Huh..lama tertangguh cerita pasal entry kali ni. Berkali-kali edit dalam draft, pastu tak ter-publish lagi. Ngeee….saya nak ceritakan pasal buah hati terbaru saya; Cik Medela Freestyle. Wah…cuba tengok kat wish list sebelah kanan blog saya ni. Sepatutnya cik FS ni dibeli pada bulan March 2011. Ini kerana anggaran duration lifetime Spectra cumalah 1300 jam sahaja. Tetapi dek kerana menggunakan Cik Spectra dengan dasyat sekali, dia sudah mahu pencen lebih awal. Nak tak nak kenalah merayu dekat Ayah Iman untuk belikan sebiji Cik FS. Disebabkan sepenuhnya bergantung kepada susu ibu, at least duit bulan-bulan kalau beli susu tepung, rm250 sebulan, 4 bulan dah seribu. Dah kira pulang modal lah kan. Kekekekee.
Beli kat Malaysia? Huh…terkeluar jantung tengok harganya. RM2299 kau! Mana nak cekau duit banyak tu beli. Akhirnya Ayah Iman belikan jugak, tapi kat e-bay. Jauh lagi murah. Cumanya, warranty void lah. Kalau katakan rosak (nauzubillah janganlah), kenalah modal sendiri hantar balik ke US sana nun. Sehebat mana pun sesuatu produk tu, sudah tentu ada defect dia. Mungkin 1 dalam 1000? atau 1 dalam 100000? Bergantung kepada tahap quality production itu sendiri. Harapnya Cik FS saya punya ni bukanlah 1 per 1000 atau 1 per 10000 itu!
Berbalik pada Cik FS saya ni, ianya made in Switzeland. So, tinggal beli adapter yang bersesuaian denganya. Beli kat pasaraya kecil-kecil pun ada jual. Kemudian. set yang saya punya ni, hanya disertakan Softfit Breastshield, kononnya untuk massage Cik Nen dan increase stimulation. Tapi saya tak suka. Jadi saya gunakan juga Pumpin Pal Super SHield Plus saya. Memang ngam-ngam masuk dalam tempat flanges tu (Pumpin Pal is actually designed for Medela after all) Ok, marilah saya review sedikit sebanyak tentang Cik FS.
Kebaikan Medela Freestyle
1) Laju Mengepam
Dikatakan ianya adalah Ferrari lah dalam gadjet-gadjet pengepaman seantero dunia. So far, memang jimat masa. 10 minit dah boleh dapat 4 oz. Alhamdulillah.
2) Freestyle
Sangatlah Freestyle. Hebat you! Saya testing-testing buat sarapan sambil mengepam (hish..tentulah tutup lah apa yang patut). Marvelous! Memang mudah! Susu tak tumpah, asalkan kita berdiri tegak dan tidak bongkok-membongkok. Kalau di rumah pula, saya buat tendum pumping; dan yang bestnya, boleh buat sambil baring! (Oh..please do not imagine – ini blog ilmiah =p), di mana sebelah Iman baring sambil minum, dan sebelah lagi Cik FS “minum”.
3) Rechargable Battery
Hahaha…yang ni best. Macam handphone tau. Dah habis bateri, boleh cas kembali. Tiada masalah. Kemudian pump la merata-rata di mana-mana anda suka. Sambil tengok tv, sambil kejar Iman-yang-kemaruk-naik-tangga.
4) Kecil dan Ringan
Huh…memang kecil dan ringan. Iman yang 8 bulan pun boleh angkat dan hampir-hampir Cik FS ni nak dicampaknya. Fuh..ganas anak aku.
5) Tiada parts yang kecil-kecil
Ok, Specrta ada membran yang sangat kecil, cuma bersaiz duit sepuluh sen. Oleh itu, satu kejadian berlaku di mana ianya di hanyutkan air paip. Sangat sedih sebab ianya bukanlah murah untuk sesuatu sekecil dirinya. Thanks to Medela yang mempunyai membran yang sangat lah besar, besar betul, dan mudah dibasuh. Hehe.
6) Suction yang kuat
Ok, pada mulanya, saya rasakan suction Medela Freestyle langsung tak kuat sebab sudah terbiasa dengan Spectra yang kuat itu. Medela boleh diselaraskan dari level 1 ke level 9 paling kuat. Mula-mula memang saya menggunakan level 9, tetapi lama kelamaan, saya dapati ianya menyakitkan. Kini, saya cuma menggunakan purata level 4 atau 5 sahaja dan ianya memang langsung tidak menyakitkan.
7) 2 Suction Phase
Anda boleh menukar-nukar sesuka hati jenis suction phase yang anda mahu. Ianya menjimatkan masa untuk mencapai ‘Let Down Reflex (LDR)’. Kalau dah agak-agak macam tiada susu yang keluar, boleh tukar ke stimulation phase, dan bila susu da start keluar, tukar kembali ke ‘expression phase’. Jadi, tak perlulah tunggu lama-lama sampai sakit barulah nak LDR tu wujud. Kita boleh stimulate untuk hasilkan LDR.
8) Timer
Memang best ade digital timer ni. Tak perlu tengok ke jam dah pukul berapa. Tengok jek kat skrin pump. Kalau dulu lah, asyik-asyik tengok jam, re-calculate, eh eh..baru 10 minit..eh eh..dah satu jam! Alangkah bagus kalau Medela Freestyle ni alarm. Kekeke..
Keburukan Medela Freestyle
1) Harga yang Mahal
Memang mahal. Para isteri yang mengidamkan Medela Freestyle mestilah pandai dan bijak menutur ayat baik punya kepada sang suami untuk membelinya. Tengok lah harganya, paling mahallah setakat ini. Fuh..sebab tu saya ambil masa 2 bulan lamanya study pasal Cik FS ni sebelum beli. Lainlah kalau nak pakai duit sendiri kan? Masalahnya, dah sakit, nak buat macam mana. Mestilah mahu jugak, tak kira apa pun =p. Oh, terima kasih ye abg =D.
2) Terlalu banyak parts

Ya Allah, terkejut saya tengok part dia. Memang banyak. Nak pasang punyalah leceh. Sepanjang malam saya godek-godek macam manalah nak pakai hands free kit Medela Freestyle ni. Ada yang untuk sangkut ke bra lah, klip sana, klip sini. Hampir putus asa dibuatnya. Mula-mula tu memang jadi frust dan akhirnya saya gunakan sahaja Pumpin’ Pal Stripe saya. Tetapi saya tak dapat tidur selagi tak cuba menggunakan hands free ni. Yelah, dah mahal-mahal, kenalah gunakan sepenuhnya. Oklah, sesi orentasi kenalah perlahan-lahan. Maka saya cuba buat single pumping dulu menggunakan hanya satu hands free kit. It works! Boleh tahan. Tidaklah susah sangat. Selepas 2, 3 kali guna, barulah saya apply untuk double pumping. Not bad. Barulah berbaloi-baloi menggunakannya. Disebabkan parts dia yang banyak, di rumah apabila selesai mengepam, Ayah Iman yang tolong basuhkan. Hihihi..thanks honey!
3) Bunyi yang bising
Huh…dek kerana terbiasa dengan bunyi Specra yang lemah lembut dan gemalai, saya terkejut dengan bunyi Medela Freestyle yang bising dan annoying. Hahah..takde lah bising sangat, cuma agak la annoying bunyinya. Macam vibrate telefon di atas meja pun. Kalau di ofis, mudah sahaja, letakkan Medela Freestyle tu di atas bantal atau kain. Takde perasan pun, lagi-lagi kalau kita bukak radio ke movie ke…ops =D
4) Cooler bag yang kecil
Oh, yang ini tak favorable untuk ibu-ibu yang punyai hasil pemerahan susu yang banyak apabila pulang dari kantor. Hehe..Purata hasil susu perahan saya adalah 20 – 23 oz setiap hari. Makanya, cooler bag comel yang disertakan tidak mencukupi untuk meletak 5 botol x 4 oz susu. Jadi, saya masih pengguna setia cooler bag dari Mom’s Litte One.
5) Bottle Fitting
Yang ni tak berapa best. Sebab hanya botol original Medela sahaja yang boleh fit dengan parts corong tu. Kalau pakai botol Bumble Bee, bukan tak boleh. Memang ngam, cumanya ia tidak ketat, dan terus loose. It is a no-no, sebab takut susu tumpah bila terlebih force.
Nota Kaki:
Hurm…pump cumalah suatu alternatif. Kita sebenarnya tidaklah perlu gadjet mahal-mahal ini untu meneruskan penyusuan anak kita. Ada kawan di pejabat saya hanya menggunakan tangan untuk setiap pemerahan titisan susu buat anak tercinta. Boleh je penuh 2 tahun penyusuan., 3 orang pulak tu! Tak tipu. Memang hebat! Cuma perlu lah belajar. Habis, bagaimana orang yang tak punya modal yang banyak untuk beli pump? Seperti yang saya cakapkan tadi, ia cuma alternatif. Saya teringin juga belajar teknik perah dengan tangan aka Teknik Marmet. Belum berkesempatan nak belajar. Pernah jugak buat, di entry ini. Tapi belum master. Sebenarnya Teknik Marmet adalah teknik yang paling selamat tau. Jadi, bagi yang punya priority lain lebih utama, tidak lah perlu membazir banyak-banyak atau tiru-tiru orang nak gadjet mahal-mahal ok. Kes saya ni ialah – malas nak belajar, dan mahu cepat aje; dan berkebetulan dapat pujuk encik suami keluarkan duit – kekekeke.
Selamat mengepam semua!