Macam Mana Shaklee Boleh Belanja Pakej Percutian?

  • Best ke bisnes Shaklee ni?
  • Apa yang best pulak?
  • Apa benefit?
  • Saya tak nampak pon boleh buat duit langsung dengan Shaklee?
  • Shaklee is just a typical MLM company kan kan?

Ok, takpa. Rileks.

Jika saya ceritakan tentang National Conference (NC), sure orang sukar nak paham dan sukar nak digest. Jadi biar saya ceritakan tentang pakej National Conference  ini dalam bahasa yang mudah.

Kosongkan fikiran, kita cuba fikirkan ini. Fikirkan sebuah company biasa (contohnya company trading, service ataupon manufacturing). Seperti mana konventional company biasa, memang majikan yang baik dan majikan yang sangat mementingkan pekerjanya akan selalu memberi reward kepada pekerja yangg berdedikasi. Antara reward yang biasa kita dengar adalah dalam bentuk;

  1. Bonus tahunan
  2. Kenaikan gaji tahunan
  3. Family day
  4. Award dan anugerah-anugerah prestasi lain

Kadang ada company yang memang gah dan besar, keuntungan juga stabil dan banyak, maka bonus tahunan juga akan sangatlah banyak. Memang heaven woo kalau dapat 6 – 7 bulan bonus gaji bulanan:lol:. Terbeliak mata dibuatnya8-O. Itu tak termasuk lagi kenaikan gaji tahunan berdasarkan KPI dan penunjuk aras kualiti pekerja masing-masing. Kadang pulak memang ada company ni memang ada Family Day setiap tahun. Maka dibawanya pekerja-pekerjanya enjoy makan angin dan menginap barang sehari dua di mana-mana lokasi pilihan majikan.

Seronok kan sesekali bersuka ria bersama teman-teman seperjuangan dalam company yang sama, dibelanja oleh boss FREE semuanya.

Shaklee Corporation juga begitu.

Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang – Shaklee

Video di bawah ini ada sedikit gambaran bagaimana dan macam mana majlis penganugerahan pekerja-pekerja atau pengedar-pengedar dalam Shaklee, yang baru sahaja berlangsung 5 – 7 June 2015 lepas.

Nak tengok video tahun sebelumnya (NC 2013/2014)? Klik SINI

Ingin tengok pula bagaimana NC di luar negara (NC 2013/2014)? Klik SINI

Setiap tahun, memang syarikat ini akan memberi penghargaan kepada pekerja-pekerjanya. Seperti yang semua orang pon sedia maklum, Shaklee ni merupakan sebuah syarikat yang cukup besar. Shaklee Corporation merupakan sebuat syarikat pembuatan dan pengedar kepada makanan tambahan semulajadi, produk pengurusan berat badan, produk kecantikan dan juga produk pembersihan untuk rumah. Shaklee Corporation ni beribu pejabat di Pleasanton, California dan mempunyai cawangan-cawangan seluruh dunia termasuklah di Canada, Japan, Malaysia,  Taiwan, China Indonesia dan terbaru – Mexico.

Tahun kewangan Shaklee adalah bermula pada March dan berakhir pada Februari setiap tahun. Dari cycle tahunan ini lah prestasi pekerja Shaklee akan dikira dan akan ditapis siapakah yang bakal diberi penghargaan dan pengiktirafan berdasarkan KPI masing-masing.

Oleh kerana Shaklee merupakan syarikat penjualan barangan yang disebutkan tadi, maka terang jelas dan nyata bahawa KPI penanda aras kualiti seseorang pekerja (atau kami gelar Pengedar Shaklee) adalah berdasarkan berapa banyak pekerja ini dapat mencapai target jualan masing-masing. Uniknya produk Shaklee adalah; ramai orang membeli dan bila habis biasanya memang pengguna akan terus membeli kerana keberkesanan produk tersebut.

