Hahaaha… saya selalu cakap kat Ayah Iman, betapa berbaloinya beli Ring Sling yang harganya RM150 ni. Saja exaggerate lebih2 supaya nilai RM150 tu tak terasa sangat. Huahauahauahuahu. Sampai kadang Ayah Iman menyampah dah dan berkata, “Udah ler, berapa kali nak ulang daaa…“. Hahahahah. Iman, hujung bulan ni berumur 1 tahun 8 bulan, alhamdulillah, masih gunakan Ring Sling ni, menjadikan umur Ring Sling 1 tahun 5 bulan sudah. Lama dah guna. Kondisinya? Masih tip top.
Iman yang menyusu dan tidur dalam Ring Sling. (Apa ke motif letak gambar Mama Iman banyak-banyak.) Huahauahauahau.
>
Haa, kali ni nak cerita kegunaan lain Ring Sling ni (hek eleh? baru masuk entry sebenar?) Iman, suka main buaian. Cuma kadang-kadang tiada buaian di taman permainan yang sesuai untuk toddler macam Iman.
Buaian biasa, tidak sesuai untuk toddler bawah 3 tahun.
>
Penggunaan Ring Sling membantu untuk modify buaian supaya toddler macam Iman dapat naik dengan selamat, tanpa jatuh. Sila ikat ketat-ketat dan kemas-kemas ya. Supaya seluruh belakang badan toddler tertutp sepenuhnya.
>
Maka, bolehlah, maknya main buaian sekali. Hahahaha. Putus kang, baru tau.
>
Haaaa..berbaloi kan? Hehe. Maka, ibu-ibu yang belum ade Ring Sling, boleh la lepas ni minta pada para suami ya? Ini iklan tak berbayar, dan Mama Iman tak ambil untung pun dari sesiapa. (Cuma saja nak sedapkan hati sedap harga Ring Sling itu memang sangat membeliakkan mata). Hahah.
>
>