Iman, some allergy has trigger her eczema. Eczema is not an allergy itself, but allergies can trigger eczema. Some environmental factors (such as excessive heat or emotional stress) can also trigger the condition. Untuk Iman, hama dan habuk dari alas sofa yang lama tak basuh tiba-tiba menyebabkan Iman gatal dan merah-merah satu badan. Barulah Mama Iman menyesal sebab jadi pemalas. Dah sebulan tak basuh alas sofa tu. Setakat duduk-duduk biasa, tiada masalah. Tapi semalam, Iman tertidur atas sofa tu, dan saya pula tak pindahkan Iman ke tilamnya.
Menyesal tak berlagu. Muka Iman bengkak menggila. Merah kasar-kasar tumbuh di sekitar belakang telinga, dahi, leher, dada dan belakang badan.
Ruam di belakang telinga dan leher.
<<
Ruam di dahi.
>
Kami ke DEMC (sudah tentu). Mula-mula ke klinik biasa, kemudian dirujuk ke Paediatric – Dr. Fadzillah. Since tak buat apa-apa appointment, memang lama lah nak tunggu giliran Cik Iman ni. Tapi takpelah, ikutkan sahaja. Saya suruh Ayah Iman tidur di kereta sebab dia terpaksa kerja malam. Maka, bersendirianlah saya menjaga Iman. Harus direkod juga di sini, Iman menumpahkan air mineral yang diminum ke atas sofa, menyebabkan 2 orang pelanggan hospital basah seluarnya. Mama Iman kena banyak minta maaf kat orang harini. Hihi.
Di wad Paediatric, Iman girang bermain dengan budak-budak lain di kawasan permainan dalam wad tu. Nak dijadikan cerita, dan nak dijadikan hati saya terasa hari ini, Iman terpandang seorang baby yang sangat comel sedang dipangku ayahnya, dan ibunya duduk di sebelah. Iman amat peka bila nampak baby, pasti nak tegur. Lalu Iman dekat2 dengan baby mereka. Si ayah macam biasa sahaja, tiba-tiba si ibu suruh ayahnya beralih jauh sikit, alihkan bayi mereka dari Iman, bila nampak Iman macam merah2 muka dan lehernya. Ada 2, 3 kali juga si ibu mendesak. Siap mengalihkan punggung dari tempat duduk asal, agar tak terkena @ bersentuhan dengan anak saya. Tersentak dengan tindakan si ibu tadi, saya terus capai Iman, dan cakap “Maafkan saya ya”. Dari lirik mata kedua ibu ayah tadi, memang memandang Iman serba tak kena.
Cik Iman teruskan bermain dengan kanan-kanak tadi, sedangkan saya dilamun rasa offended yang sangat mendalam. Berkeseorangan makan hati. Dear parents, saya faham, ada merah-merah di muka anak saya. Ye, saya faham, mungkin risau ianya berjangkit kepada bayi anda yang sangat comel itu. Ye, saya faham, amat buruk muka anak saya dengan rashes itu, sebab tu mungkin anda geli. Tapi, tidakkah semua bayi, semua kanak-kanak itu adalah angels kita? Perlu ke sebegitu sekali tindakan kalian? Kerana kalau sayalah di tempat anda, saya akan suka kanak-kanak lain berdekatan dengan saya. Lebih-lebih lagi jika mereka ingin berkawan dengan anak saya. Saya akan tanya, sakit apa, saya akan pegang, belai. Tapi ye, saya faham, mungkin anak saya tak secomel anak kalian. Pakaian kami tak se-high class pakaian kalian.
Tapi, perlu ke kalian overprotective?
Bukannya anak saya ade HIV pun, ataupun chicken pox pun, ataupun penyakit berjangkit lain. Saya lebih senang dengan hati kanak-kanak lain yang sedang bermain dengan Iman di wad itu. Hati mereka lebih suci, berkawan tak mengenal siapa. Tanpa segan silu mereka pegang tangan Iman, gurau senda, ketawa bersama. Tapi, kita yang dewasa ni, cukup memilih ya?
Kemudian datang toddler lain yang bengkak matanya. Bengkak besar betul, merah menyala matanya. Toddler ni bermain dengan Iman. Saya tanyakan kakaknya (juga masih kanak-kanak). Nape mata adik? Si kakak menjawab, adik allergik kucing. Oh oh..saya mengangguk sambil perhatikan mereka bermain. Mungkin kalau over-protective parents, mereka akan halang anak meraka bermain bersama kanak-kanak ni, yelah, takut jangkit sakit mata.
Hurm….
Pendapat? Saya perlukan pendapat…
Supaya rasa offended ini berkurangan hendaknya…
>
>
Bil Iman = RM298 .. oh my~!!
Mama Iman bayar RM69. Yang lain freeeeeeeeee……..~!