Cara-Kecutkan-Cyst-Semulajadi-Dengan-Set-Cyst-Shaklee-Harga-Set-Cyst-Shaklee-Testimoni-Kecutkan-Cyst-Harga-Set-Cyst-Shaklee-1

Kecutkan Cyst – Vitamin Ini Patut Dimakan Supaya Cyst Tak Berulang

Input artikel ini adalah berdasarkan kelas bersama Dr Haresh Kumar

<

Ovarian Cyst

Memang ramai wanita yang ada Ovarian Cyst ni dalam Ovari tanpa disedari. Ovarian Cyst ni adalah kantung yang berisi cecair (lebih macam nanah atau lendir).

Dalam kes Ovarian Cyst yang kecil, biasanya ia tak lah berbahaya.

Malah biasanya ia tak disedari pun melainkan memang kalau ada buat medical checkup (scan dan sebagainya). Jika ia tak berisiko macam jenis benign atau non-cancerous, biasanya doctor hanya menyuruh pantauan (tunggu dan lihat sahaja) sehingga follow up seterusnya.

Tapi ada juga jenis cyst yang berbahaya yang berjenis kanser. Sebab tu penting sangat-sangat untuk berjumpa dengan doctor untuk doctor diagnose yang mana satu Cyst yang tumbuh.

<

Jenis-jenis Ovarian Cyst

Jenis – jenis sista yang biasa terjadi adalah seperti di bawah –

  • Simple cyst: terjadi apabila folikel besar pada ovari yang terus menerus membesar selepas telur dilepaskan pada ovari. Cyst jenis ini adalah yang paling biasa dijumpai dan ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.
  • Endometrioma – endometriosis, di mana sel-sel yang terdapat pada rahim didapati terdapat di luar rahim, menyebabkan terjadinya cyst jenis ini dan dipanggil endometrioma.
  • Dermoid cyst : terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadang-kala bercampur dengan rambut dan lemak.

Jenis cyst yang lain adalah jarang-jarang berlaku dan ditemui.

>

Bahaya ke Cyst ni?

Cyst ni pun saiznya berbeza-beza, ada yang kecil dan ada yang sebesar tembikai! . Kalau kecil, biasanya kita takkan perasan pon, melainkan memang ada buat rutin checkup atau buat checkup sebab masalah kesuburan.

Tapi kalau ia cukup besar, memang akan ada perubahan ketara terutama pada period yang tak tertatur dan juga rasa sakit dan rasa tak selesa. Malah, ada orang rasa macam perut membesar seolah-olah mengandung.

Walau bagaimanapun, 1 dalam 10 wanita mungkin akan memerlukan pembedahan di kemudian harinya.

Sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung membawa kepada kanser dan lebih berbahaya.

<

Apa Simptom Cyst ni?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut.

Kebanyakkan org beranggapan perut yang buncit itu disebabkan pengumpulan lemak dan membiarkan sahaja.

Lain-lain gejala termasuklah :

  • Period yang tak teratur
  • Muntah dan loya
  • Sakit perut atau abdomen
  • Sakit semasa hubungan kelamin
  • Sukar atau kerap kencing (kencing tak lawas)
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa dan cepat kenyang
  • Rasa berat pada ari-ari

 <

Apa Patut Saya Buat Kalau Ada Cyst? Bolehkah Saya Elakkan Pembedahan?

Biasanya rawatan untuk Ovarian Cyst ini adalah bergantung pada jenis cyst yang dialami. Ada yang hanya perlu ‘tunggu dan lihat’. Lazimnya , doktor sakit puan akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Tapi sekiranya cyst membesar, dan berubah bentuk, biasnaya pembedahan untuk buang cyst ni akan dilakukan.

Rawatan dari doktor adalah yang paling utama.

<

Ada ke Vitamin Dan Supplement Yang Membantu Kecutkan Cyst Ni? Berkesan ke?

Seperti mana yang dinyatakan tadi, rawatan utama adalah rawatan dari pihak doktor. Tapi disebabkan pemakanan juga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan sel dan juga kawal selia hormon, maka, nutrisi yang cukup amat penting supaya Ovarian Cyst ni tak berulang.

<

Bagaimana Supplement dan Vitamin Membantu Kecutkan Cyst?

Suplemen dan vitamin yang disyorkan di bawah adalah vitamin yang sesuai untuk kecutkan cyst. Untuk hasil yang terbaik, ia perlu diambil secara konsisten selama lebih kurang 3 bulan dan perlu follow up kembali dengan doktor.

Sebab vitamin adalah untuk menambah nutrisi dalam badan supaya badan dapat berfungsi dengan baik dan optimum. Tugas vitamin dan supplement adalah untuk membantu seimbangkan hormon, meningkatkan immune sistem badan, meningkatkan fungsi hati supaya optimum, dan melindungi sel supaya pertumbuhan sel sihat dan mengelakkan pertumbuhan sel yang tak sihat.

<

Multivitamin and Mineral (Vitalea Multivitamin)

Sekurang-kurangnya, inilah vitamin yang perlu diambil untuk kesemua kita dewasa sebab ia lengkap ada minimum keperluan vitamin yang badan kita perlukan. Sepatutnya kita perlu dapatkan nutrisi vitamin dan mineral dari makanan harian, tapi ironinya, kita semua pon makan sehari-hari tak lengkap nutrisi, vitamin dan mineral yang badan perlukan. Maka inilah koman-koman vitamin yang kesemua kita dewasa perlu.

Dan perlu tambah beberapa vitamin lain yang sangat membantu kecutkan cyst seperti vitamin-vitamin di bawah ni.

<

Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk boostkan immune sistem badan kita. Kalau immune sistem badan kita bekerja dengan baik, maka ia membantu untuk elakkan pertumbuhan sel yang tak sihat. Sebab tu la Vitamin C penting untuk elakkan sel cyst yang tak sihat ni.

<

Zinc

Zinc juga amat penting untuk tingkatkan immune sistem badan kita. Zinc memainkan peranan yang sangat penting untuk sistem reproduksi atau sistem kesuburan kita. Zinc diperlukan untuk telur dalam ovari bertumbuh dengan normal dan juga membantu badan untuk melawan sel radikal bebas (sel radikal bebas ni bahaya sebab merosakkan sel sihat dan DNA dalam badan).

<

Vitamin B Complex

Vitamin B kompleks diperlukan oleh hati kita untuk menukar estrogen yang berlebihan menjadi bentuk yang lemah dan kurang berbahaya. Oleh itu, B complex sangat penting untuk seimbangkan paras hormon dalam badan.

<

Antioxidants (Vitamin E, Polifenol Vivix Shaklee, Carotomax Shaklee)

Antioksidan yang kuat amat baik untuk bantu kecutkan cyst. Ini termasuk vitamin A dan E dan selenium mineral dan juga polifenol. Antioksidan membantu melindungi sel-sel kita daripada kerosakan dan perubahan sel yang tidak normal.

<

Vitamin D (ada dalam Ostematrix Shaklee)

Ini adalah nutrien penting untuk fungsi imun dan ramai wanita hari ini sangat kekurangan vitamin D walaupun Malaysia kaya dengan matahari dan terik sepanjang tahun.

<

Omega 3 fatty acids (Omegaguard Shaklee)

Asid lemak Omega 3 dapat membantu seimbangkan hormon dalam badan kita. Malah kita terlalu berlebihan Omega 6 (dari marjerin, minyak sayur dan sebagainya) dan tak seimbang dengan Omega 3. Ini menyebabkan keradangan cepat berlaku. Asid lemak Omega 3 amat penting untuk seimbang dengan Asid Lemak Omega 6.

<

<

Cara-Kecutkan-Cyst-Semulajadi-Dengan-Set-Cyst-Shaklee-Harga-Set-Cyst-Shaklee-Testimoni-Kecutkan-Cyst-Harga-Set-Cyst-Shaklee-1

 

<

<

 

Testimonial Set Cyst Shaklee 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bacaan Lain:

  1. Set Fibroid Shaklee- Vitamin Terbaik Untuk Kecutkan Fibroid
  2. Ubat Kecutkan Fibroid Bantu Ibu Hamil
  3. Cara Kecutkan Fibroid Supaya Kandungan Tak Gugur Lagi
  4. Makanan Penyebab Fibroid dan Makanan Kecutkan Fibroid
  5. Cara Kecutkan Fibroid Tanpa Pembedahan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge