Peraduan Dunia Susu Ibu



Peraduan anjuran DUNIA SUSU IBU.COM.
Maklumat lanjut tentang peraduan ini boleh didapati
di SINI

Syarat penyertaan:

  1. Terbuka kepada semua.
  2. Buat 1 entri di blog anda atau 1 album di Facebook anda untuk menyatakan bagaimana anda mengepam dan menguruskan susu ibu perahan di tempat kerja / di rumah.
  3. Penyertaan perlu ditulis dalam Bahasa Melayu.
  4. Salin dan tampal logo DuniaSusuIbu.com ini di permulaan entri / album Facebook anda.
  5. Masukkan blog DuniaSusuIbu.com dalam senarai blog anda / jadi rakan Facebook .
  6. Tinggalkan komen dengan menyertakan link penyertaan anda terus ke entri / album Facebook Peraduan bermula 1 Oktober 2010 dan berakhir pada 31 Oktober 2010.
  7. Pemilihan pemenang akan diadili oleh saya (Ummu Ibtisam @ Mardziah Mohd Lokoman).
  8. Keputusan hakim adalah muktamad dan pemenang akan diumumkan pada 15 November 2010.

1) Bagaimana Jadual Pengepaman Saya?

Pada awal kelahiran bayi saya, saya mengepam bila mana bayi saya tidur. Saya mula berlatih mengepam seawal sehari umur bayi. Dan mula menyimpan stok EBM seawal sebulan semasa berpantang. Bayi saya minum agak banyak. Jadi, saya memaksa diri saya untuk rajin mengepam, sekurang2nya 7 kali sehari, 30 minit setiap sesi, setiap 2 – 3 jam. Jadual di bawah adalah jadual pengepaman saya, dan saya memang memastikan untuk berdisiplin mematuhinya. Saya akan update dan key-in setiap oz yang saya perolehi setiap kali selesai mengepam. Pada sebelah malam, saya akan bangun mengikut waktu yang telah saya tetapkan. Saya akan menyusukan bayi pada satu2 belah sahaja, manakala sebelah lagi saya akan pump (tendum nursing). Memang agak leceh, perlukan komitment bangun malam, dan sangat letih. Tetapi saya kuatkan juga semangat.

2) Di mana saya mengepam?

Saya mengepam di mana sahaja. Jika di office, saya mengepam di kiub kerja saya sahaja. Saya beranikan diri bersuara kepada ketua saya, yang saya perlukan masa untuk mengepam, tetapi pada masa yang sama tidak mengganggu prestasi kerja saya, kerana saya menggunakan hand’s free dan double pumping. Saya akan membuat kerja sambil mengepam. Selesai 30 minit, saya akan meneruskan kerja saya seperti biasa. Alhamdulillah, saya diberikan kerja yang agak fleksibel yang membolehkan saya mengepam sambil bekerja.

Sedang mengepam.
Pandangan sisi. Saya akan menutup sedaya upaya supaya tiada sebarang aset yang kelihatan. Dengan ini, tiada sebarang masalah sekiranya boss datang untuk bertanyakan tentang kerja. Hehe.

My work station.

Saya juga mengepam di dalam kereta. Saya menggunakan car adapter, dan hand’s free untuk melakukan aktiviti ini. Juga menggunakan double pumping, jadi ia langsung tidak menjejaskan perjalanan dan pemanduan saya serta sangat menjimatkan masa. Saya mula memandu jam 8 pagi, dan sampai ke pejabat kira-kira pukul 830 pagi. Jadi saya ada masa 30 minit di dalam kereta untuk mengepam. Sampai sahaja di pejabat, kilang susu saya pon habis dikosongkan. Pada sebelah petang juga, pada pukul 530 ptg, saya akan setup semua gadget pengepaman, sebelum memulakan perjalanan. sampai di rumah kira-kira 600 petang, kilang susu saya juga habis kosong. Sampai sahaja di rumah, saya terus meluangkan masa dengan anak dan membuat kerja-kerja rumah yang lain. EBM yang saya bawa balik, terus saya uruskan. Bukankan ia amat menjimatkan masa?

