Perasmian IbuCergas.com

Assalamualaikum wbt.

Oh, teruja sekejap menggunakan Word Press. Sekadar untuk suka-suka. Semua ini cadangan Ayah Iman, saya ikutkan sahaja. Thanks to him! Saya suka sangat-sangat. Terharu dengan kesungguhan dia. Semua layout, semua design, dia yang buatkan. Malah nama pun Ayah Iman yang tentukan. Saya mahu tergelak dengan nama webpage ini. Yelah kan, kalaulah saya se’cergas’ yang dimaksudkan tak mengapalah (oh dear, mesti rakan-rakan yang mengenali diri saya tergelak besar kalau mereka membaca ini). Tapi takde masalah rasanya kalau ‘IbuCergas’ itu saya jadikan impian saya? Cover malu. Oh, tidak mengapa bukan. Asalkan maksud yang dikehendaki tercapai menggunakan medium internet ini. Seperti blogspot juga, saya cuma ingin kongsikan isi hati dan pendapat, dan pengalaman saya sebagai ibu baru. Bukan untuk tunjuk atau berlagak terror, cuma nak kongsikan pengalaman dan kenangan semenjak menjadi ibu ni. Maklumlah, banyak betul perubahan dalam diri dan jiwa setiap perempuan yang bergelar ibu. Kita menjadi lebih bertanggungjawab, lebih mengambil berat, lebih berbelanja, lebih sensitif, lebih dan lebihlah! 😀

Sekiranya saya membuat salah dan silap, teguran membina dan berhikmah amatlah saya hargai. Oh, jangan lah tengking herdik saya. Jiwa saya macam kaca, mudah pecah. Sudah nantinya seminggu saya menangis sebelum dapat bangkit kembali. Ngeee… Selamat maju jaya untuk diri saya, selamat maju jaya untuk semua ibu-ibu ya!