Recycle – Let’s Do Our Part

Dear all, sehari-hari, berapa sampah yang kita hasilkan ye? Sisa pepejal, sampah plastik, sampah kaca, sampah tin. Berikut adalah antara sampah yang dihasilkan oleh keluarga kami, yang sempat diambil oleh Mama Iman sepanjang bulan November. Banyak juga. Haih. Kalaulah main buang sahaja tanpa kitar semula, lama nih nak lupus. Rasa serba salah pada bumi. Rasa serba salah pada orang yang uruskan sampah-sampah ni. Kasihan mereka. So, demi menyedapkan rasa hati, sekurang-kurangnya dapatlah meringan sedikit beban tukang bersihkan sampah di luar sana. Kasihan saya lihat mereka cuba kumpul barang-barang yang boleh dikitar semula. Punggah sampah yang penuh dengan sisa makanan yang berulat dan busuk, ditambah lagi dengan diapers anak-anak yang dipenuhi najis. Bersungguh-sungguh nak kumpul barang yang boleh dikitar semula. Untung-untung dapat RM30 sehari bila ditimbang kati barang-barang ni. Setiap kali sebelum simpan dalam kotak putih tu, saya akan basuh dan keringkan. So, takdelah membusuk di dalam kotak tersebut. Jangan pula kompol banyak-banyak baru nak bersihkan. Tak lalu kang dengan busuk masamnya.

>

 Total damage to the earth from Mama Iman’s Family November 2011.

 >

 Tin-tin biasanya adalah tin sardin (selalu buat sandwich untuk sarapan – ngeee), tomato puree (rajin masak spaggetti-sebab-sangat-senang):lol:.

>

 Kotak-kotak pula terdiri dari kotak tepung kek, kotak-kotak susu full cream.

>

Botol dan bekas plastik, antara yang paling banyak, termasuk botol pencuci lantai, botol air mineral.

>

Dan kaca pula terdiri dari pinggan mangkuk yang Cik Iman pecahkan, botol kicap, botol sos.

 >

 

Saya labelkan supaya orang yang asingkan barang kitar semula ni mudah kumpulkan mereka. Susah nak mencari pusat kitar semula ni, meskipun kempen kitar semula dihebahkan besar-besaran. Tapi tak semua kawasan perumahan ada menyediakan tong kitar semula. Macam manalah nak tingkatkan kesedaran kalau macam ni. Ye tak?Di samping kita bersihkan rumah kita, janganlah pula kita ambil remeh tentang kebersihan bumi kita. Tak acilah nak rumah je bersih, tapi pandang enteng kebersihan bumi kan? Kata nak jadi negara membangun, mahu menjadi negara kelas pertama, tapi masih punya pemikiran minda kelas ke ketiga.

Dulu juga ada entry pasal kitar semula ni. Boleh review balik kat sini. Hope ia akan menjadi salah satu rutin bulanan saya. Amin.

>

>