KPI

Salam Ramadhan Semua,

1 Ramadhan dah bermula. Marilah kita sama2 capai KPI kita untuk Ramadhan kali ni supaya exceed KPI Ramadhan kita yang lepas. Mari share apa yang dishare di FB. Bagus jadual ni sebenarnya. Tandakan setiap hari ya. Tampal di dinding dah buat ke belum. Hihihi.

Oh, jangan lupa juga KPI sebagai ibu, dan juga isteri ya. KPI saya setiap hari sebagai housewife, mother dan isteri. Setiap malam saya akan buat:

  1. Senyum dan seangkatan dengannya pada suami tercinta. Hehehe.
  2. Masak makan malam (Ramadhan – masak buka merangkap sahur. Mueheheeeh)
  3. Basuh baju setiap hari
  4. Sidai baju setiap hari
  5. Lipat baju setiap hari (read-as-baju-tak-berloggok2)
  6. Sedia bekalan Iman ke taska (Snack, baju, diaper, susu)
  7. Siram pokok bunga (Jangan sampai layu ya)
  8. Make sure rumah bersih (sinki, lantai tak berlekit, tong sampah tak berkulat)
  9. Makan vitamin @ supplemen + minum air secukupnya.
  10. Gosok baju untuk kerja esok hari (yang ni selalu tak capai target – terus tidur – esok pagi baru terkulat2 buat) Haha.

 

Merupakan KPI saya untuk menyiram kamu setiap hari.

Tapi kenapa kamu layu jua. Sob sob. Kawan kamu sihat belaka. Kamulah penyeri rumah kami yang kecil ni. Sihatlah wahai pokok bunga.

<

<

 

Selamat menyambut Ramadhan yang penuh Barakah.

Salam sayang,

Mama Iman =)

>

>

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.