>
.
>
Mamaku pulang dari IKEA,
Mama ku belikan kekuda,
Kekuda kecil warna merah,
Tak boleh ku bawa ke sekolah,
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon,
Kekuda kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek.
>
Kekuda kecil Iman. Hehe.
>
.
Alkisahnya begini. Semua orang, saudara-mara semua sudah sedia maklum tentang keaktifan anak dara kami, Cik Iman. Iman sangat aktif (alhamdulillah). Boleh sampai orang bercakap, “Seminit pun Iman tak duduk diam ya?“. Haha. Memang, barang siapa yang menjaga Iman, pasti akan tergaru-garu kepala melihat kelincahannya. Ayah Iman sendiri surrender bila mana kami ke supermarket untuk membeli groceries.
Cuma, bila di Taska, Iman sangatlah behave. Sangat. Sampai depan pintu taska, Cik Iman tenang melambai Mama danĀ Ayahnya pergi. Pernah saya terjah Taska beberapa kali, sangat syahdu bila lihat mereka bermain, makan dan tidur dengan tersangatlah disiplin. (Rasa nak berguru dengan mereka, haha). Memang Cikgu di Taska juga tak percaya yang Iman tersangat aktif. Sebab Iman sangat sopan santun. Lembut berbicara, tiada terjerit2 macam di rumah. Hehe.
Di taska, ada banyak rocking horse yang taska sediakan. Antara banyak-banyak rocking horse tu, cuma ada satu sahaja yang menarik minat Cik Iman. Buruk sudah rupanya, ada pecah2 lagi, tapi ia dapat swing dengan sangat laju berbanding rocking horse yang lain. Sebab tu Cik Iman amat gemarkannya. Tapi almaklumlah, ramai kanak-kanak di taska, jadi, mereka bersilih ganti bermain (tak berebut2 macam kat rumah, kenapa ya?) Hehe. Cik Iman, dengan sabarnya tanpa merengek atau berebut, menunggu kanak-kanak lain bermain dengan rocking horse kesayangannya sampai kanak-kanak tu selesai, lantas terus naik dengan gembiranya.
Dah lama saya mengintai tingkah laku Cik Iman ni, terharu dan sedih bila lihat dia menunggu dengan sabarnya, menjadikan saya nekad untuk membelikan sebuah rocking horse untuknya. Nekad pergi ke IKEA hanya untuk rocking horse semata-mata. Kenapa IKEA? Sebab rocking horsenya kecil sahaja, sesuai dengan rumah kami yang sama-sama kecil.
Rocking Horse di Taska Iman (agak besar saiznya)
>
>
Tapi, bila saya memasang rocking horse IKEA tadi, masyaAllah!!! Cik Iman melalak bukan main, tak sabar nak naik! Guling-guling menangis bila mula nampak kelibat rocking horse yang sedang dipasang. Hish. Tak sama perangai bila di taska. Hehe. Alhamdulillah, selesai sahaja pemasangan rocking horsenya, Cik Iman kemaruk menaikinya. Berjam-jam duduk atas tu sahaja. Usung ke sana ke sini. Bila penat, mintak menyusu, habis je menyusu, terus berkejar balik naik rocking horsenya.
Kebetulan pula, Iman baru sahaja belajar nyanyi lagu Kereta Kecil Merah. Tu yang saya modify lagu tu ikut lirik kat atas tu. Heheh..
Iman..Iman..ada-ada sajalah kamu ni.
>
>