Masa Berkualiti Bersama Keluarga

Klik lagu dulu ya sambil baca entry =D

Semua orang sibuk mengejar masa mencari rezeki, dalam masa sama cuba menyediakan waktu yang optimum untuk keluarga. Malang sekali ada juga orang yang terlalu sibuk mengejar rezeki sampai terlupa masa bersama keluarga. Teringat Quotes dari James Patterson dari buku “Suzanne’s Diary to Nicholas”.

>

Imagine life is a game in which you are juggling five balls.
The balls are called work, family, health, friends and integrity.

And you’re keeping all of them in the air.
But one day, you finally come to understand that work is a rubber ball.
If you drop it, it will bounce back.
The other four balls – family, health, friends, and integrity – are made of glass.
If you drop one of these, it will be irrevocably scuffed, nicked, perhaps even shattered.
And once you truly understand the lesson of the five balls, you will have the beginnings of balance in your life.”
So, optimize your working time and go back on time to spend with family.
>
>
Quotes ni ditampal di meja rehat di pejabat saya. Sangat terkesan di hati saya. Saya tak kisah sangat tentang gaji mahu beribu riban, asalkan saya boleh balik on time, asalkan saya ada fleksibitili untuk pulang sekirannya emergency seperti anak sakit atau apa-apa berlaku pada keluarga, itu dah cukup bagi saya. Saya tak nak jawatan gah gaji berkepok-kepok tapi terpaksa balik pukul 11 malam, sampai anak pun tak kenal siapa saya. Saya juga tak nak mampu berikan anak saya mewah dunia tapi end up hatinya tiada pada saya, tapi hanya pada duit saya. Saya prefer Ayah Iman yang kerja lebih sikit cari duit banyak  (meuheuehue =D) – tapi ala kadar juga. Duit boleh dicari, tapi keluarga, mudah ke ditukar ganti? Saya tak mahu gantikan kasih sayang dengan duit.
>
>
Saya pun ibu baru. Banyak sangat2 yang saya nak belajar. Banyak sangat2 benda yang kita praktikkan ni, masih lagi dalam eksperimen terhadap anak sendiri. It might work for you, might not work for me. Saya macam ibu bapa yang lain, memang lah kalau boleh nak anak yang soleh @ solehah, anak yang berdisiplin, anak yang hormat orang tua, anak yang rajin belajar, anak yang punya semua sifat mahmudah. InsyaAllah. Tapi kita hanya mampu merancang dan cuba ikut guideline yang baik-baik belaka. Keputusannya nanti, di kemudian hari nanti, sama ada anak kita jadi seperti acuan yang kita tentukan atau tidak, kita serahkan pada Allah setelah cuba terbaik mungkin.
>
>

Sangat suka gambar candid ni. Nampak keibuan kan? Muehehueheue.

 

Luangkan masa bersama keluarga tidak semestinya memerlukan duit yang banyak, atau pergi ke hotel yang mewah2. Mungkin ada parents yang selama ni selalu lewat sangat pulang ke rumah, lumpsum “bayar” balik waktu yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak dengan membelikan anak-anak gadget2 dan material yang canggih manggih. Anak-anak pulak riang menerima “kasih sayang” parents tersebut sambil peluk mereka. Ok, done. Cuci kaki. Anak berhenti merungut kenapa mak ayah tak luangkan masa dengan mereka. Teringat quotes yang pernah rakan saya sharekan di FB,

“Children will not remember you for the material things you provided but for the feeling that you cherished them.” by Richard L. Evans.

Lagipun, masa kita tua nanti, nak ke kita kalau anak kita beri alasan sibuk dengan tak melawat kita langsung, tapi cuma kirim wang berkepol2 dari jauh. Kita di rumah, kesunyian sambil menunggu hari demi hari tanpa anak di sisi. Mahu ke? What you give, you will get back. Nauzubillah.

Pernah nampak tak sekeluarga yang makan bersama di luar, tapi Sang Ayah sibuk menonton bola di TV kedai, Sang Anak Teruna dan Si Anak Dara nya sibuk bermain mesej bersama BFF masing-masing, Si Anak kecil sibuk bermain Ipad, dan Si Ibu senyap tak terkata melihat keluarganya masing-masing seperti orang asing, tiada bual bicara, tiada tawa gembira. Kalau saya berada dalam keluarga seperti itu, saya sesak nafas. Di rumah, waktu makan bersama haruslah diwajibkan. Off semua TV, laptop, handphone, dan sama-samalah duduk semeja makan hidangan yang sama, tiada yang terdahulu, tiada yang terkemudian. Berbiacaralah dengan mesra, tanya khabar anak setiap seorang, masa makan pun jadi lama sebab ia jadi sangat seronok. Kalaulah ia menjadi rutin harian, semakin hari tentu jadi semakin mesra kan? Lagipun, meja makan sebesar alam tu pun bukan sekadar untuk hiasan kan? Ianya meja makan kan? Meja untuk kita duduk makan bersama.

Gambar-gambar entry ni dah lama dah pun. Dah lama berlegar kat FB saya. Baru sekarang sempat nak bercerita. Saya dikira antara orang yang beruntung sebab seluruh ahli keluarga terdekat saya memang tak jauh dari saya. Pakcik2 dan makcik2 yang sangat rapat dengan saya tinggal sekampung sahaja. Di Selangor yang hampir dengan pusat bandar. Jadi, ceruk mana saya kerja di Selangor ni, senang buat saya melawat mereka. Rutin yang saya paling suka ialah berkumpulan @ perjumpaan yang wajib diadakan setiap Ahad pagi, untuk bersarapan sama-sama, bermesra bersama-sama. Meskipun kadang kala tak cukup korum, paling-paling kurang pun mesti ada dalam 3, 4 keluarga akan makan bersama, ketawa bersama.

Perkelahan kami di Pantai Remis Kuala Selangor hanya memerlukan perjalanan selama 20 minit sahaja dari Meru, kampung asal saya. Dan kami hanya berbekalkan potluck air tangan masing2 yang bergelar ibu dalam keluarga besar kami. Memang jimat, mudah tetapi kami peroleh waktu bersama keluarga yang sangat2 berharga. Kami bergurau tawa sampai nak pecah perut, berjurai air mata. Waktu2 yang seronok bersama keluarga inilah yang menjadi penyangga saya sekiranya saya berduka. Kerana saya ada mereka yang sudi mendengar segala cerita, yang sudi menyokong saya tak kira apa jua situasi.

Ini adalah salah satu antara pelangi hidup saya. Saya tak suka keluarga yang dull. Saya tak suka keluarga yang tak ceria. Saya suka bila gelak tawa itu memenuhi ruang rumah kami. Saya suka bila keluarga itu adalah kawan baik saya di mana kami kongsi segalanya bersama. Jadi saya seriously tak paham kenapa ada yang namanya keluarga tapi gurau mesra itu tiada. Saya tak paham yang namanya keluarga tapi takut-takut bila mahu berbicara dengan ayah @ ibu. Saya juga tak paham yang namanya keluarga tapi melawat antara satu sama lain hanya di hari raya meskipun rumah sejengkal cuma. Sungguhlah saya tak paham.

Ini adik ipar saya yang palig kecil. Pak Su Hazeeq. Ditanam hidup2 oleh sepupu2 saya yang sebaya dengannya.

>

 Iman yang pandai ambil hati semua orang, petah berkata-kata.

Saya bawak cheesetart aje. Haha.

>

 

 

 

Dan ini adalah hero terbesar dalam hidup saya. Terima kasih buat segalanya Abg kerana sentiasa menyokong saya. Marilah sama-sama kita bina keluarga bahagia.