Keyakinan pengguna terhadap Shaklee (sejak tahun 1915 dijual di pasaran) menjadikan produk-produk Shaklee diyakini dan tak jemu-jemu digunakan seantero pasaran antarabangsa. Macam mana vitamin Shaklee boleh laku keras? Bertahan lebih 50 tahun pula tu? Mungkin video di bawah ini boleh beri pemahaman lanjut.

Nah, sesuatu produk itu hanya akan sustain jika ia bermanfaat. Katakan ianya hanya gimik semata-mata ataupon sekadar placebo effect, sudah tentulah ia takkan bertahan lama. Sebagaimana yang kita nampak produk-produk kecantikan yang tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan.

Ok berbalik kepada macam mana Shaklee boleh belanja Pakej Percutian? 

Begini, sama seperti syarikat lain yang ada target jualan bulanan dan target jualan tahunan, begitu juga Shaklee. Setiap pekerja dan pengedar seharusnya ada target bulanan masing-masing jika ingin menjadi pekerja yang baik (sama bukan dengan mana-mana syarikat biasa pun?). Sekiranya ada pekerja yang goyang kaki dan tiada sales langsung, sudah tentulah tiada bonus. Logik bukan? 8-)

Komisyen akan diberi pada mereka yang mencapai target. Yelah, makin banyak jual, Shaklee akan berikan lebih banyak komisyen. Seiring dengan usaha seseorang pengedar itu menjual. Usaha ini termasuklah usaha dalam mendalami nutrisi dan info setiap produk, usaha dari segi marketing, usaha dari segi customer service, usaha dari segi kreativiti menjual, dan terus terang usaha-usaha ini bukan mudah tapi memang tak mustahil boleh dicapai.

Dalam Shaklee, tiada keuntungan langsung jika merekrut orang, atau mencari ahli. Tiada duit langsung akan masuk melalui pendaftaran ahli baru. Semua komisyen adalah bersandarkan kepada kuantiti berapa banyak produk terjual. Lebih banyak jualan, maka lebih banyak komisyen (atau dipanggil bonus). Inilah gaji pekerja Shaklee @ pengedar Shaklee.

Sekiranya seseorang pengedar Shaklee memang komited sangat membuat sales hari demi hari, bulan demi bulan sehingga lengkap tahun kewangan Shaklee, maka Shaklee akan beri reward-reward lain pula seiring dengan performance jualan mereka. Reward tersebut termasuklah:

  1. Percutian Luar Negara bagi yang layak
  2. Percutian Luar Negara bagi yang layak
  3. Car bonus (duit tambahan lagi) bagi yang layak
  4. Pakej Umrah bagi yang layak danberagama Islam
  5. Penerimaan Award di National Conference dan International Conference bagi yang layak

Jelas bukan?

Ianya umpama hadiah dan reward dari seorang majikan kepada pekerjanya yang gigih berusaha. Paling menarik, kesemua ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh pekerja @ pengedar itu seorang, malah sekiranya mereka sangat bagus prestasinya, tiket-tiket percutian tersebut boleh diberi kepada ibu ayah, anak-anak malah adik beradik sendiri. Dah nama pun Famiy Day kan? Tentulah nak bawa family semua kalau boleh:-D

Haa, begitulah alkisah secara layman bagaimana sebenarnya Shaklee ni boleh diibaratkan sebagai sebuah company yang sama seperti tempat anda dan saya bekerja. Seriously sama kan?

  • Ada gaji bulanan, jika berusaha
  • Ada gaji tahunan, jika berusaha
  • Ada Family Day, jika berusaha
  • Ada extra bonus tahunan (macam Car Bonus), jika berusaha
  • Pendek kata, semuanya kenalah BERUSAHA.

8-) Anda rasa menarik? Pm saya kalau masih keliru ya.

2 comments

  1. sekaran kita menjual pakeageh 03hari 02 malam ke pulau perhentian besut Terengganu, malaysia , sekarang kita sedang me promoci ,Tiket Boat Rm, 50/ Pergi / Balik Jon ,Cuti Cuti Hujung Minggu Kepulau perhentian Besut Terengganu,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge