Alhamdulillah harini masuk hari kedua Iman di taskanya. So far saya agak ok dgn taska tu. Cuma terpaksa pejam mata sikit2 atas perkara kecil2. Oklah. Semalam saya ambil Iman pukul 3 ptg. Sebab mereka akan tidur dari jam 12 hingga 245 ptg. Mereka akan dimandikan satu persatu, sebelum aktiviti petang hari pula. Saya berpeluang menjenguk dari luar tingkat bagaimana budak-budak ni dimandikan. Pengalaman pertama, memang agak funny dan kagum. Semua budak2 bawah 3 tahun ni, (yang paling kecil baya iman ialah setahun setengah), boleh pulak mereka beratur (tak berbaju hanya berdiaper) di luar pintu bilik air dengan sangat teratur macam keretapi. Lepas seorang, seorang lagi masuk bilik air. Di luar, ada pengasuh yang sambut, cepat2 pakaikan diaper baru dan baju, sebelum seorang lagi keluar dari bilik air. Saya “waaaaah” kejap. Macam mesin kat kilang pulak. Hihi. Saya dengan Ayah punyalah gelak terkekek2. Cumanya, Iman belum terbiasa dengan beratur untuk mandi macam tu, dia melalak-lalak bila bangun tidur. Sedangkan paginya elok sahaja tak menangis pun. Sekali tengah mandi, tiba-tiba nampak pulak saya terjengol dari tingkap, hadoh, lagi kuat dan haru nangisnya. (Tips: Nak sergah taska @ aktiviti anak-anak di taska, make sure jangan tunjuk muka pada anak). Sebab akan panjang berjela lah drama dibikinnya nanti. Hihi.
Saya bekalkan 3.5oz x 6 botol, hanya 3 botol habis. Maknanya untuk sampai ke petang, minimum mungkin 5 botol, maksimum mungkin 6 botol. Alhamdulillah masih mampu menyediakan semuanya susu segar buat Iman. Di dalam kereta, rajuk Iman hilang. Mula membebel dan berceloteh macam biasa. Petang itu, Iman tertidur dari pukul 5 sampai 7 malam. Letih sangat nampaknya. Malam tu, pukul 11 dah merengek nak tidur. Kalau tak, pukul 1 lah saya terpaksa pujuk tidur.
Selepas isyak, kami buat keputusan untuk membeli car seat baru buat Iman. Yelah, umur dah setahun, berat dah 10 kg, masih pakai yg newborn punya. Sian anak mama. Huhu. Kat Carrefour, Iman ternampak pula gelongsor seakan di taska. Punya Iman yang asalnya penat berjalan, digendong guna ring sling, bergelut mahu turun. Saya ingatkan apa dia. Rupanya dia pergi duduk di bahagian gelongsor tadi. Teringat gelongsor di taska. Memandang kami penuh perasaan seolah-olah kata “Iman nak main”. Hihi. Ada-ada sahaja.
Pagi ini, saya sengaja hantar Iman lewat sikit ke taska. Nak terjah waktu pagi pula. Dari luar, saya dengar kanak-kanak sedang membaca doa makan. Bila masuk je, saya tengok, baik-baik je budak2 kecik (3 tahun ke bawah) ni duduk atas kerusi masing-masing, pegang sudi masing-masing untuk makan. Menu hari ini adalah meehun. Ada sikit berkuah. Sup la kot. Semua budak yang pandai makan sendiri, mereka akan makan sendiri. Manakala bayi seperti Iman, akan disuap. Elok pulak masing-masing duduk keliling poengasuh minta disuap. Kenapa saya di rumah perlu kejar ke sana ke mari untuk anak makan? Hish..kene belajar dari pengasuh ni la teknik beri makan pada anak. =p
Iman menangis2 saya tinggalkan. Tapi saya perlu kuat. Sebab saya nak anak saya juga kuat. Saya duduk di kereta, buka tingkap dan cuba pasang telinga untuk mendengar tangisan Iman. Hurm…4 kali “aaaaaaaaaaaa (bunyi nangis)” je rasanya. Terus diam dah. Ramai kawan pujuk kot. Hihi.
Ok, dah pukul 2. Kena mengepam, solat, dan ambil Iman di taska.
Esok Iman di taska sampai saya habis kerja. Cukuplah training half day selama 2 hari. Training untuk physical dan mental, bukan untuk Iman sahaja, tapi untuk Mama Iman juga.
>
>