Sambungan kisah Hannan Soufiya. Waktu jam lebih kurang pukul 930pm 9 September 2013.
Doktor pakar melawat kami di wad. Hannan kelihatan sihat sahaja. Suhu pon controlled sebab dah bagi ubat demam. Menyusu seperti biasa. Waktu ini doktor cerita sikit sebanyak condition Hannan.
Fit atau sawan, biasa dan normal berlaku pada bayi umur 6 bulan ke umur 6 tahun atas pelbagai sebab. Baby Hannan is out of the range. So perlu memikirkan possibilities lain yang mungkin berlaku sebab jarang bayi sekecil itu kena sawan. Oleh itu Hannan terus didiagnosis sebagai meningitis. Jangkitan kuman dalam otak. Its the worst case. So it is better to start antibiotik for meningitis meskipun result darah belum lagi keluar. Ini kerana jika nak tunggu ujian darah baru nak start antibiotik, dikuatiri sudahpun terlewat dan menyebabkan kematian. Yes, be positive always. Treat her the earliest possible.
Masa tu dengar jek meningitis, terhambur2 keluar air mata saya. Berpusing2 otak saya memikirkan apa punca Hannan jadi begini. Ya, sebelum Hannan sakit, Iman deman panas juga. Tanpa selsema, tanpa batuk. Memang tidur sahaja sepanjang hari hanya bangun minta susu dan minta peluk. Memang lain demamnya kali ni. Adakah Iman menjangkitkan pada Hannan. Iman memang ambil vaksin pneomococal. Mungkin jika Iman kene virus itu, effectnya tak seteruk Hannan. Sebab tu Iman demam juga. Hannan pula newborn, mana ada vaksin2 tu lagi. Mungkin.. Mungkin.. Ia hanya spekulasi saya sendiri. (Sila jangan kaitkan antivax dan provax di sini)
Bermula episod Hannan di wad. Demam Hannan tetap tinggi meskipun dengan ubat demam dan antibiotik. Merengek selalu, tak mahu diletak, sangat sensitif dan sangat reaktif. Neurological symptoms akibat sawan tu. Doktor menyarankan untuk mengambil ujian LP (lumbar puncture) untuk betul-betul confirmkan kehadiran kuman dalam otaknya. Opkos la saya berbelah bagi.
Rabu 11 September 2013
2nd batch antibiotik diberi since antibiotik pertama tidak memberi kesan. Selepas 12 jam, akhirnya saya nampak senyuman Hannan kembali. Alhamdulillah. Hannan boleh diagah. Ketawa dan respons pada kami. Syukur sangat. Doktor panggil lagi untuk prosedur LP. Saya refuse. Need 2nd opinion.
Alhamdulillah mujur anak Shaklee saya seorang adalah pekerja di Jabatan Patology Hospital Sg Buloh. Atas recommendation beliau, saya yakin dengan efisiency dan prosedur LP di sana. Cecair yang dikeluarkan dari tulang belakang hanya valid selama sejam untuk diuji. Lebih dari sejam, result adalah invalid. Sahabat saya menerangkan bahawa di Sg Buloh, setiap sample akan diuji secepat mungkin dan makmal beroperasi 24 jam. Sedangkan bila saya tanyakan di KPJ, sample akan dihantar ke IMR. Huh, hantar tempat lain? Tentu sekali saya tak nak. Maka saya mohon doktor di KPJ merujukkan saya ke sana Hosp Sg Buloh
Khamis 12 September 2013
Jam 4 petang discharge dari KPJ dan warded di Hospital Sg Buloh. Opkos la kena marah dulu dengan doktor2 di sini kenapa lewat hantar. Actually bukan lewat pon, sebab dapat early treatment di KPJ kan. Biasalah, dari hospital swasta kan, memang lah doktor tak suka. Theee heee heee. Ala, kami ke KPJ pun asalnya sebab ingatkan demam biasa. Memang “unsangkarable” la jadi cenggini.
Maka, berkampunglah kami di Sg Buloh pula. Heheheh!!