Peniaga Itu…

Beberapa hari lepas, saya dan Ayah Iman bersembang2 pasal bisnes. Dia komplen kenapa saya nampak begitu committed dalam membuat kek dan menjadikan ianya pendapatan sampingan. Ayah iman memang minat sungguh arena perniagaan ni. Malah tika umurnya 7 tahun, Ayah iman mula mengagumi pakcik belakang rumah atoknya yang hanya menjual nasi lemak tapi meraih untung yang cukup banyak setiap hari. Tercengang bila sekelepok duit dituang di atas meja hasil jualan nasi lemak semata. Errr…mana saya tau? Atok dan sedara maralah beritahu. Hihi.

Masuk ke sekolah menengah, Ayah Iman duduk di asrama. Bila outing, boleh pulak dia borong macam2 makanan ringan di kedai dan jual pula di sekolah. Err… mana saya tau? Ayah Iman beritahulah. Hihi.

Masuk ke universiti, Ayah Iman jual kad top up lah, join itu lah, join ini lah, saya pon tak ingat, banyak sangat. Asal untung tak kirelah 20 sen, 50 sen, semua dia jual. Err… mana saya tau? Ayah Iman jugalah beritahu. Adoyai. Hehe.

Masuk alam perkahwinan, Ayah Iman berjinak2 dengan Internet Markerting, dapatlah extra income sikit2-lama-lama-jadi-bukit. Err… mana saya tau? Hei…saya dah kahwen dengan Ayah Iman lah. Tentulah tau. Muahahaaah.

Saya minat baking. Dari kecik saya minat baking. Even masa umur 12 tahun pernah saya buat kek coklat untuk kenduri sebanyak 15 biji. Untung bahagi2 dengan mama. Heheh. Lupe dah untung berapa.

Bila dah kahwen ada anak ni, minat masih sama. Kali ni modal lebih besar lah kan since dah ada gaji sendiri ni. Belaja sikit2 dari basic vanila kek, chocolat cake, red velvet cake, rainbow cake, dan sebagainya. Rata2 tak lah rasa balik untung tu sebab dok beli barang yang bukan2 balik. Muahahahaaha.

Sekali masa on the way jalan2, Ayah Iman menyuarakan rasa hatinya yang dia sebenarnya risau saya tak cukup rehat dengan aktiviti membakar kek ni. Dari situ Ayah Iman bertanya dari segi berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan sebiji kek dan margin yang diperolehi untuk sebiji kek. Katakan lah modal untuk sebiji kek adalah 1/3 dari harge keseluruhan kek, maka untung kasar mungkin 2/3.  Contohnya untuk kek berharga rm60, modalnya mungkin RM20. So untung RM40. Masa diguna untuk menyediakan bahan kek, membakar kek, menghias kek mungkin adalah 2 jam. So, RM40 bahagi 2 jam menjadi RM20 sejam.

>

“Mintak orang bengkel tukarkan minyak hitam 15 minit pon ambil upah RM20, wa”, ulas Ayah Iman.

>

Terkedu sebentar. Loer…sampai ke situ pulak dia.

>

“Tak berbaloi”, tambahnya lagi.

“Abang tengok wawa penat2 sediakan semua, bakar kek bagai, hias cantik2, pastu dapat upah RM20 sejam? Kalau ada sesiapa mintak diskaun, hangin abang dibuatnya”, kata Ayah Iman dengan tegas.

>

Saya gelak terbahak2. Nak buat macam mana. Dah market price macam tu. Lidah orang pulak lain2. Ada yang suka manis, ada yang suka tawar2 belaka. So definisi sedap terlalu subjektif. Lainlah kalau kek kita tu memang diterima oleh segenap pelusuk tanpa dapat disangkal lagi kesedapannya, boleh lah letak mahal2 kan.

Easy said than done. Ye, buat kek ni untuk orang yang membayarnya, baginya mengapa perlu bayar mahal. Bakar kek je kot. Tapi untuk orang yang membuatnya, memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Kek adalah sesuatu yang sangat fragile. Silap sikit, rosak semuanya. Apatah lagi bila anak bergayut di kaki minta susu. Hehehehe.

As for me, saya perlu belajar keringkan hati. Bila customer minta diskaun, senyum jek. Senyum!! Tak nak kasi boleh? Penat tau buat kek. Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan berapa harga kek. Juga adalah merupakan hak customer untuk meminta tawar. Juga menjadi hak customer nak beli kek tersebut dengan harga yang disebutkan atau tidak. Itulah adap jual beli. Tapi kalau saya baik hati sikit aritu, dapatlah diskaun. Kalau moody sikit, saya senyum jek la ye. Minta maaf. Muehehehehe.

So, customer sekalian, jangan marah ye kalau tak bagi diskaun. Bukan tak nak bagi, tapi adat berniaga, kalau tak untung, buat apa niaga. Kalau nak sama2 untung, meh niaga sama2. Hehe.

Bila customer minta diskaun, nak buat apa? Senyum~!!!! =D

Saya lah peniaga itu! =)

vanilla fluffy cupcake rosses buttercream

Gambar bukan sekadar hiasan ya. Siapa mahu tempah sila hubungi saya ibucergas[at]gmail.com. Hehe.Atau boleh jengok2 Dapur.IbuCergas.Com.

vanila fluffy cupcake

 

vanilla fluffy cupcake rosses buttercream

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge