Mama Iman lebih rajin pada hari bekerja

Salam,

Saya tidak suka waktu cuti bekerja, tapi saya suka hari cuti. Saya suka menikmati cuti, tetapi saya seorang yang tidak aktif jika bercuti. Hari bekerja, pukul 530 pagi sudah bangun tidur, ketang ketung di dapur. Kalau katakan terlajak tidur sekalipun, paling ringkas, 1 hidangan meehun atau mee goreng atau cekodok udang @ bilis pasti akan terhidang. Bubur Iman juga siap jam 7pg. Kalau hari cuti, lepas Solat Subuh, tarik selimut balik. Sarapan entah ke mana, dan entah ke apa, bubur Iman pon lambat tersedia. (siap pujuk-pujuk Iman menyusu-kemudian-tidur-kembali)  Huu….syarikat pulak mengamalkan cuti 1TM. So, minggu depan ni, cutilah saya seminggu. Disebabkan Ayah Iman pun cuti seminggu, Mama Iman pun sukalah! Hehe. Tapi ada perkara yang saya tak berapa suka bila cuti ni, iaitu, jadual pengepaman saya pasti akan lari.

Bila hari cuti, sudah malas masak sarapan pagi sebab lebih gemar mengulit mimpi bersama Iman, maka dengan itu sesi pengepaman di waktu pagi pun tergadai.

Bila hari cuti, haruslah masak untuk makan tengah hari, dan makan bersama ahli keluarga tersayang, maka dengan itu sesi pengepaman di waktu tengah hari pun tergadai.

Bila hari cuti, lepas makan tengah hari, perut kenyang hati senang, mulalah rasa mengantuk datang, maka dengan itu sesi pengepaman di waktu petang juga tergadai.

Bila hari cuti, Iman bertenggek sahaja sampai tertidur, botol susu tolak ke tepi, Mama Iman tertidur sekali, maka dengan itu pengepaman sehingga breast kosong juga tergadai.

Bila hari cuti, tak dapat monitor berapa banyak air minum masak, yang pasti kurang banyak, kerana lebih banyak minum yang manis.

Habis sahaja cuti…milk supply saya merudum. Ya, inilah yang berlaku pada Krismas + cuti Tahun Baru yang lepas., juga selepas hari Raya Aidilfitri lalu.  Sebelum cuti, saya dapat memerah sebanyak ~21 oz setiap hari. Selepas cuti, 16 oz pun susah. Haiya.

Jadi apa saya buat selepas habis cuti?

Lepas habis cuti, pulun perah paling kurang 3 jam sekali, maka dapatlah 3 kali sesi perahan di pejabat, pukul 830am, 12pm, 4pm.

Lepas habis cuti, pulun makan fenugreek bagai, makan minum ESP, Shaklee semua.

Lepas habis cuti, disiplinkan minum air banyak-banyak.

Lepas cuti, bila di pejabat, Iman tiada di sisi, boleh perah lama-lama tanpa perlu kejar Cik Iman tu. Budak baru dapat kaki. Fiuh.

Saya mula kembali pump di mana-mana. Dalam kereta sahaja, saya pump sebanyak 2 kali. Sewaktu pegi dan balik kerja.Tak perlu malu anda mengepam di mana pun. Saya memang muka tebal. Tak apalah, untuk memberi makan anak kan? Syukur masih diberikan rezeki untuk menghasilkan makanan buat anak saya. Bukan untuk menunjuk atau berlagak, cuma mahu beri inspirasi kepada ibu-ibu supaya usahlah anda malu untuk menyusukan di mana pun, usahlah malu untuk mengepam di mana pun. Biarkan mereka menjeling. Kita cuma cuba melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang cuba memberikan yang terbaik buat anak.

Mengepam di dalam kereta. Jangan risau orang menjeling-jeling ke dalam kereta ok.


Hasil perah sesi ke 3. Syukur. Dapat untuk 2 kali kenyang Cik Iman.


Bekalan dari pejabat, 26/1/2011. Syukur alhamdulillah.

Mudah ke untuk melakukan semua ni? Saya akui, langsung tak mudah. Pagi-pagi sudah kena susun botol-botol bersih bersama icepack untuk bekalan di pejabat. Belum termasuk susu perahan untuk bekalan ke nurseri @ pengasuh. Di pejabat, perlu perah 3 kali, dan bersihkan cuci semua aksesori mengepam selepas setiap sesi. Di dalam kereta, pergi dan balik kerja, mengepam (total di pejabat + dalam kereta = 3 sesi). Sampai je rumah, masukkan semua susu perahan EBM ke dalam fridge. Sediakan untuk hari esok, balance EBM  hari semalam, naikkan ke freezer, bungkus cantik-cantik dalam liner (kes nak jimat ruang freezer). Lepas tu basuh pula semua botol-botol yang digunakan pengasuh, dan botol-botol selepas mengepam. Kena sterelize pula semua botol dan gadget pengepaman. Erk..semput nafas menyebut semua ni. Barulah boleh baring-baring menysukan anak yang mana biasanya tertidur sekali kepenatan. Esok, rutin berulang.

Buat Ayah Iman, terima kasih sangat-sangat atas segala pertolongan abang. Hehe…tugas Ayah Iman ialah membasuh botol susu. Ngehehhehe…sehari lebih kurang 12 botol susu dan aksesori pump, Ayah Iman yang tolong basuhkan. Lap u lah! 😀

>

>

Mama Iman

P/s: Tiba-tiba rasa tajuk entri dah tak kena mengena pulak. Hehe.