Masih ingatkah cendawan itu? Heee..lihat entry dahulu…di entry ini (klik sini). Memang susah nak dapat cendawan ni. Sabtu, 23 September 2011, Kakak pulang semula ke Johor jam 9 pagi. Tiba-tiba pukul 1030 pagi tergerak hati Mama untuk menjengah seman samun di hadapan rumah. Siapa sangka, sebaldi cendawan kampung tumbuh melata. Dan buat pertama kali tahun 2011 ni sebanyak ni. Awal tahun dahulu ada juga, tapi setompok cuma dan hanya boleh dimakan 2,3 orang sahaja (sebab tu tak masuk entry.. wahahaha). Kali ni, sebaldi penuh Mama dapat. Cukup untuk makan puas beberapa kali seisi keluarga. Tapi memang bukan rezeki kakak. Hhahaha…kebetulan rezeki wawa!! Haha. Jangan jeles ye .
Dari dalam baldi, cendawan segar yang masih belum disiang dan dicuci.
>
>
>
Cendawan yang sedia untuk dimasak. Setelah dicuci dan disiang.
>
Bila mula cendawan ni tumbuh, mulalah Mama (Nenek kepada Iman) tak boleh duduk diam. Mula mencari cendawan setiap 1 jam. Sebab ia akan tumbuh dan tumbuh sehinggalah semua spora cendawan tiada. Memang puas memakannya. Sekilo di pasar? RM20!!! Uhuh!! Sebab tu kalau jumpa cendawan ni, kami makan sendiri je. Hihihi. Jangan marah .
Ini yang bestnya bila duduk kampung. Hihi.
>
>