Kenapa saya mampu masak setiap hari meskipun bekerja?

Saya baharu sahaja diajukan soalan ini dari rakan sekerja. Jawapan, saya pun kurang pasti. Macam suatu rutin dah pun. Macam dah biasa. Penat? Saya pun terfikir jugak, penat ke ye? Saya dah tak ingat. Kadang-kadang Ayah Iman yang ajak makan luar, sebab saya jarang sangat ajak (dia dah muak kot makan masakan bininya, tak pun sian kat bininya. Yang mana satu ye bang? :lol:). Tapi dek kerana terbiasa, saya pun tak kisah sangat memasak. Sebab tu kalau ada tetamu nak datang rumah, saya suruh pesan awal-awal, supaya boleh masakkan sesuatu. Kalau bernasib baik, dapatlah Red Velvet Cake sebijik? (Muahahaha).

Ditanya pula, bila pulak saya sempat buat kek? Siap boleh bawak 2 biji ke pejabat untuk dijual? Erm…saya jawab, lepas tidurkan Cik Iman 8). Pukul berapa? Itu tak tentu. Kadang-kadang pukul 9 Cik Iman tidur, Mama Iman tertidur sekali. Terbangun pukul 1 pagi, baru lah ketung ketang kat dapur (uii…risau jiran mengamuk pulak). Hahaha. Kalau Cik Iman moodnya baik, balik kerja saya boleh je terus buat. Sambil bakar kek tu, masak untuk dinner pulak. Mengadun kek bukan lama pun. Dalam 40 minit gitu. So, sambil bakar tu, boleh buat kerja lain. Memang la lewat sikit makan malamnya. Dalam pukul 830 malam, tak delah lewat sangat pun kan? :mrgreen:

Ditanya lagi, bila pulak buat kerja-kerja rumah? Erk…saya jawab, tiap-tiap hari juga membasuh baju, tiap-tiap hari juga melipat kain. Saya kerapkan basuhan baju kepada setiap hari supaya momentum kuantiti baju nak melipat tu taklah banyak. Kalau banyak, memang nak muntah tengok baju-baju tu. Kadang-kadang geram tengok rambut gugur yang lepak di hujung lantai rumah, saya capai vacuum walaupun pukul 11 malam (mengamuk lagi sakan jiran saya ni). Muahahaha. Saya tidur takkan boleh lena kalau rumah bersepah. Huhuhu.

Ditanya lagi, berapa jam saya tidur semalaman? Saya jawab…ermm..3, 4 jam saya dah cukup sangat-sangat dah. Masuk jam ke 5, terkebil-kebil buntang mata saya fikir nak buat apa. Baju dah berbasuh, bersidai & berlipat, rumah dah berkemas. Lalu saya ambil keputusan buat kek lagi :D.

Ditanya lagi, Cik Iman tak mengamuk ke kalau tiba-tiba tengah buat kerja, dia nak menyusu? Erm…saya jawab, saya outsourcekan kerja mengasuh anak pada Ayah Iman lah!! Hahahha.

Inilah tujuan saya tulis entry kali ni. Untuk beri kredit dan penghargaan kepada Hero behind the Scene – Ayah Iman

For typical Malay Man, kalau balik kerja, terus duduk atas sofa depan TV, sambil mintak air dituang oleh sang isteri. Tak semua, tapi typical @ kebanyakannya lah. Alhamdulillah, Ayah Iman bukan begitu. Dan saya sangat bersyukur punya suami yang sangat wise dan ringan tulang. Yelah, masa sebelum kahwin, mana kita tahu suami kita macam mana kan? Dapat suami kaki perintah, memang harulah. Sama-sama cari rezeki, sepatutnya sama-sama membantu kerja di rumah. Lainlah kalau ada housemaid ye tak. Lepas makan @ masak, Ayah Iman tak lokek untuk tolong basuh pinggan dan periuk belanga. Begitu juga dengan botol-botol susu EBM Iman yang melambak-lambak dari Taska. Ayah Iman sudi tolong masukkan EBM baru perah ke peti ais, masukkan semula icepack ke freezer dan sterilkan semua botol-botol. Pagi-pagi, Ayah Iman juga sudi masukkan icepak ke dalam cooler bag. Baju dan diaper Cik Iman ke Taska pun Ayah Iman selalu membantu. Walaupun bukan setiap hari, tetapi baaanyaaak hari tau! :wink:

Bila bercerita tentang melipat kain tu, kadang-kadang Ayah Iman akan turun padang sekali, melipat sama-sama dengan saya sambil sama-sama tonton TV. Ye, Cik Iman pula punahkan kembali hasil lipatan kami. Hahah. Tapi saya rasa moment tu sangat precious buat kami sekeluarga. Bila bercerita tentang menyidai baju pula, Ayah Iman kata itu adalah kerja yang-paling-tak-suka-buat. Maka, saya selalu buat, melainkan betul-betul kesuntukan waktu (seperti bangun lambat ke kerja :D) Haha. Basuh pinggan adalah kerja yang-paling-disukai-buat. Mungkin dek kerajinan saya dan Ayah Iman, Cik Iman pun jadi rajin sekali. Haha. Saya rasa terharu sangat-sangat bila budak kecik umur 1 tahun 6 bulan tu pergi ambil penyapu dan penyodok sampah (untuk bermain of course), selepas puas main, Cik Iman sendiri letak penyapu dan penyodok sampah tu kembali ke tempat asalnya dan berkata “Pandainya..” sambil tepuk tangan sendiri. Saya terkejut dan terus peluk Cik Iman kuat-kuat. Geram, aksi yang sangat menggeramkan, yet sangat terharu.

Bila bercerita tentang saya kemas rumah, Ayah Iman volunteer vacuum rumah. Dan dia buat lagi bersih dari saya. Sudut kecil-kecil pun dia fokuskan. Saya akan teruskan pula dengan mop lantai. Bila tentang bersihkan kipas syiling, saya yang akan buat sebab badan saya lebih ringan untuk panjat meja dan panjat tangga. Hueheuehueheu. Begitu juga basuh tandas. Ayah Iman bising kata saya basuh tak sebersih dia basuh. Ahaks.

Alhamdulillah, setakat ni kami memang tak perlukan weekend maid. Alahai, rumah pun kecil je. Tapi sebab kami willingly untuk sama-sama membersihkan rumah kami sendiri.

Bila bercerita pula tentang menukar diaper anak, ramai tak ye lelaki yang sanggup cuci najis anak? Ada, bukan takde. Cuma tak ramai. Alhamdulillah, Ayah Iman juga tak lokek untuk hulurkan tangan. Cuma kadang-kadang nak tambah perisa dalam perhubungan, kami main one-two-zom siapa yg nak cuci. Haha.

Sengaja saya ceritakan di dalam blog, supaya saya sendiri akan baca kembali suatu hari nanti, betapa saya bertuahnya mempunyai hero saya – Ayah Iman. Setiap kali orang lain dok mengadu kata suami tak mahu menolong, saya sering teringatkan Ayah Iman. Setiap kalo Ayah Iman membantu, saya tak putus-putus cakap “Terima kasih Abg“.

Untuk menjadi seorang yang hebat, bagi saya, kita perlukan sokongan dari seorang yang juga hebat. Saya rajin, semua sebab ada sokongan suami yang sama rajin. The sky is the limit. Tapi nak naik tangga sehingga ke sky tu, perlu ada dinding untuk tannga tu disandarkan. Kalau  dinding kita hendak sandarkan tu tak kukuh, kita takkan dapat capai sky tu. Ayah Iman, you are my dinding to achieve my sky.

Huahauahauah. (terharu tak untuk entry ni? =p)

Terima kasih Abang buat segalanya.

>

Hero dan Heroin Kecil Saya.

>

>