat. Siap dah pandai sebut, “Eeeeiiiiiiiiiiii!!!” dengan panjang sekali bila lihat poonya sendiri. Haha.

>

Pembuli kucing. Sebenarnya dia sayang kucing, tapi tak pandai expresskan dengan perbuatan =D

>

>

Sepanjang 1 tahun 5 bulan ni (akhir bulan 8), Iman cukup pandai berkata-kata banyak perkataan. Antaranya, “Amek (Ambil)“, “Ayah“, “Air (merujuk kepada air masak ), “Atok“, “Baju“, “Kasut“, dan “Susu“. Yang seronoknya ialah, Iman tak pelat pun. Semua sebutan adalah betul. Saya sangat suka sebab teknik saya tak gunakan baby-talk sebenarnya berkesan. So, janganlah ajar anak baby-talk ya? Kalau makan, sebut betul-betul “Makan“, bukan “Mamam“. Kalau baring, sebut betul-betul “Baring“, bukannya “Babam“. Tapi tak tahu mana silapnya, Iman tak pernah memanggil saya “Mama“. Kecil hati saya di situ. Ajar lah banyak kali pun, memang Iman tak panggil saya Mama. Paling-paling kalau nak susu pun, Iman akan sondol2 ponggongnya di kaki saya kalo saya di dapur, meyuruh saya berhenti membuat kerja. Paling-paling tak pun, dia akan mintak susu bila cakap dengan saya. Dan akhirnya baru saya tersedar, sebenarnya Iman memanggil saya “Susu“!Kalau panggil Ayahnya, bukan main lagi nada suaranya yang manja, siap berlainan nada pula, sambil tekap2 muka kat dada Ayah. Hish.

Bila pulang beraya di Meru, tiba-tiba sahaja Iman memeluk Neneknya, dan dengan manja, memanggilnya neneknya “Mama“. Masa ni lah saya sedar, Iman meniru semua percakapan saya. Disebabkan saya memanggil mak saya Mama, Iman menirunya. No wonder Iman tak panggil saya mama. Baru 2, 3 hari ni Iman panggil saya Mama. Itupun setelah berlatih habis-habisan bersama Ayah Iman di rumah. Sebab Ayah Iman refuse untuk tukar panggilan saya ke Ibu, atau Mommy, atau Umi. Ayah Iman tetap mahukan panggilan Mama. Hihi. Alhamdulillah.

>

Baju kurung pemberian Nenek.

>

>

Three of us.

>

>

Setakat ni masih bertiga lagi. Belum ada tanda-tanda untuk memiliki Adik Iman. Bila orang tanya, saya kata, tunggu Iman pandai cakap “Berak“. Ah sudah, pakat-pakat pulak Cik Aan dan Pak Su nya di Meru mengajar Iman sebut perkataan tu. Hurm..Ayah Iman kata tunggu 2013. Terus Nenek kate 1/1/2013. Huish…tak sabar bebenor. Tunggu…tunggu. Tunggu Iman habis penyusuannya dahulu.

Alhamdulillah, Iman masih penuh menyusu susu ibu. Syukur alhamdulillah. Sepanjang Raya lepas, Iman hanya direct feeding. Menyebabkan isnin masuk kerja ni, Iman minum frozen susu, sebab takde susu segar. Production harian merudum dek kerana keletihan dan skip pumping session sepanjang cuti Raya. Sekarang ni tengah nak cuba upkan balik production. Syukur ada EBM. Ya, memang EBM tak bagus, tapi at least lebih bagus dari FM. Dan walaupun seharian semasa kerja Iman minum frozen EBM, malam hari Iman minum fresh milk dari mamanya. Sedang menelan kembali Fenugreek dan Shaklee Set B sekarang ni. Chaiyo!!.

>

Iman pandai sebut “Baby“. Siap nyanyi lagu Justin Bieber “Baby..baby…baby..Ohhh“. Tah dari mana tah dia dengar.

>

<

Happy parenting semua~! =)