Ah sudah…jadi blog resepi pulak? =D
Sebenarnya lama dah terliur melihatkan Buttermilk Pancake dari blog K.Nor ni. Punyelah cantik, punyalah cute miut. Skill ambil gambar pun memukau. Selama ni punyalah pancake saya lebih kepada ala-ala lempeng Jawa sebab ianya tak mahu naik? =D Hahaha. Sangat menci kenapa pancake McD boleh sangat gebu. Akhirnya saya nekad cuba K.Nor punya resepi. Geram punya pasal. Alhamdulillah, 1st attempt terus menjadi (hok aloh, senang kot buat pancake), tapi bagi saya mcam susah pula. Kekekkekee.
>
>
Gambar yang tak secantik mana. Hihi.
>
>
BUTTERMILK PANCAKE
Bahan-bahan
150g tepung hot pancake – (jika tiada ganti tepung gandum biasa + 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat dan secubit garam)
100 ml buttermilk jika nak pankek tebal (letak 200 ml jika nak nipis sikit)
1 biji telur size M
1 sudu makan gula
1 sudu makan butter cair
Cara-cara
Jika menggunakan tepung hot pancake, bancuh semua sebati menggunakan whisk@spatula dan masak seperti biasa.
Jika menggunakan tepung gandum, blend semua sebati dan biarkan sebentar 10-15min baru masak atas kuali seperti biasa.
Buttermilk Homemade:
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka
@1 cawan susu segar + 1 sudu besar lemon jus
* Mama Iman guna cuka je =p
>
Tips untuk jimatkan masa, pakai 2 kuali. Bila dah naik, terbalikkan dan pindah ke kuali baru.
>
Bekalan saya di pejabat. Err…ye, saya habis makan semua =p. Cicah mentega, gula, dan madu. Woh..jangan banyak-banyak tau, tak elok. Hihi.
>
>
Mudahnya, tapi Ayah Iman tak suka. Wooo…
>
>