Perang Harga Peniaga Online

Assalamualaikum

Kali ni terpanggil untuk sharing and caring pasal perang harga peniaga-peniaga online ni. Dahulu saya bukanlah peniaga langsung. So, saya adalah antara pembeli yang ada juga tawar menawar, tapi takdelah ekstrem sangat. Heheh:lol:. Dah kalau nak jugak benda tu kan, tak kisah sangat kot. Hohoho. Melainkan lah kalau harganya makan beza ratus-ratus. Kalau setakat 2, 3 hengget tu, kira rezeki penjual itu lah kan.

Ada jenis pembeli online ni memang suka e-store yang pamer harga terang-terang supaya senang mereka nak buat perbandingan harga. Saya hormati pendapat mereka. Tapi ada juga yang cukup tak suka bila e-store ni jual barang, tapi tiada harga malah kene PM (private message) pula owner e-store ni. Terus terbatal niat pembeli ni nak beli barang.

Ok, saya pernah juga main-main display harga barang ni. Dan kebetulan memang saya dapat carik supplier yang jual cukup murah pada kami. Lantas kami pun offer tawaran paling murah di pasaran. Maka, berduyun-duyunlah customer datang ke e-store saya membeli barang saya, menidakkan rezeki peniaga lain yang jual barang exactly macam saya.

Dari satu segi, memanglah saya untung banyak. Tapi saya dikira zalim kerana peniaga lain mungkin tidak boleh dapat bekalan dengan harga serendah yang saya dapat. Kebetulan pula ada seorang hamba Allah ni PM kami secara baik-baik usahlah main perang harga. Kasihan mereka.

MasyaAllah. Masa tu memang tak terfikir pun (dasar mata duitan):mrgreen:. Hehehe. Sejak itu, kami letak harga yang dirasakan berpatutan, dan sekiranya customer ingin tawar menawar, barulah kami negotiate dengan mereka.

Bukanlah maksudnya kami saja-saja tengok. “Oh, orang ni pakai kereta besar, jom jual mahal kat dia” atau “Ala, siannya dia macam tak cukup duit, bagi murah je lah”

Kami masih mementingkan keuntungan juga. Andai berniaga tetapi tidak untung, Apa yang nak dibuat makan kan? Hehe.

Pernah ada cerita yang disampaikan oleh pakcik saya tentang seorang penjual kuih.

Pakcik: “Berapa kira karipap ini?”
Penjual kuih: “50 sen satu encik”
Pakcik: “Omak aih, mahalnya!!”

Lantas penjual kuih itu pun berkata,”Encik, saya pun nak kaya juga”

Terkedu pakcik saya dibuatnya, lalu berkata: “Err.. ye tak ye juga”

Kuih pun dibeli tanpa banyak soal.

Keuntungan adalah hak penjual. Sekiranya barang yang dijual betul2 berkualiti dan berbaloi dengan harganya, pembeli memang takkan rasa terkilan keluarkan duit banyak sedikit. Tapi kalau harga pun mahal, servis pun tak seberapa, jangan haraplah nak dapat return customer kan?

On the other side, sekiranya penjual tidak mahu berikan harga yang ditawar pembeli, adalah menjadi hak pembeli untuk tidak membeli. Pembeli boleh cari penjual lain yang kot-kot boleh beri harga yang lebih dipersetujui. Simple kan?

Akad jual beli bukan kah sah hanya sekiranya kedua-dua pihak bersetuju dengan harga yang dipersetujui?

Beza pamer harga di pasaran offline dan pasaran online

Bila di pasaran offline, memang biasa penjual pamerkan harga barang. Tetapi pembeli juga terpaksa berusaha mencari dari satu kedai ke kedai lain untuk mendapatkan harga terbaik. Di situ, usaha mencari dan masa menjadi pertaruhan. Banyak faktor yang memainkan peranan bila ia berkaitan dengan berniaga secara offline.

“Oklah, dah survey harga. Tapi tak larat nak patah balik beli yang hujung nun. Bazir minyak patah balik. Sama jek jadinya dengan harga yang kat sini. Beli yang ni jek la” Kata si pembeli yang penat survey harga.

Maka, menjadilah rezeki peniaga terakhir offline tu kepada si pembeli.

Berbeza dengan peniaga online. Untuk survey harga itu amat mudah sekali. Singgah blog ni, singgah blog tu, semua jual barang yang sama. Harga pulak dipamerkan. Semua dapat dari supplier yang sama. Kecenderungan untuk mencari harga yang paling murah tu sangatlah tinggi. Semua di hujung jari sahaja. Bila dapat cari yang murah, pastu cari lagi, ada murah lagi, semuanya pon hanya dengan satu klik sahaja. Maka, kasihanlah peniaga online yang menjadi mangsa perang harga.

Usah dilupa juga, dengan cara PM itu, kite lebih senang berurusan secara private dengan pembeli. Yelah, bila dah transfer duit, nak alamat segala, pun kene PM juga kan? Tak gitu? Dengan PM, tiadalah penjual lain rasa offended bila kita nak jual harga murah. Bukannya kami yang memilih untuk tidak letak harga. Cuma terkadang polisi company supplier hanya membenarkan satu jenis harga sahaja yang dipamerkan. Ini untuk menjaga kebajikan stokis-stokis dan pengedar mereka. Maklumlah, ada antara mereka yang betul-betul hasil pencarian hanyalah dengan berniaga online :cry:

Ada sesiapa peniaga yang berniaga tapi tak nak untung?

Well, hanya peniaga sesama peniaga sahaja yang faham keperitan ini.

Dari Mama Iman yang baru start nak berniaga. Sila PM untuk dapatkan best price. Ahaks!!!:mrgreen:

Salam Sayang

Mama Iman