Masih Mencari Cara Mendisiplinkan Cik Iman

Iman, kini setahun 10 bulan. Lagi 2 bulan sahaja untuk masuk 2 tahun.

Iman, di pasaraya, semakin agresive. Semakin tidak boleh dikawal. Subhanallah. Kalau dahulu cuma pandai guling2 atas lantai bila kehendaknya tidak dipenuhi, kini, Iman sengaja melembik2kan badannya tidak mahu didokong, lalu selamba baring di atas lantai. Beri biskut, tak mahu. Beri air, tak mahu. Didokong, tak mahu. Duduk dalam troley, tak mahu. Menjerit memang senjatanya. Iman mahu bebas berlari, tapi itu yang saya tak mahu! Kang hilang tak naya!

Saya tak dapat bergerak. Saya peluk Iman erat2, sambil Iman meronta2 mahu dilepaskan. Ayah Iman sedang cari barang. Semua orang pandang saya dan Iman. Selepas puas meronta, saya biarkan Iman berguling selamba atas lantai. Dia tak menangis. Sengih selamba!

Tiba2 Iman bangun dan berlari!!!!

Terkekek2 ketawa lari!!

Terkejut saya!!

Handbag & wallet ada dalam troley saya tinggalkan begitu sahaja. Tawakkal pada Allah, sebab anak itu lebih penting!!!

Saya lari laju2, sebab Iman lari lagi laju, terus keluar menyelit melalui cashier dan berlari ke luar!!! Ramai tegur, “Lajunya!!!!”

Ya Allah…mencabar sungguh. Seriusly mencabar. Nak dimarah, memang tidaklah. Lagi2 bila Iman ketawa terkekek2 sebab dia ingat saya main kejar2 dengan dia. Terus saya gotong Iman ke troley kosong (belum sempat beli barang pun) tadi.

Mujur Ayah Iman tiba. Saya cakap, tak boleh lah, Iman ni tak boleh bawak ke hypermarket. Happy semacam mengalahkan pergi ke playground. Akhirnya Ayah Iman gotong Iman masuk ke dalam kereta.

Huh. Saya terpaksa beli groceries seorang2. Sudah tentulah macam lipas kudung, dek memikirkan anak yang mungkin melalak di dalam kereta.

Cukup 30 minit, saya ke kereta dan lihat Iman menangis mahukan saya. Heheh. Terus Iman menyusu dan tertidur kepenatan.

Alhamdulillah. Hehe.

Jangan risau, Iman sihat sahaja. Iman juga bukanlah hyperactive toddler. Cuma kadangkala Iman terlebih happy. Hehe.

Oh ya, pernah sekali Iman tak sengaja terkoyakkan bukunya. Agaknya dalam hati terasa macam “Eh, best pulak bunyi buku ni koyak”. Lantas dikoyak lagi…dan lagi!! Uwaaaaa..

Sengaja nak tengok apa reaksi Iman, saya ambil tapak tangannya dan cuba tepuk kuat sedikit dengan tapak tangan saya (saya tahu tak sakit). Pukul sebagai hukum sememangnya bukan cara saya. Cuma saja nak tau. Boleh tak? Tau apa jadi? Iman tak nangis, tapi dia tiru perbuatan saya dengan mengambil tangannya sendiri dan pukul tangan yang satu lagi, berulang kali.

Haha.

Saya tergelak, terlupa langsung pasal buku2 yang Iman koyak tadi.

Saya masih mencari cara, macam mana nak bagi anak dengar kata. (sambil garu-garu pala).

>

>