Alkisahnya saya cukup jeles dengan teman setia baru Ayah Iman ni. Mana taknya, setiap malam dok mencari di internet barang-barang hiasan untuk teman baru tapi mesranya itu. Macam-macam fesyen Ayah Iman tunjuk kat saya untuk padankan dirinya pula dengan dia. Sejak perkenalan kami 30 April lepas, saya memang mudah cemburu. Ayah Iman siap berikan si dia facial and body spa treatment. Amboi, kalau untuk saya, punya lah liat saya nak pujuk dulu (walaupun akhirnya beri juga – hehe). Tapi untuk si dia ni, malam-malam pun Ayah Iman sanggup keluar untuk carikan barang hiasan dia. Saya rasa sedikit terpinggir.
Kadang-kala, bila sedang bersenang-senang menonton tv, Ayah Iman tak pandang pun TV. Asyik dengan internet nya untuk cari fesyen baju si dia. Kejap2 tanya, “Wa, yang ni cantik tak. Wa, yang ni murah ni”. Sigh. Siap bawak banyak brochure potongan harga jualan untuk barang kemas si dia. Adeh.
Tak cukup dengan tu. Kalau tengah jalan-jalan tu, tiba2 nampak “awek” pakai cantik sket, semua ditunjuk kat saya. Kalau boleh nak temannya juga pakai seperti itu. Hish. Malam tadi pula, sesi Ayah Iman mengepau saya untuk hadiah birthdaynya. Mahukan cermin mata baru katanya. Yang ade sun shield pula. Wah wah. Eksited sungguh. Katanya, nak padankan dengan si dia. Baru bergaya katanya. Haih..si dia tu jugak. Kot la nak padankan dengan saya ke. Terharu jugak. Erm..layankan aje la.
>
>
Sesi memilih hadiah birthday nih. Nak yang sepadan dgn buah hati barunya itu. Haiyo.
>
>
Nway, abg, semoga berbahagia dengan si dia. Nasibla cuma kereta. Hihi =D
Cerita pasal teman baru mesra Ayah Iman ni. Punya la Ayah Iman seronok sebab si dia itu punyai punat menukar siaran radio di sterengnya. Boleh laraskan volume di stereng juga. Maka, tak perlu lagi terkial2 menekan butang di bahagian radio, yang mana boleh mengganggu konsentrasi memandu. Punya seronok dia asyik tukar2 channel radio jek. Sampai pening saya dibuatnya.
>
>
Punat boleh laras di sterang yang Ayah Iman suka.
>
>
Pagi tadi, bila Ayah Iman mahu pelankan audio radio, die tekan lah punat kat stereng tu. Cewah..kononnya senang laa. Tekan sekali, volume turun 1 level. Kene tekan lagi dan lagi. Tibe-tiba Ayah Iman pulas pulak volume level kat radio tepi tu.
>
>
>
>
Mama Iman: Eh, kenapa?
Ayah Iman: Lambat sangat turun volumenya. Pulas lagi cepat.
Mama Iman: Ler…
Konon mula2 bangga dengan punat volume kat stereng tu. End up guna cara konvensional pula. Ada-ada saja.
>
>
Lainkali cerita lagi gelagat hobi Ayah Iman pulak. Hihi. Versi entry Ayah Iman sempena birthday dia ni. Hehe. Buat kenangan dan tatapan anak-anak kelak. Poyo tak. =p
>
>