Menu Cik Iman

Ada pembaca bertanya, kenapa blog ni sekarang tak banyak dah sediakan menu untuk baby. Hehe. Yang pertama, sebab bz kot. Takde masa nak update blog. Ayah Iman pon dah bising visitor blog dah kurang. Huuu… ler, siapalah nak berblogging ke personal blog ni. Perasan betul. Bukan aim saya pun. Aim Ayah Iman je tu =D. Alhamdulillah setakat ni saya cuba sedaya upaya untuk jaga perkataan saya dalam blog. Tapis siap2 yerlah risau menyentuh perasaan orang. Kalau rasa macam nak luah perasaan atau komen apa2, lebih wajar untuk lakukannya melalu personal message (PM) kerana ia seharusnya bertindak sebagai “personal” =). Kang saya update semua kang, ada orang kata saya bajet bagus & tunjuk rajin pula. Aiya.

Kedua, Iman sejak setahun 6 bulan memang dah makan makanan orang dewasa. Cuma tak pedas. So, nak masak dan ambil gambar satu2, jadi kerja pulak. Hihii. Sehingga umur setahun, air Iman hanya air susu ibu. Tiada air masak. Kalau makan, bilas pun dengan air susu. Melampau kan? Sehingga umur Iman setahun 3 bulan, saya berjaya mengekalkan sugar-free dan salt-free dalam makanan Iman. Tertanya2 juga masa tu, perlu diteruskan kah? Kawan saya kata saya gila. Hehehe. Akhirnya Iman sendiri yang tolak makanan tawar tu sebab dah rasa2 makanan lain yang lebih “berasa”. Oh man! =D

Ketiga, Iman sejak setahun 6 bulan,  allergy gandum dan telur. Jadi, fokus pemakanan Iman juga bertukar. Dan saya masih bereksperimen dengan segala menu yang dirasakan sesuai dengan Iman. Basically makanan Iman seharian terdiri dari sayur2, ikan, dan ayam. Berikut adalah contoh yang diberikan bila saya jumpa Dietian yang merujuk kes allergy Iman. Contohnya:

  1. Nasi/ Spaggetti/ Meehun + Sup Isi Ikan + Lobak + Kacang Pis
  2. Nasi/ Spaggetti/ Meehun + Sup Keledek Merah + UHT Whipping Cream + Cendawan Butang Putih
  3. Nasi/ Spaggetti/ Meehun + Sup Kentang (Dikisar halus, dimasak pekat) + Isi Ikan + Sayur Bayam
  4. Nasi/ Spaggetti/ Meehun  + Sup Kacang Dal + UHT Whipping Cream + Isi Ayam
  5. Nasi/ Spaggetti/ Meehun  + Sup Kobis Bunga + Lobak + Brokoli + Ikan Bilis
  6. Nasi/ Spaggetti/ Meehun  + Sup Sayur Pucuk Jernih (Jangan Bening orang Jawa cakap) =D
  7. Nasi/ Spaggetti/ Meehun  + Sup Labu pekat + Isi Ikan

Disclaimer : Saya bukan pakar Pemakanan. Tiada certificate untuk consult orang. Sila rujuk Pakar Pemakanan yang bersesuaian untuk diet anak anda.

Untuk Snek, Iman tak boleh makan biskut, roti, kek dan hampir kebanyakan makanan yang dijual di pasaran. Hampir kesemuanya ada gandum dan telur. Maka, hampir kesemua makanan Iman adalah hasil air tangan saya (berapa banyak “hampir” daaaa). Kalau terpaksa makan luar, alamatnya tak tidur malam jadinya sebab biasanya makanan di kedai dan gerai ada diletakkan serbuk perisa dan semua jenis serbuk perisa ni mengandungi gandum! Malah spaggeti untuk Iman juga adalah rice & corn based. Iman ni jenis kuat makan (read-as-macam-mak-die). Tapi jenis cepat bosan. So, maknya tengah2 malam buta ni kalut buat muffin lain pulak untuk Iman (jeling jam dinding – 4 pagi sudey~!!).

Kanan = Pancake untuk orang tak allergy (Mak Pak Cik Iman) hehe. Kiri = Pancake untuk Iman yang allergy.

Pancake yang Fluffy untuk Iman

>

Chocolate Muffin untuk Iman

>

Sugar Cookies dan Chocolate Chip Cookies

So, ibu2, guna instinct anda untuk berikan makanan apa yang sesuai pada anak anda. Mungkin bila rasa tak cukup nutrisi, tambahlah apa yang patut. Consult la doktor @ dietian untuk lebih baik. Jangan sampai anak underweight. Sebab risiko terdedah pada sakit lebih tinggi. Immune system pun tak kuat.

Selamat bereksperimen~!!! =D

\<

<

>

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge