Minah Tupperware

Masih lagi dalam mode rumah baru. Kikiki. Pasti ada yang sudah bosan membacanya. Pindah rumah kocik jah, tapi riuh sembang dalam blog. Eh..suka hati sayalaaaaaaaah =p. Saje nak share happiness, dan simpan kenangan. Nanti2 kalau dah bosan dengan rumah ni, leh baca dan kenang balik zaman muda-muda dan belum berduit ini. Hehehehe.

Antara impian jikalau memiliki rumah sendiri ialah….saya mahukan dapur yang well organized supaya saya ada mood nak memasak (huk aloh…alasan =p). Saya suka Tupperware. Heee…sanggup perabis duit bonus kat mende alah ni aje. Teruk tak? Saya berimpian nak letak semua makanan dalam Tupperware, tak kiralah makanan kering ke, left-over ke, makanan beku ke. Dan…dan…saya mahu labelkan semua itu~!! =p

Rak belum beli (dah tak cukup duit mahu beli..ahak), makanya kesemua Tupperware ni lepak dulu atas kabinet dan menjadikan atas kabinet penuh. Nampak tak well organized seperti yang dirancang. Cis, cis.

>

Lepak atas kabinet dulu diam-diam. Klik untuk zoom besar-besar dan jeles dengan saya. Wakakakaka.

Zoo>

Minyak dah guna 2 kali, saya asingkan dengan yang baru guna sekali. Konon nak lebih sihat kan? =p

>

Dalam fridge, saya mahukan Tupperware jenis Snowflakes Wonders Square Round. Malang sekali stok tiada, jadi saya sesuka hati gunakan yang Modular Mates (yang untuk makanan kering) masuk ke dalam fridge (which is not advisable lah). Dalam freezer, saya beli FreezerMate Essential Set, tapi sebahagian juga diguna dalam fridge di bahagian bawah. Kekeke.

>

Dalam Fridge. Sila pandang tang Tupperware sahaja ok. Kikiki.

>

Dalam Freezer. Rasa tak cukup mahu lagi. Perlukan lagi untuk ayam, sotong, daging. Cewah. =p

>

>


Macam mana mahu label?
Gunakan ini!
DYMO Labeling Maker.

>

>

Boleh didapati di cawangan kedai-kedai elektrik seperti Onking dan Sen Heng ya dengan harga RM139 sahaja (erk..tercekik membayarnya). Lebih selamat sebab ada warranty. Saya pernah beli di Tesco. End up banyak pula huruf dan simbol serta nombor tidak dapat printted out. So, saya minta refund dari Tesco.

Alhamdulillah, dah 2 hari saya memasak sebaik sahaja pulang dari kerja. Ayah Iman kata, masak simple2 jek. Sebab dah seminggu asyik makan luar sahaja sebab penat kemas rumah tak siap-siap, rasa macam semuanya sama walaupun order lain-lain makanan. Memang tak puas kalau makan luar. Pukul 2 pagi dok terangguk-angguk mengupas bawang segala untuk dijadikan stok rencah. Kalau tak buat, alamat lah dapur tak berasap. Jadilah walau setakat ikan goreng, sambal udang dan sayur bayam masak kuah bening pun.

>

Tu pun Ayah Iman kata banyak. Hish. Pujilah sedap ke, senang sikit hati nak masak lagi dan lagi.

>

>

Mode masih lagi nak Tupperware. Hehe.

>

>

8 thoughts on “Minah Tupperware”

  1. Hohohoho… akak pun minah tupperware gak.. memang x bleh tgk catalognye… mesti mau beli…x rugi beli tupperware ni… cantik, kualiti & ada waranty jugak… akak pun ada impian nk organize dapur jdi cam nie… tpi smpai sekrg lom lg tercapai… huhuhu.. mama iman, teruskan ‘perjuanganmu’ utk organized dapur & fridgemu.. hehehe

  2. hua3…sama la kite pon giler tupperware.tapi tak tersampai hajat lagi nak organise dapur & fridge. maybe tunggu beli umah sendiri kot, baru b’semangat!

  3. Kat tempat saya baru nak buka tupperware stokis..lepas ni boleh pergi usha la..skang ni tgh join kutu tupperware..bila tiba turn, bolehlah membeli..tak sabarnya..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge