Pengalaman Check-Up Mengandung di Klinik Kerajaan vs Swasta

Alhamdulillah, dah pon masuk 26 weeks dah pun baby ke tiga ni. Kali ni sindrom mak beranak ramai ni memilih untuk check up mengandung kat Klinik Kerajaan. Tak pernah-pernah pon Iman dan Hannan check up kerajaan selama ni. Bukan kerana terlebih kaya, no no no (hahahaa :lol:), tapi sebab mostly company cover ler. Kalau berbayor mahal sangat, tak sanggup aiih.

Banyak sangat sebabnya tetiba bertukar angin nak ke Klinik Kerajaan. Siap kena sakat dengan MO kat klinik, “Sampai hati kau anak ke 3 ni kau bawak klinik kesihatan jaaa” (Sama-sama kami gelak mengekek). Mesra doktor tu. Suka!! :lol:

1. Tertarik Dengan Servis Yang Bagus dan Efisien 

Alkisahnya, Iman pernah warded masa umur 7 hari ke Paediatrics Ward Hospital Sungai Buluh sebab Sepsis (jangkitan kuman dalam darah kata doktor).

Ceriteranya begini. Iman ni lahir tak menangis. Langsung tak menangis walau dijentik, ditepok oleh doktor. Akhirnya terpaksa masuk dalam wad, 7 hari tau. Wuuu… pakai laa oksigen direct ke hidung macam dalam gambor ni (idak lah ku tahu apa namanya) dan bila improved, pakai pulak dome oksigen. Again, company cover. Tu pon Ayah Iman terpaksa turun naik opis untuk fight bill budak Iman ni. Siap warning, lepas ni kalau congenital cases diorang dah tak layan dah. (Haih, kalau hospital kerajaan, sure tak macam ni).

 

25735_375402573260_8029211_n

 

25735_375402568260_6269329_n

Lepas 7 hari, alhamdulillah boleh pulang. Sempat la hari ke 7 tu cukur rambut, bagi nama dan tahnik. Tapi hari ke 5 kat rumah, demam la pulak. Bukan demam biasa. Tumbuh pulak ruam satu badan. Dan bukan ruam biasa. Tapi ianya ruam dengan pus (nanah kuning-kuning) pada setiap biji ruamnya, dan penuh 1 badan dari kaki sampai lah kepala. .

Bawak ke klinik di DEMC, doktor kata kalau ruam panas biasa, takkan ada nanah. Ah sudah. dan direfer ke Hospital Sg Buloh, terus masuk wad. Huuuuu…  2 minggu kat sana. Sepsis katanya. Tapi pengalaman duduk wad tu, best je! Wadnya baru, share 4 orang. Bersih, cantik, pelbagai deco (sebab wad kanak-kanak kan).

Pengalaman yang menarik. Free pulak tu. Ahahaa.

Kisah Hannan pulak, kena meningitis pada usianya 50 hari. Ada cerita kat sini (warded di KPJ) >> sini (refer ke Hospital Sg Buloh) dan sini (ambil air tulang belakang – Lumbar Puncture). Fuh memang rajin update blog masa tu (sebab tengah warded kan) – record la semua untuk bacaan hari tua. Hahahahahahah.

Alhamdulillah mereka membesar dengan jayanya.

2. Masa Menunggu Yang Singkat

Kalau dibandingkan masa pregnancy pertama dan kedua di DEMC tu, punyalah lama! Datang 8 pagi, pukul 2 petang baru siap. Pregnancy kali ke-tiga ni, jakun sangat dengan pengendalian Klinik Kesihatan. Punyalah cekap. Mana taknya, semua prosedur dah in-place. Ambil darah, ujian air kencing semua teliti dan sangat pantas. Katakan saya daftar pukul 130 petang, biasanya pukul 330 petang dah siap dah. Cuma masa nak register buku pink jek kena datang pagi sebab macam-macam soalan deme nak tanya. Check up kali lain semua 2 jam jek pon. Itu pon beratus-ratus nombor giliran. Laju sangat mereka handle. Salute!

3. Bil Yang Murah

Bil masa checkup pregnancy, FREE! Mana kena bayar pon. Bukan murah, free terus. Hahahahahha. Kalau kat spital swasta saya pegi selalu ni, 1 kali checkup ~RM200 (ni rate zaman 2010 – 2013 ni). Zaman 2016 ni tak tahulah naik jadi berapa sebab dengarnya pakej bersalin normal tanpa epidural dan vacuum pon dah ~ RM4900 8-O. Kalau czer, sediakan RM9000 okeh!

4. Terasa Keihklasan Staff KKM

Mana taknya, staff-staff KKM semua makan gaji. Tak kirelah patient ramai ke sikit ke, diorang tetap dapat gaji tetap. Saya perhatikan, angka giliran sehari tu mau cecah ratus!!!8-O 8-O 8-O Kalau swasta, of course lagi ramai patient lagi masyuklah kot kan duitnya (tapi sikit patient pon, lambat bebeno servisnya – ceh). So kat sinilah memang nampak keikhlasan nurse-nurse dan doktor melayan kerenah pesakit. Kadang diorang yang mintak maaf sebab lambat melayan. Saya kata, “Ehhh tak lambat pon, ok sangat ni”.

Kesimpulan

Sesetengah orang nakkan keselesaan dan privacy, sebab tu lah pergi ke hospital swasta. Lagipon, memang boleh pilih doktor especially perempuan. Kalau mampu, dan dicover company, apa salahnya. Boleh kurangkan sesak dan bebanan staff KKM. Untuk saya, bukan itu. Saya sebenarnya cukup fobia dengan sakit-sakit anak-anak masa tengah  baby ni. So bagi sayalah kan, saya serahkan kepada kepakaran doktor di hospital kerajaan, sebab lebih yakin dengan facilities dan expertise mereka.

Korang macam mana? Well. tak semua pasal kerajaan negative belaka ya :lol::mrgreen:

2 comments

  1. PERKHIDMATAN URUTAN SELEPAS BERSALIN (MELAYU)
    AREA SENTUL DAN KUALA LUMPUR.

    #BERPENGALAMAN DALAM URUTAN UNTUK IBU2 BERSALIN SEKITAR KUALA LUMPUR#

    CALL: 018-3636986.
    Wechat id: urutbersalin369

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge