Breast pumps dan bayi kita mengeluarkan susu bukan melalui hisapan atau suction semata-mata. Tekanan (compression) dan rangsangan (stimulation) diperlukan ke atas cik nen kita terutamanya di kawasan areola dan nipple, yang kemudiannya menghantar isyarat ke dalam tisu-tisu di dalam cik nen untuk berhubung, lalu mengeluarkan isyarat supaya susu dikeluarkan. Suatu cabaran untuk ibu-ibu yang tegar mengepam ialah bagaimana untuk mengepam dengan mendapatkan “Let-Down-Reflex (LDR)” atau pancutan-susu-yang-laju dalam masa yang singkat lalu mengurangkan sakit ketika mengepam.
Sesetengah ibu-ibu akan merasakan sedikit nyeri atau perasan seperti dicucuk-cucuk, tetapi sesetengah ibu pula langsung tidak mengalaminya, cuma tiba-tiba susu mengalir laju. Saya adalah antara golongan yang tidak mengalami rasa let-down ini. Dari hari ke hari, saya semakin sukar dan lambat mendapat let-down. Jadi saya terus-menerus mengepam tanpa menyedari semakin terlalu lama tempoh yang diperlukan untuk mengepam, lantas menyebabkan sesi pengepaman semakin menyakitkan.
Mengepam tidak sepatutnya menyakitkan
Saya sewaktu pertama kali menyusukan Iman, bukan main terkejut sekali. Geli, nyilu, nyeri dan macam-macam perasaan tatkala menyuakan mulut Iman ke cik nen. Hehehe…(oh, saya malu..blushing). Selepas dua tiga hari, barulah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di mana cik-nen-kini-milik-orang (hahahah). Bila pertama kali mula mengepam pula, ya ampun…sakit!!
Flanges atau Corong Pam yang terlalu ketat
Macam mana nak tahu yang kita perlukan corong yang lebih besar atau tak? Oh, kita perlu memerhatikan nipple cik nen dalam tempoh 5 minit pertama sesi pengepaman. Sesetengah ibu akan mengalami pengembangan atau kebengkakan sementara semasa mengepam.
Seharusnya kesemua saiz nipple mestilah masuk ke dalam corong pam. Nipple cik nen seharusnya bebas bergerak ke depan dan ke belakang dengan mudah, bukan menggesel atau melekat ke dinding corong. Sekiranya ini berlaku, ini bermakna, corong pam itu terlalu kecil untuk cik nen anda.
Semasa mengepam, kita juga dapat memerhatikan kawasan dasar nipple kita (betul-betul di kawasan nipple dan areola, adakah ia bertukar kepada warna putih? Err..bukan hilang warna, tapi disebabkan pengembangan dan penarikan berlaku, ia bertukar cerah. Sekiranya ini berlaku, ini bermaksud corong pam anda adalah kecil. Corong itu terlalu ketat sehingga menarik kuat nipple dari dasar areola. Oh dear, gambar dan illustrasi tidaklah dapat saya sertakan, kerana risau pembaca terbayangkan yang bukan-bukan pula (meskipun tujuan entri ini adalah untuk menambahkan ilmu tentang penyusuan). Ngeee……. =D
Penyelesaian kepada masalah corong pam yang sempit adalah dengan menggunakan Pumpin’ Pal Super Shield Plus seperti dalam rajah di bawah. Setiap set mengandungi sepasang corong. Boleh didapati dalam 3 saiz berbeza. Maklumlah, cik nen setiap orang pun berbeza.
Pumping’ Pal Super Shield Plus ni boleh digunakan dengan Medela dan Spectra. Saya tak pasti dengan pam jenama lain, tetapi bolehlah rujuk pada jurujual. Boleh cuba produk ini di kedai yang menjualnya dahulu sebelum membeli, kerana bukan murah harganya (bagi sayalah…kekkekek). Saya mengunakan saiz small saja. Memang tak sakit lagi. Setiap ibu yang mengepam mempunyai pengalaman yang berbeza. Semasa awal-awal saya membeli produk ini, saya tak suka menggunakannya, kerana macam lambat nak let-down. Tetapi, sekarang semenjak sakit disebabkan sesi mengepam yang lama, saya amat memerlukannya sebab dah tak tahan dengan kesakitan semasa mengepam. Hairan bin ajaib, let-down mudah pulak berlaku.
Beginilah rupanya bila Pumpin’ Pal Super Shield Plus digandingkan bersama corong pam Spectra 3. Boleh la ye ibu-ibu sekalian mencubanya di rumah. No more pain =)