Jemput-jemput lembut, gemok dan gebu, berongga dalamnya, garing luar lembut dalam, dan tak keras bila sejuk. Heaven! Bila bagi orang makan jemput ni, sure orang yang makan tu akan tanya soalan yang sama;
“Macam mana ya buat jemput lembut macam ni?”
Saya yakin, selepas orang yang cuba menggigitnya, sure akan tanya soalan ni. Heheheheh. Saya seriously dulu sering ditanya pasal ini. Meskipon ia hanyalah jemput, tapi berapa ramai orang masak jemput pon still jadi;
- keras bila sejuk
- padat dan mampat
- kenyal macam getah bila sejuk
- penyek dan tak cantik
Kan?
Macam-macam petua ada untuk jadikan jemput lembut.
- Ada yang kata letak telur – ya dah letak, still penyek, keras bila sejuk
- Ada yang kata letak soda bikarbonat, baking powder (tapi jadi tak sedap kalau terlebih letak)
- Ada yang kata kene letak air panas dulu, baru letak air sejuk
- Ada yang blend bersama nasik, baru jadi gebu
- Ada yang guna mauripan @ yis lah
Memang macam-macam inovasi orang buat. Walaupon sekadar untuk jemput. Hehehehe
Actually, saya pon dulu kala tak sengaja je jumpa kaedah magik petua jadikan jemput lembut ni. Sebabnya, tekak teringin sangat jemput dan kebetulan tepung gandum kat rumah dah habes. Jadi dek kerana saya ada buat sikit-sikit hobi baking kat Dapur.IbuCergas nuu, maka adalah tepung naik sendiri kat rumah. Ah, tibai lah guna. Senang sgt pulak tu. Tak yah sukat2, tuang jek.
Lihat rongga udara tu, pergh, memang serious lembut jemput-jemput ni.
Sekali hasilnya, memang marvelous!! jemput-jemput bukan sahaja lembut, malah gebu, gemok, berongga angin dalamnya, garing luarnya, lembut dalamnya dan paling penting, bila sejuk memang tak keras dan tak penyek! Tu yang lepas tu mmg pakai tepung ni ja.
Kalau dulu korang ade symptom anak-campak-jemput-jemput-keras, sekarang tak lagi. Wakakakakakak
Secara ringkasnya, resepi jempot lembut ini ada mengandungi;
- Telur – 1 biji
- Tepung naik sendiri @ tepung kek – 500 gram
- Air secukupnya sampai boleh menjemput (air suam @ air suhu biasa)
- Boleh campak apa2 hiasan dan lauk pauk seperti – ikan bilis, udang, daun sup, bawang, ataupon taugeh
Resepi ini valid untuk segala jenis jompot termasuk,
Jemput-jemput pisang
Jemput-jemput manis
Jemput-jemput labu
Jemput-jemput sukun dan sebagainya.
Seriously lepas ni tukarkan sahaja tepung gandum dengan tepung kek. InsyaAllah gebu gebas la Jemput-jemput anda. Senyum mertua dan pak mertua dapat menantu pandai buat Jemput-jemput. Hehehehhehe.
Selamat mencobaaaa!!!
Terbaik. Selalu saya bancuh guna air panas pon jd lembut. Lain kali leh try lah tepung ni plak..alang2 dh ade kat umah kan hehe
heheheh dah cuba belum
Farha recently posted…10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu!
Terus esok pagi nak buat jempol pisang..
Stok pun banyak lagi tepung naik sendiri.
Azeni Ahmad recently posted…Anggur Rawat Ekzema Teruk Kanak-Kanak Dalam Masa Seminggu Sahaja?!
ape result jompotnya? heheh
Farha recently posted…10 Kehebatan Minyak Kelapa Yang Kita Tak Pernah Tahu!
Terbaaikkk tengah buat skrg ni lapar pulakkk hahahaha…
tak sabar nak cuba masak esk pg:) tqtqtqtq ibu cergas:)
Nak try jgk la mlm kang..
Malam? Mlm mkn cekodok? Hihi
Alhamdulillah sy da Cuba ? mmg mabeles..tq kak farha utk tips yg sgt berguna ni..lepas ni dah konfiden dah nk hidang cucur Kat sesapa
Wow selama ni buat mmg keras. It works. Tq ?