Iman semakin dewasa. Iman sudah pandai nak mendominasi katil Mama dan Ayahnya. Ayah Iman selalu mengadu sempit di atas katil. Maka, kami berkeputusan untuk meletakkan tilam di bawah, tepi katil buat Iman. Saya akan susukan Iman sehingga tidur, dan baru lah saya berpindah ke katil atas. Saya ni jenis yang mudah terjaga. Malam itu, saya dengar Iman bangun dan tidak menangis. Terus Iman sebut “Susu”. Saya buat diam-diam sahaja. Tiba-tiba terus Iman naik ke katil saya, selak baju saya, dan jumpa candunya. Siap cakap “Ah..haa“.
.
Hihihi.
Dalam tidur pun saya hampir tergelak. Lalu saya peluk erat-erat Iman.
Perkataan “Ah…haa” tu yang tak boleh tahan tu.Macam seolah-olah kata. “Oh, kat sini rupanya. Baru jumpe“.
Hihi..
.
Bakal menjadi perkara yang dirindui bila Iman bercerai susu kelak. Iman kini 1 tahun 4 bulan.
>
>