3) Bagaimana Saya Menyimpan EBM di Tempat Kerja?

Saya membeli botol-botok penyimpanan susu pelbagai jenama, MLO, Bumble Bee, dan sebagainya. Saya juga menggunakan liner You Have A Baby (YHAB). Setiap pagi, saya akan mengisi cooler bag saya dengan icepack dan 5-6 botol penyimpanan susu yang kosong untuk kegunaan pengepaman saya di pejabat. Setiap hari saya akan membawa pulang EBM sekitar 21-24 oz EBM. Syukur alhamdulillah.

Di dalam cooler bag, terdapat storage bottle dan icepack.

3 kali sesi pengepaman. Sesi pengepaman ke 4 akan berlangsung di dalam kereta sewaktu pulang ke rumah.

4) Bagaimana Proses Pemindahan EBM Saya?


Kehidupan saya agak rumit.
Saya hidup berpindah randah dari Meru ke Shah Alam. Jadi, saya perlukan 2 tempat penyimpanan EBM, satu di Meru dan satu di Shah Alam. Di Shah Alam, kerana kekurangan ruang penyimpanan, saya terpaksa melalukan proses pemindahan EBM ke Meru yang mempunyai lebih ruang freezer. Jadi, setiap kali freezer di Shah Alam penuh, saya akan mengisi EBM ke dalam kotak pemancing ikan, dan meletakkan ais sebanyak mungkin. Perjalanan 30 minit tidak akan menjejaskan EBM saya yang sentiasa beku di dalam kotak pemancing ikan itu.

Stok EBM yang penuh di freezer Shah Alam yang perlu dipindahkan.

Proses pemindahan EBM. EBM di dalam kotak pemancing ikan sebelum dipindahkan kembali ke dalam freezer di Meru.

5) Bagaimana Saya Mengira dan Menyusun EBM

EBM di Shah Alam mudah diuruskan kerana kuantitinya yang agak sedikit berbanding EBM yang tersimpan di Meru. Oleh yang demikian, saya akan memastikan susu yang paling awal diperah diletakkan di bahagian freezer paling bawah dan paling dalam. Kemudian barulah menyusun EBM yang bertarikh seterus dan seterusnya.

EBM yang disimpan di dalam botol penyimpanan lebih mudah diurus tetapi sangat memakan ruang.

EBM yang bertarikh lebih lewat akan diletak dan disusun di bahagian atas, supaya senang untuk mengambilnya kemudian.
EBM yang akan diberikan priority adalah EBM yang semakin hampir tarikh luputnya.

6) Bagaimana Saya Menguruskan EBM yang sudah tamat tempoh?

EBM yang sudah melebihi tarikh luputnya, akan dikumpulkan, dan dicairkan. Kemudian, EBM ini akan digunakan untuk menyiram pokok bunga. Meskipun sedih dan terkilan kerana perle membuang EBM ini, saya kuatkan juga hati kerana tiada gunanya memberi anak kita sesuatu yang sudah pun buruk. Saya mahukan yang terbaik untuk anak dan saya berdoa semoga susu saya bertambah meriah untuk kegunaan anak saya.

EBM yang melebihi tarikh luput.

EBM yang dicairkan digunakan untuk menyiram pokok bunga.

Perkongsian di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Bukan mudah untuk mudah dan bukan susah untuk susah. Saya kuatkan semangat walau apa rintangan mendatang dan akan bersungguh-sungguh dan komited melakukannya. Demi kesihatan anak tercinta, saya sanggup korbankan masa saya melakukan semua ini. Paling penting doa dan perlunya menjadi hamba yang bersyukur. Tidak kira sedikit mana susu yang dapat saya perolehi, saya akan memastikan diri saya menyebut Alhamdulillah. Sebenarnya tiada suatu pon perkara yang mustahil di dunia ni. Banyakkan berdoa, bersabar, dan konsisten berusaha mencapai target dan yang paling penting DOA. Semoga susuku sentiasa meriah untuk anakku Husnul Iman dan anak-anak ku yang seterusnya. Amin.