Assalamualaikum,
Akhirnya bertemu lagi setelah sekian lama menyepi. IbuCergas kini kembali setelah sekian lama menjadi IbuMalas. Hahahhaahah!!! Sebelum ni semuanya kelihatan bercelaru. Berbulan-bulan blog menyepi. Kekok rasanya nak update blog personal ni. Sebab dok hari2 update blog business manjang. Jadi macam tak biasa. Heheheh!!! Cume syukur Alhamdulillah rezeki masih ada lagi kepada IbuCergas Marketing. Business Pam Medela Freestyle masih berjalan lancar meskipun ada banyak rintangannya. Mana taknya, saya lah kerani, saya lah manager, sayalah technician, sayalah accountant, saya lah customer service. Subhanallah. Memang mencabar. Kalau seorang dua customer memang boleh tahan. Tapi kalau beratus, fengsan mak oii.
But as usual, customer is always right. Tak kira betapa letih pon melayan begitu ramai customer, bag seseorang customer tu, mereka still menganggap as “she or he is the one and only” yang patut kita layan. Hehehe… so layan jek la~!! Nak meroyan? Oh. its a big no-no. Reputation yang dibina bertahun-tahun mahu lingkup hanya dengan sepatah ayat sahaja. So, bila masa tak tenang, bila rasa tak keruan, biasanya saya diam dahulu sebelum jawab customer. Bertenang, dan bila cool down, baru reply balik. Ia adalah satu skills yang take time juga nak develop. Hehe Paling-paling stress pon, saya pass phone kat Ayah Iman. Ahakhahahahah!!
Alhamdulillah, semakin kami kukuh di persada IM ni. Dan sekarang family member pon pon semakin bertambah. 2 children and 2 kitties in the house! Heheheh.
Asalnya memang saya pencinta kucing. Tapi semenjak kahwin dan tiada rumah sendiri, seekor demi seekor kucing saya (read as kucing kampung) saya semakin menjadi kucing liar dan hilang satu persatu. Good for them. Mereka belajar tangkap tikus, tangkap burung, tangkap cicak. Heheheh.
Saya dan Ayah Iman mula mencari-cari kucing untuk dibela buat menjadi peneman Cik Iman. Banyak jek orang jual kucing mahal2. But for us, kami ingat nak amik kucing2 terbiar sahaja. Alhamdulillah, ditemukan dengan 2 ekor anak kucing yang comel ini di longkang. Heheh. Maka, bermulalah journey kami bersama si kitties. Oh total damage banyak juga untuk makanan dan segala keperluan kesihatan kucing berdua ni. Maklumlah, dengan tiada ibu, mereka perlukan nutrisi yang sebaiknya. Tapi takpe, insyaAllah nanti murah rezeki. Kucing kan kesayangan Nabi SWT juga
>
Tada.. ini kawan-kawan baru Iman.
>
Dengan kawan2 kecik ni pon pandai merajuk dah Cik Iman. Bimbang juga bila adiknya lahir nanti.
InsyaAllah, we are all upgrading ourselves. Segalanya insyaAllah. Adik Iman pon dah engaged. Tunggu hari jek untuk bersalin. Iman dahulu 40 weeks 1 day. Dan terlalu banyak complication untuknya. Kali ni saya insyaAllah lebih bersedia. Dan menunggu baby keluar sendiri dengan sedia tanpa paksaan. Semetara tu, memang saya dah terpaksa ambil cuti sebab sakit-sakit dah badan dan pinggul (terseliuh sana sini) sebab banyak kali jugak terjatuh dek kerana clumsiness sepanjang pregnancy kali ni. So, saya stay kat rumah dan fokus apa yang penting di rumah .
Doakan saya. We will be as busy as bee. Alhamdulillah juga, Ayah Iman pon dah officially WAHD.
>
Salam sayang,
Mama Iman & Mama H*****